Shae
From Wikipedia, the free encyclopedia
Remove ads
Sheryl Geting atau nama pentasnya sebagai Shae (dilahirkan pada 16 Februari 1994 di Pekanbaru, Riau, Indonesia) ialah penyanyi dari Indonesia. Beliau ialah anak kepada bapa yang mempunyai keturunan Australia dan ibundanya dari Riau, Indonesia. Dia memulakan kemunculan pertama untuk kerjaya beliau di muzik Indonesia apabila pelepasan satu lagu yang bertajuk Sayang dan Kok Telpon Telpon Sih yang diambil daripada album sulungnya The First pada tahun 2012.[1] Antara lagu beliau iaitu bertajuk Sayang telah pun terkenal di Malaysia, Singapura dan malah boleh merebak ke Filipina dan Thailand terlebih dahulu walaupun beliau dari Indonesia. Di samping beliau terbabit dalam kerjaya dunia muzik, beliau telah juga menjalani kerjaya sebagai pemain filem dan fesyen. Dia telah berlakon untuk sebilangan pengiklanan dalam televisyen dan juga sinetron.
Remove ads
Kerjaya nyanyian
Sheryl memulakan kerjaya sebagai penyanyi pada umur 15 tahun. Selepas menyertai pelbagai pertandingan nyanyian, beliau mula bertemu dengan seorang penggubah lagu dan pemain dram yang bernama Posan Tobing sebagai individu yang bertanggungjawab bagi kerjaya Sheryl. Sheryl masuk ke bidang muzik, menyertai satu syarikat rakaman Warner Music Indonesia dan melancarkan album sulungnya yang bertajuk The First (2012) pada umur 18 tahun. Semua lagu daripada album ini dicipta oleh Posan Tobing. Kemudian album ini mula menuai populariti melalui satu hit tunggal bertajuk Sayang kerana sering didengari dalam radio-radio Malaysia di kala pelepasan album ini.[2]
Remove ads
Filemografi
Filem
Drama
Telefilem
Teater
- Bunga untuk Mira (2018)
Televisyen
Remove ads
Rujukan
Pautan luar
Wikiwand - on
Seamless Wikipedia browsing. On steroids.
Remove ads
