Sikorsky SH-60 Seahawk
From Wikipedia, the free encyclopedia
Sikorsky SH-60/MH-60 Seahawk adalah sebuah helikopter maritim pelbagai misi dengan enjin turbin aci berkembar yang kini digunakan oleh Tentera Laut Amerika Syarikat. Seahawk dibangunkan berasaskan kerangka helikopter UH-60 Black Hawk yang digunakan oleh Tentera Darat Amerika Syarikat dan merupakan terbitan daripada keluarga Sikorsky S-70. Antara pengubahsuaian yang paling penting adalah ekornya yang boleh dilipat bagi mengurangkan keluasan yang diperlukan semasa di atas kapal.
SH-60 / MH-60 Seahawk | |
---|---|
Peranan | Helikopter maritim pelbagai fungsi |
Pengeluar | Sikorsky Aircraft |
Penerbangan sulung | 12 Disember 1979 |
Diperkenalkan | 1984 |
Status | Aktif |
Pengguna utama | Tentera Laut Amerika Syarikat |
Dikeluarkan | 1970 an–kini |
Kos seunit | AS$28 juta (MH-60S)[1] |
Dibangunkan dari | UH-60 Black Hawk |
Kelainan | HH-60 Jayhawk Mitsubishi SH-60 |
Tentera Laut A.S. menggunakan kerangka H-60 dengan designasi model SH-60B, SH-60F, HH-60H, MH-60R, dan MH-60S. Seahawk boleh diatur gerak daripada sebarang kapal dari jenis frigat, pembinasa, penjajap, kapal sokongan tempur laju, kapal serangan amfibia atau kapal pengangkut pesawat. Antara peranan dan misi yang boleh dilaksanakan oleh Seahawk adalah peperangan anti-kapal selam (ASW), peperangan bawah laut (USW), peperangan anti permukaan (ASUW), peperangan khas laut (NSW), Cari dan Selamat (SAR), Cari dan Selamat Tempur (CSAR), vertical replenishment (VERTREP) dan pengeluaran perubatan (MEDEVAC). Kesemua helikopter H-60 tentera laut boleh membawa sama ada tali menyelamat Lucas Western atau Breeze Eastern untuk misi SAR/CSAR.
Lihat juga
- Senarai skuadron pesawat Tentera Laut Amerika Syarikat
- Sub Sistem Persenjataan Helikopter AS
Pembangunan berkaitan
- Sikorsky S-70
- UH-60 Black Hawk
- HH-60 Pave Hawk
- HH-60 Jayhawk
- Mitsubishi SH-60
- Piasecki X-49
- CH-148 Cyclone
Pesawat setanding
- Boeing-Vertol YUH-61
- Kamov Ka-27
- Harbin Z-9
Senarai berkaitan
- Helikopter
- Senarai helikopter tentera Amerika Syarikat
Rujukan
Pautan luar
Wikiwand - on
Seamless Wikipedia browsing. On steroids.