From Wikipedia, the free encyclopedia
Sekolah Menengah Sains Alor Gajah ataua nama ringkasnya (SAGA), merupakan sebuah Sekolah Menengah Sains yang terletak di Masjid Tanah, daerah Alor Gajah, Melaka.
Sekolah Menengah Sains Alor Gajah, Melaka | |
---|---|
Lokasi | |
Masjid Tanah, 76300, Alor Gajah, Melaka Malaysia | |
Maklumat | |
Jenis sekolah | Sekolah Berasrama Penuh |
Moto | Beriman, Berilmu, Berjasa |
Nombor sekolah | +6063533548 |
Kod sekolah | MEA0103 |
Pengetua | En. Shafian bin Ishak |
GPK Pentadbiran dan Akademik | Puan Zulindawati binti Mohd Jais |
Penolong Kanan Hal Ehwal Murid | En. Kamarulzamri bin Bakar |
Penolong Kanan Kokurikulum | En. Ahmad Rizal Bin Aziz |
Laman sesawang |
Majlis Penyerahan Pembinaan Projek Sekolah Menengah Sains Alor Gajah, Melaka telah disempurnakan oleh Ketua Setiausaha Kementerian Pendidikan Malaysia, YBhg. Dato' Indera Nik Nasarudin bin Mohd Zawawi pada 15 Mac 2023.[1]
Sekolah ini telah dibina di atas tanah seluas 37 ekar. Sekolah ini boleh menampung seramai 376 orang murid lelaki dan 376 orang murid perempuan.[2] Tarikh milikan tapak sekolah pada 6 Oktober 2017 melibatkan kos pembinaan sebanyak RM 58, 777, 989.21 oleh Syarikat Primudi Sdn Bhd dan telah siap sepenuhnya pada 28 Februari 2023. Tarikh tubuh sekolah adalah pada 21 Mac 2023.
Sekolah ini mula beroperasi sepenuhnya pada 8 Mei 2023 (Isnin). Seramai 16 orang guru dan 6 orang anggota kumpulan pelaksana (AKP) bertugas di sekolah ini. Anak-anak pertama seramai 76 orang murid lelaki dan 79 orang murid perempuan telah mendaftar pada 6 Jun 2023. Bilangan guru-guru yang berkhidmat di sekolah ini juga akan bertambah seiring dengan pertambahan bilangan murid-murid pada masa akan datang.
Pembinaan sekolah ini melibatkan 25 bilik darjah dan lain-lain kemudahan seperti :
Seamless Wikipedia browsing. On steroids.
Every time you click a link to Wikipedia, Wiktionary or Wikiquote in your browser's search results, it will show the modern Wikiwand interface.
Wikiwand extension is a five stars, simple, with minimum permission required to keep your browsing private, safe and transparent.