From Wikipedia, the free encyclopedia
Shaun Bartlett (lahir 31 Oktober 1972 di Cape Town) merupakan bekas pemain bola sepak Afrika Selatan kali terakhir bermain sebagai penyerang untuk Bloemfontein Celtic. Dia sekarang merupakan pembantu pengurus Golden Arrows di Afrika Selatan.
Maklumat peribadi | |||
---|---|---|---|
Nama penuh | Thurston Shaun Bartlett | ||
Tarikh lahir | 31 Oktober 1972 | ||
Tempat lahir | Cape Town, Afrika Selatan | ||
Ketinggian | 1.85 m (6 ka 1 in) | ||
Posisi permainan | Penyerang (bersara) | ||
Kerjaya remaja | |||
Norway Parks | |||
Vasco Da Gama | |||
Kerjaya Senior* | |||
Tahun | Pasukan | Kmcln | (Gol) |
1992–1995 | Cape Town Spurs | 116 | (48) |
1996–1997 | Colorado Rapids | 36 | (9) |
1997 | MetroStars | 13 | (2) |
1997–1998 | →Cape Town Spurs (pinjam) | 18 | (8) |
1998–2000 | FC Zürich | 77 | (27) |
2000–2006 | Charlton Athletic | 123 | (24) |
2006–2008 | Kaizer Chiefs | 31 | (11) |
2008–2009 | Bloemfontein Celtic | 8 | (0) |
Jumlah | 422 | (129) | |
Pasukan kebangsaan‡ | |||
1995–2005 | Afrika Selatan | 74 | (28) |
Pasukan diurus | |||
2012- | Golden Arrows (pembantu pengurus) | ||
* Gol dan kemunculan untuk kelab senior hanya untuk liga domestik dan tepat pada 4 April 2009 ‡ Gol dan kemunculan pasukan kebangsaan hingga 4 April 2009 |
Dibesarkan oleh neneknya di Factreton, Cape Flats, Bartlett mula bermain bola sepak untuk pasukan gerejanya. Dia juga berbakat dalam sukan kriket.
Bartlett memulakan kariernya bersama Cape Town Spurs sebelum berpindah ke kelab Major League Soccer, Colorado Rapids pada musim 1996. Pada pertengahan musim 1997, dia berpindah ke MetroStars pada 10 Julai.[1] Bartlett meninggalkan MLS dan kembali ke negara asalnya. Dia kemudiannya dipinjamkan ke FC Zürich dan berpindah ke sana secara tetap pada tahun 1998. Dia kemudiannya dipinjamkan kepada Charlton Athletic pada tahun 2000,[2] dan berpindah secara tetap pada tahun 2001 dengan perjanjian bernilai £2 juta.[3] Bartlett memenangi anugerah Gol Terbaik Musim Liga Perdana Inggeris pada musim 2000-01 untuk golnya ketika menentang Leicester City.[4] Dia dilepaskan oleh kelab itu pada bulan Mei 2006. Dia kemudiannya menyertai Kaizer Chiefs dan pada musim panas tahun 2008, dia bersara daripada bola sepak profesional. Dia kemudiannya kembali bermain bola sepak untuk Bloemfontein Celtic.[5]
Bartlett membuat penampilan sulung penuh pertamanya ketika perlawanan persahabatan menentang Lesotho pada 26 April 1995. Dia merupakan penjaring kedua terbanyak dalam sejarah dibelakang Benni McCarthy untuk pasukan kebangsaan Afrika Selatan, dengan 28 gol daripada 74 penampilan. Dia membantu negaranya ke Piala Negara-Negara Afrika 1996 dan bermain ketika Piala Dunia FIFA 1998 dimana dia menjaringkan dua gol.
Seamless Wikipedia browsing. On steroids.