25 September merupakan hari ke-268 (hari ke-269 dalam tahun lompat) dalam kalendar Gregory. Tinggal 97 hari sebelum memasuki tahun berikutnya.
Hari ini juga merupakan Hari Perayaan Sergius dari Radonezh (Gereja Ortodoks Timur).
- 275 - Selepas pembunuhan Aurelian di Thrace, Tacitus dipilih Senat untuk mewarisi takhta Maharaja Rom.
- 1066 - Harold Godwinson dari England menewaskan Harald III dari Norway dalam Pertempuran Stamford Bridge di Yorkshire, menandakan berakhirnya serangan Viking ke England.
- 1396 - Perang Uthmaniyyah di Eropah: Tentera Uthmaniyah di bawah Bayezid I (gambar) menewaskan perikatan Kristian pimpinan Sigismund dari Hungary di Nikopol, Bulgaria kini.
- 1513 - Konkuistador Vasco Núñez de Balboa, dari atas puncak Darién, Panama kini, menjadi orang Eropah pertama melihat Lautan Pasifik, yang kemudian dinamakannya Mar del Sur (Laut Selatan).
- 1790 - Opera Beijing dilahirkan apabila opera Anhui dipersembahkan di Beijing sebagai penghormatan terhadap hari lahir ke-80 Maharaja Qianlong.
- 1962 - Republik Demokratik Rakyat Algeria diisytiharkan secara rasmi. Ferhat Abbas dilantik Presiden pertama kerajaan sementara, dengan Ahmad bin Billah sebagai Perdana Menteri.
- 1969 - Pertubuhan Kerjasama Islam ditubuhkan di Rabat, Maghribi selepas cubaan membakar Masjid al-Aqsa di Baitulmaqdis.
- 2007 - Yasuo Fukuda terpilih untuk menggantikan Perdana Menteri Jepun Shinzo Abe yang meletakkan jawatan.
- 2008 - Kgalema Motlanthe mengangkat sumpah sebagai Presiden Afrika Selatan, menggantikan Thabo Mbeki.
- 2008 - Lehman Brothers dan Washington Mutual diisytiharkan bankrap akibat Krisis Kewangan Amerika Syarikat 2008.
- 2008 - Shenzhou 7 berlepas dari Pusat Pelancaran Satelit Jiuquan, menandakan bermulanya fasa kedua program angkasa lepas China.
- 2011 - Raja Abdullah mengumumkan yang wanita Arab Saudi akan dibenarkan mengundi dan bertanding.