Sepana

From Wikipedia, the free encyclopedia

Sepana

Sepana atau perengkuh adalah alat digunakan mencengkam dan menerapkan tork untuk memusingkan objek - biasanya pengikat berputar, seperti nat dan baut - atau mencegahnya berpusing.

Thumb
Satu set sepana metrik berhujung terbuka dan cincin di sebelahnya.

Kata sepana meminjam dari bahasa Inggeris: spanner menyerap bahasa Jerman yang mula digunakan pada tahun 1630-an merujuk kepada alat mengetat pegas dalam kancing roda senjata api; ia turunan spannen "menghubung" dari Proto-Jermanik *spannan dari PIE root *(s)pen- ("menarik, meregangkan, memusing").[1] Alat ini telah diperhatikan oleh sejarawan sejak abad ke-15 untuk tujuan memasangkan kelengkapan tertentu seperti pembetung dan baju besi.[2]

Jenis

Maklumat lanjut Gambar, Nama ...
Gambar Nama Keterangan
Thumb sepana terbuka berhujung U yang mampu memuatkan bolt atau nat tertentu; hujung ini bersudut 15 darjah lari dari paksi alat membolehkan penarikan dari ruang masuk yang terbatas[3]
sepana kotak berhujung cincin dengan bukaan segi empat ("kotak") atau heksagon memudahkan pengetatan nat[4]
Thumb sepana soket sama seperti sepana kotak atau cincin tetapi dipasangkan dengan batang engkol (ratchet ) yang berasingan untuk memudahkan pengetatan atau pelonggaran[3]
Thumb sepana cangkuk berhujung cangkuk bercuping memudahkan pemuatan kepada nat gelang yang berlekuk[5]
Thumb sepana boleh laras atau sepana hidup kepala boleh disuaikan menggunakan pengetat laras di bawah mata alat. Spanar jenis ini kurang disyorkan untuk melonggarkan nat kerana mudah menyebabkan bucu nat menjadi haus[3]
Thumb sepana/perengkuh paip badan keras dan agak berat serta bergerigi di hujung kepala memudahkan pencengkaman pada paip dan pasangan keluli.
Tutup

Rujukan

Loading related searches...

Wikiwand - on

Seamless Wikipedia browsing. On steroids.