Senarai lagu juara carta Radio Muzik RTM 1995

From Wikipedia, the free encyclopedia

Remove ads

Carta Radio Muzik adalah program carta lagu popular bertaraf nasional yang disiarkan setiap minggu (lazimnya pada hari Sabtu, jam 2 petang) di saluran Radio Muzik (kini digelar Nasional FM). Lagu-lagu yang ditabalkan sebagai juara mingguan ini berjaya mendapat permintaan tertinggi daripada pendengar seluruh negara melalui poskad dan telegram.

Fakta Segera Radio Muzik Top Tune 1996, Penganjur ...
Remove ads

Pada pertengahan 90an, program carta Radio Muzik kelolaan juruhebah Maznah Abdul ini menjadi carta radio utama di Malaysia setelah era Carta Pujaan 10 RTM yang disiarkan di Radio Klasik (dahulunya digelar Radio 1). Ini berikutan penarafan (rating) Radio Muzik yang menduduki tangga tertinggi sebagai radio paling kerap didengar rakyat Malaysia dari tahun 1995 hingga 1999.[1]

Remove ads

Turutan Juara Carta Radio Muzik 1995

Thumb
Penyanyi Aris Ariwatan menguasai carta Radio Muzik sepanjang tahun 1995, bermula dengan lagu juara "Lamunan Terhenti" yang bertahan di tonggak sebanyak 6 minggu, manakala dua lagi single utamanya bertahan di dalam top 10 iaitu "1, 2, 3, 4" dan "Permaidani".
Thumb
Penyanyi pop Amy Mastura meraih gelaran juara melalui lagu single kedua daripada album pertamanya "Jawapan Kasih" pada tahun 1994 dan kemudian menerusi lagu single ketiganya - "Meniti Hari" ketika masuk tahun baru 1995.
Thumb
Penyanyi dangdut Amelina cukup popular sepanjang tahun 1995, berturutan daripada album debutnya menerusi lagu "Rindu" dan disambung dengan album keduanya yang menampilkan hits "Asyik". Lagu-lagu popular lain nyanyiannya yang memasuki carta 1995 adalah "Yang Indah Yang Hangat" dan "Di Dadaku Ada Kamu".
Thumb
Kumpulan remaja yang mempertaruhkan muzik pop dengan sentuhan tradisional, A To Z berjaya mengungguli carta menerusi lagu pengenalan mereka, "Berdendang".

Berikut adalah senarai lagu-lagu yang pernah menjuarai carta ini untuk tahun 1995.

Latar belakang hijau menunjukkan lagu dengan prestasi terbaik pada tahun 1995.
Maklumat lanjut Jilid, Tarikh ...
Remove ads

Fakta Ringkas

  • Komposer Saari Amri mencipta sejarah apabila 8 buah lagunya menjuarai carta dalam tempoh satu tahun. Ia disumbangkan melalui dua projek album terbesarnya tahun ini iaitu "Tajam Menikam" (Ukays) dan "Kesan Terbukti" (Slam). Saari juga meraih kedudukan Top 5 dan Top 10 untuk single utama artis lain selain daripada dua kumpulan popular berkenaan.
  • 1995 dianggap tahun bertuah untuk artis baharu apabila majoriti artis yang meraih juara adalah artis yang tampil dengan album debut seperti Amelina, Amy Mastura, Casey Subramaniam, A to Z, Farra, Shades, Umbrella, Leon dan Legacy, selain beberapa artis senior yang pertama kali tampil secara solo seperti Awie dan Man Bai.
  • Tahun 1995 menyaksikan 30 buah lagu dinobatkan sebagai juara, sekaligus menjadi tahun yang mempunyai lagu terbanyak menjuarai carta radio dalam tempoh satu tahun.
Remove ads

Rujukan

Loading related searches...

Wikiwand - on

Seamless Wikipedia browsing. On steroids.

Remove ads