UH-60 Black Hawk

From Wikipedia, the free encyclopedia

UH-60 Black Hawk

UH-60 Black Hawk merupakan sebuah helikopter utiliti sederhana berenjin kembar yang dikeluarkan oleh Sikorsky Aircraft. Sikorsky telah menghantar rekabentuk S-70 dalam pertandingan Sistem Pesawat Pengangkut Taktikal Utiliti untuk Tentera Darat Amerika Syarikat pada 1972. Pihak tentera darat kemudian memberi designasi prototaip ini sebagai YUH-60A dan telah memilih Black Hawk sebagai pemenang program pada 1976, selepas bersaing dengan helikopter YUH-61 yang dicadangkan oleh Boeing Vertol. UH-60A telah mula berkhidmat dengan Tentera Darat A.S pada 1979, bagi mengantikan helikopter UH-1 Iroquois sebagai helikopter pengangkut taktikal.

Fakta Segera Peranan, Pengeluar ...
UH-60 Black Hawk
Thumb
Helikopter UH-60 Black Hawk
Peranan Helikopter utiliti
Pengeluar Sikorsky Aircraft Corporation
Penerbangan sulung 29 November 1974
Diperkenalkan 1979
Status Aktif
Pengguna utama Tentera Darat Amerika Syarikat
Tentera Darat Australia
Tentera Darat Republik Korea
Angkatan Tentera Turki
Dikeluarkan 1974-kini
Jumlah dibina 2,600+
Kos seunit AS$5.9 juta
Kelainan SH-60 Seahawk
HH-60 Pave Hawk
HH-60 Jayhawk
Sikorsky S-70
Tutup

Pembangunan

Pada akhir 1960-an, Tentera Darat Amerika Syarikat mula merangka keperluan untuk sebuah helikopter Sistem Pesawat Pengangkut Utiliti Taktikal (SPPUT) bagi mengantikan helikopter UH-1 Iroquois berdasarkan pengalaman Perang Vietnam. Tentera Darat A.S juga memulakan pembangunan enjin turbin General Electric T700 baru untuk helikopternya. Pihak tentera darat memerlukan peningkatan ketara pada keupayaan, ikhtiar hidup dan kebolehpercayaan daripada pesawat SPPUT dan janakuasa.[1] Pihak Tentera Darat A.S kemudian mengeluarkan "Permohonan Cadangan" bagi program SPPUT pada Januari 1972.[2] Empat buah prototaip kemudian telah dibina. Helikopter prototaip pertama (YUH-60) telah melakukan penerbangan sulung pada Oktober 1974, dan telah dinilai bersama-sama helikopter dari firma Boeing-Vertol, iaitu YUH-61A. Sebelum penghantaran prototaip kepada Tentera Darat A.S, a penilaian awal telah dilakukan pada November 1975 bagi memastikan boleh beroperasi dengan selamat semasa ujian.[3] Tiga buah prototaip lagi telah dihantar kepada Tentera Darat A.S pada Mac 1976, dan sebuah darinya telah disimpan oleh Sikorsky untuk tujuan penyelidikan sendiri. Black Hawk telah dipilih untuk pengeluarkan pada Disember 1976. Penghantaran helikopter UH-60A kepada Tentera Darat A.S bermula Oktober 1978 dan memasuki perkhidmatan pada Jun 1979.[4]

Pada akhir 1980-an, model ini telah dinaik taraf kepada UH-60L yang mana memiliki lebih kuasa dan beban muatan dengan pemasangan enjin GE baru model 701C. Pengeluaran model UH-60M pada masa ini akan memanjangkan jangka hayat perkhidmatan helikopter UH-60 sehingga tahun 2020.

Spesifikasi (UH-60L)

Thumb
UH-60 Black Hawk yang dipersenjatai dengan mesingan M60 beroperasi berdekatan An Najaf, Iraq pada Mei 2005.
Thumb
Orthographically projected diagram of the UH-60A Black Hawk.
Thumb
Manual lukisan helikopter

Data dari Ensaiklopedia Pesawat Perang Moden,[5] US Army Fact File,[6] Frawley[7]

Ciri umum

  • Anak kapal: 2 juruterbang
  • Kapasiti: 2,640 lb kargo di dalam, termasuk 14 tentera atau 6 pengusung, atau 8,000 lb (UH-60A) atau 9,000 lb (UH-60L) kargo di luar
  • Panjang: 64 kaki 10 in (19.76 m

Prestasi

  • Kelajuan tidak melebihi: 193 knot (222 bsj, 357 km/j)
  • Kelajuan maksimum: 159 knot (183 bsj, 295 km/j)
  • Kelajuan sederhana: 150 knot (173 bsj, 278 km/j)
  • Jejari bertempur: 368 batu (320 batu nautika, 592 km)
  • Jarak maksimum: 1,380 batu[5] (1,200 batu nautika, 2,220 km)
  • Lelangit khidmat 19,000 kaki (5,790 m)
  • Kadar kenaikan: 700 kaki/min (3.6 m/s)
  • Beban sayap: 7.19 lb/kaki² (35.4 kg/m²)

Wikiwand - on

Seamless Wikipedia browsing. On steroids.