Sepah (kumpulan pelawak)
Kumpulan Pelawak Malaysia From Wikipedia, the free encyclopedia
Kumpulan Sepah merupakan peserta rancangan realiti Raja Lawak dan Juara Maharaja Lawak 2011. Kumpulan dari Johor ini cukup dikenali menerusi rancangan komedi mereka iaitu Bujang Sepah Lalalitamplom. Sepah dianggotai tiga orang anak muda iaitu Jep (Mohd Nazri Zainal Abidin), Shuib (Shahmira Muhammad) dan Mamat (Mohd Noor Murad). Shuib merupakan suami kepada penyanyi Siti Sarah (Meninggal dunia pada 9 Ogos 2021) . Jep pula berkahwin dengan pelakon, Sari Yanti pada 2017.
Sepah | |
---|---|
Tahun aktif | 2009 – 2012, 2024 - Kini |
Ahli | Mamat Shuib |
Bekas ahli | Jep |
Sejarah Awal
Jep dan Mamat terlebih dahulu berkawan semasa sama-sama masih bersekolah di SMK Sultan Ibrahim, Kulaijaya, Johor. Jep dan Shuib pula berkenalan sewaktu bertemu di ujibakat AF 4 tetapi tidak terpilih. Persahabatan mereka berlanjutan hingga sama-sama bekerja sebagai Ramp Agent untuk Air Asia bersama-sama Shuib. Disebabkan ingin melengkapkan kumpulan mereka, Jep mencadangkan rakan lamanya Mamat yang seorang kaki langgar. Shuib sebelum bertemu Jep, dia berkenalan dengan Mawi sebelum juara AF 3 itu menjadi selebriti semasa dia masih bekerja sebagai dj di restoran dimana Shuib sering berkaraoke.
Asalnya masing-masing minat menyanyi dan mahu menjadi penyanyi tetapi disebabkan mendapat nasihat yang syarikat rakaman mahukan rupa paras yang menarik, mereka pun mengubah hala tuju dengan memilih platform Raja Lawak untuk memasarkan bakat mereka dan percubaan itu akhirnya menjadi apabila mereka ditabalkan Raja Lawak musim ke 3 dan kumpulan pertama menjuarai pertandingan itu.
Juara Maharaja Lawak
Pada 24 Mei 2011, Sepah berjaya menawan hati penonton dan juri kerana menerapkan unsur agama dan realiti permasalahan kehidupan masyarakat Melayu . Pasangan suami isteri yang bergaduh sakan berjaya dilawakkan . Penampilan penyanyi Dafi mencetuskan suasana kejutan dan girang di hati penonton.
Begitu juga dengan sketsa dua pencuri yang mencuri rumah seorang ustazah berjaya 'ditawan' oleh Ustazah Siti Nor Bahyah Mahamood hos rancangan Semanis Kurma [1]. Persembahan mereka di Stadium Malawati, Shah Alam cukup selamba , bersahaja dan dialog yang diucapkan cukup menggelikan hati penonton. Tiga juri tetap iaitu Mamat Khalid, Ahmad Idham dan Saiful Apek yang mewakili 50 peratus cukup yakin memilih mereka sebagai Maharaja Lawak .[2]
Mereka berkongsi hadiah lumayan RM350,000 berserta trofi sumbangan Astro. Naib johan pula ialah kumpulan Jozan yang dianggotai oleh Johan dan Zizan Razak yang membawa pulang RM250,000 beserta trofi. Nabil menduduki tempat ketiga dan membawa pulang hadiah RM150,000 berserta trofi. Kumpulan Jambu yang dianggotai oleh Yus dan Tauke menduduki tempat ke-4 dan membawa hadiah wang tunai RM50,000 berserta trofi.[3]
Ahli
Bekas Ahli
Filemografi
Tahun | Tajuk | Peranan / Watak | Catatan | ||
---|---|---|---|---|---|
Jep | Shuib | Mamat | |||
2009 | Raja Lawak | Peserta | |||
Tok Ketua | Jep Nadzri | Shuib Shahmira | Mamat Murad | ||
Gelak Khas | Pelbagai | ||||
Bujang Sepah Silalitamplom | Jep | Shuib | Mamat | ||
Lemang Si Bujang Sepah | |||||
2010 | Bujang Sepah Lalalitamplom | ||||
Biar Betul Bendul | Jep (Si Buta) | Shuib (Si Bisu) | Mamat (Si Pekak) | ||
Burger Layan Diri | Ipin | Abdol | Mamat | ||
Dodol Si Bujang Sepah | Jep | Shuib | |||
2011 | Konsert Lawak | Dirinya Sendiri | |||
Maharaja Lawak | Peserta | ||||
Maharaja Lawak Raya | Mak | Ayah | Anak | ||
2012 | Man Sewel Datang KL | ![]() |
Man Sewel | Jimut | |
Sepah The Movie | Jep | Shuib | Mamat | ||
Sofazr The Movie - Jiwa Kacau | Bob | ![]() |
Penolong Mamat | ||
2013 | Jep & Judin | ![]() |
Judin | Jep | |
2015 | Sepahtu Reunion | Pelbagai |
Anugerah dan Pencalonan
Tahun | Anugerah | Kategori | Keputusan |
---|---|---|---|
2009 | Raja Lawak (musim 3) | – | Juara |
2011 | Maharaja Lawak | – | Juara |
2014 | Anugerah MeleTOP Era 2014 | Bintang Filem MeleTOP (Sepah The Movie) | Tercalon |
Rujukan
Pautan Luar
Wikiwand - on
Seamless Wikipedia browsing. On steroids.