From Wikipedia, the free encyclopedia
Seletar /səˈliːtɑːr/ ialah sebuah kawasan yang terletak di timur laut Singapura. Namanya juga merujuk kepada Kawasan Perancangan Seletar (sebagaimana dinyatakan oleh Penguasa Pembangunan Semula Bandar), terletak dalam Kawasan Timur Laut Singapura. Nama tempat ini berasal dari kumpulan kecil orang Melayu yang berasal dari kawasan ini, Orang Seletar. Ia berkongsi sempadan dengan kawasan perancangan Sengkang di selatan, Punggol di timur, Yishun dan Simpang di barat, begitu juga Selat Johor di utara.
Seletar | |
---|---|
Kawasan Perancangan dan Pusat Serantau | |
Transkripsi Lain | |
• Melayu | Seletar (Rumi) سلتار (Jawi) |
• Chinese | 实里达 (Ringkas) 實里達 (Tradisional) Shílǐdá (Pinyin) Si̍t-lí-ta̍t (Hokkien POJ) |
• Tamil | சிலேத்தார் Cilēttār (Transliterasi) |
Koordinat: 1°24′19.2″N 103°51′58.6″E | |
Negara | Singapura |
Kawasan | Kawasan Timur Laut
|
Majlis Pembangunan Masyarakat |
|
Majlis bandaran |
|
Kawasan undi | |
Pentadbiran | |
• Datuk Bandar | CDC Tengah Singapura
|
• Anggota Parlimen | GRC Ang Mo Kio
|
Keluasan | |
• Jumlah | 10.25 km2 (3.96 batu persegi) |
• Residential | 7.23 km2 (2.79 batu persegi) |
Penduduk | |
• Jumlah | 250 |
• Kepadatan | 24/km2 (63/batu persegi) |
Demonim | Rasmi
|
Daerah menyurat | 28 |
Sebelum ini sebagai tapak pangkalan tentera British, Stesen Tentera Udara Diraja Seletar, kawasan ini kini menempatkan sebuah Taman Aeroangkasa Seletar berkeluasan 140 hektar. Taman aeroangkasa ini menempatkan perindustrian khusus dalam perkhidmatan pembaikan dan penyelenggaraan kapal udara.[3][4] Terdapat perancangan masa depan untuk mengubah Seletar kepada satu daripada pusat serantau bagi Singapura, selain di Jurong Timur, Tampines dan Woodlands. Sebaik sahaja pembaharuan selesai, Seletar akan dikenali sebagai satu-satunya pusat serantau tanpa sebuah laluan MRT melaluinya, tidak seperti pusat serantau yang lain yang mempunyai laluan MRT yang pelbagai.
Berdasarkan buku Down the Seletar River: Discovering a Hidden Treasure of Singapore, Seletar secara umumnya merujuk kepada sebuah kawasan yang ditentukan dengan Sungei Punggol di timur, Sungai Seletar di barat, Ang Mo Kio di selatan dan Selat Johor di utara. Ia merangkumi kawasan yang meliputi Yio Chu Kang, Jalan Kayu, Takungan Seletar Hilir dan sebahagian Upper Thomson.[5]
Kawasan Perancangan Seletar, sebagaimana ditentukan oleh Penguasa Pembangunan Semula Bandar, berkongsi semua tanah bersempadan dengan kawasan perancangan di Sengkang di selatan, sempadan bersungai dengan Punggol di timur and Yishun di barat. Sempadan utaranya ialah Selat Johor.[6][7] Kawasan Perancangan Seletar secara rasmi dibahagikan kepada 4 zon kecil – Seletar, Taman Aeroangkasa Seletar, Pulau Punggol Barat dan Pulau Punggol Timor.
Kawasan ini ialah kediaman bagi penduduk Melayu asli, terutama Orang Seletar - sebuah kumpulan kecil Orang Laut yang tinggal di atas air sesebuah pulau. Terdapat beratus-ratus orang mereka sedia ada di sana walaupun sebelum ketibaan Raffles. Seletar kemudiannya menjadi sebuah ladang penanaman getah dimiliki dan diuruskan oleh Singapore United Rubber Plantations Ltd. Pada 1923, pemerintahan Negeri-negeri Selat membeli 600 ekar (2.4 km2) daripada syarikat getah tersebut dan memberikannya kepada Tentera Udara Diraja British sebagai tapak bagi pangkalan udara mereka di Singapura.[8] Pembinaan lapangan udara tersebut selesai pada 1929 dan secara rasminya dibuka pada 1930. Lapangan udara ini ialah pangkalan tentera udara diraja British pertama di timur India dan juga menyediakan perkhidmatan penerbangan awam sehingga 1937, apabila Lapangan Terbang Kallang dibuka kepada awam.[9]
Takungan Air Seletar (kini dikenali sebagai Takungan Seletar Hulu), dibina kali pertama pada 1920, selepas Perang Dunia Pertama untuk menampung keperluan air di Singapura. Ia ditandakan sebagai tapak pemuliharaan pada Ogos 1999.[10]
Kawasan ini juga mempunyai banglo kolonial yang dibina untuk kakitangan ketenteraan tentera udara diraja British, yang masih tersergam sehingga kini. Pada 2007, pemerintah mengumumkan sebahagian 174 buah banglo diasingkan untuk dimusnahkan bagi memberi laluan kepada pembinaan Taman Aeroangkasa Seletar, sementara baki 204 buah banglo masih dikekalkan dan sebahagiannya akan ditukar menjadi sekolah latihan aeroangkasa dan kawasan makan dan minum, manakala 131 buah lagi akan diasingkan untuk didiami.[11]
Seamless Wikipedia browsing. On steroids.
Every time you click a link to Wikipedia, Wiktionary or Wikiquote in your browser's search results, it will show the modern Wikiwand interface.
Wikiwand extension is a five stars, simple, with minimum permission required to keep your browsing private, safe and transparent.