Sel darah putih

From Wikipedia, the free encyclopedia

Sel darah putih

Sel darah putih atau leukosit merupakan sejenis sel sistem imun yang membentuk komponen darah. Leukosit terbahagi kepada dua jenis iaitu granulosit (sitoplasma bergranul) dan agranulosit (sitoplasma tidak bergranul). Terdapat tiga jenis granulosit iaitu neutrofil, eosinofil dan basofil manakala agranulosit terdiri daripada limfosit dan monosit.[1] Fungsi leukosit-leukosit ini adalah berbeza mengikut jenis tetapi secara umumnya ia berfungsi sebagai mekanisme pertahanan badan. Leukosit-leukosit ini adalah multipoten yang terhasil di sum-sum tulang yang dikenali sebagai sel tunjang hematopoietik.

Thumb
Leukosit, sel darah merah dan platelet dalam darah dilihat melalui mikroskop elektron pengimbas

Jenis

Maklumat lanjut Jenis, Rajah ...
Jenis sel-sel darah putih dan ciri-cirinya
Jenis Rajah Keterangan[2]
Mikrograf Ilustrasi
Granulosit Neutrofil Melawan bakteria dan kulat (fungi).
Eosinofil Melawan parasit dan mengawal tindak balas alahan dan keradangan.
Basofil Melepaskan histamin untuk tindakan keradangan.
Agranulosit Limfosit Terbahagi kepada tiga jenis iaitu:
Monosit Membeza kepada makrofaj di tisu badan dan sel Kupffer di hati.
Tutup

Rujukan

Lihat juga

Pautan luar

Wikiwand - on

Seamless Wikipedia browsing. On steroids.