Remove ads
From Wikipedia, the free encyclopedia
Sekolah Kluster Kecemerlangan Sekolah Menengah Kebangsaan Ghafar Baba atau nama ringkasnya SKK SMK Ghafar Baba, merupakan sebuah Sekolah menengah kebangsaan yang terletak di Masjid Tanah.
Sekolah Kluster Kecemerlangan Sekolah Menengah Kebangsaan Ghafar Baba | |
---|---|
Lokasi | |
Malaysia Masjid Tanah, 78300, Masjid Tanah, Melaka Bandar Bersejarah Malaysia | |
Maklumat | |
Jenis sekolah | Sekolah menengah kebangsaan, Sekolah kerajaan, Sekolah Kluster Kecemerlangan |
Nombor sekolah | 06-3841257 |
Kod sekolah | MEA0071[1] |
Pengetua | Pn. Hjh. Sahreah binti Md. Zin |
Faks | 06-3843253 |
Laman sesawang | Sekolah Menengah Kebangsaan Ghafar Baba Facebook Sekolah Menengah Kebangsaan Ghafar Baba |
Pada 2009, Sekolah Menengah Kebangsaan Ghafar Baba memiliki 471 orang pelajar lelaki dan 518 orang pelajar perempuan, menjadikan jumlah keseluruhan murid seramai 989 orang. Ia mempunyai seramai 81 orang guru.2009
Terkini untuk tahun 2023, Sekolah Menengah Kebangsaan Ghafar Baba memiliki 738 murid dari Tingkatan 1 sehingga Pra-U. Sekolah ini mempunyai seramai 80 orang guru dan 12 orang staf sokongan.
Sekolah Menengah Kebangsaan Ghafar Baba terletak di dalam Mukim Masjid Tanah dan Sungai Baru Ulu dengan keluasan tanah seluas 13.5 ekar. Nama asal sekolah ini ialah Sekolah Menengah Kebangsaan Masjid Tanah. Pada peringkat awal penubuhannya, ia menumpang di Sekolah Rendah Inggeris Masjid Tanah, Melaka (sekarang dikenali sebagai Sekolah Rendah Kebangsaan Datuk Tambichik Karim). Pada ketika itu, bilangan muridnya ialah seramai 116 orang. Gurunya terdiri daripada 4 orang, 2 orang guru lelaki dan 2 orang guru perempuan. Sementara pengetuanya pada ketika itu ialah Encik Hashim bin Mohamad dan Ketua Pengawas (ketua pelajar) ialah Ab. Aziz bin Hj Bidin.
Sekolah ini ditubuhkan atas inisiatif masyarakat setempat dan diasaskan pada bulan Januari 1962. Ketua masyarakat yang bertanggungjawab mempelopori dan mengasaskannya ialah Datuk Tamby Chik bin Karim. Beliau juga merupakan Pengerusi Lembaga Pengurus Sekolah yang pertama.
Peletakan batu asasnya telah dilakukan pada 24 September 1962 oleh Y.A.B. Encik Abdul Ghafar Baba, Ketua Menteri Melaka, sementara perasmiannya dilakukan oleh Tuan Yang Terutama Tun Haji Abdul Malik Bin Yusuf, SMN, DMK, Gabenor Negeri Melaka pada hari Khamis 19 Mac 1964.
Pada tahun 1967, sekolah ini telah ditukar namanya daripada Sekolah Menengah Kebangsaan Masjid Tanah menjadi Sekolah Ghafar Baba iaitu mengambil sempena nama Abdul Ghafar bin Baba, seorang anak watan Melaka yang mula mencipta nama dalan arena politik Malaysia.
Senarai pengetua sekolah sejak tahun 1962:
Pada peringkat awal penubuhannya, terdapat sembilan blok bangunan sahaja iaitu Dewan Besar, Bilik seni perusahaan, Bilik seni lukis, Bilik sains paduan, Bangunan kelas Blok A dan B, Kantin, Asrama lelaki dan Perpustakaan.
Bagi menampung pertambahan bilangan murid, pada tahun 1968, bangunan tambahan makmal sains dan bilik SRT telah dibina, manakala pada tahun 1987, bangunan tambahan Blok C mula dibina dan telah dirasmikan oleh YAB Datuk Seri Abd Rahim Bin Tamby Chik, Ketua Menteri Melaka. Kos pembinaan bangunan ini berjumlah RM 200,000 dan telah dibiayai melalui Projek Bank Dunia.
Bersesuaian dengan fungsi sekolah yang bukan hanya bertujuan melahirkan insan yang cemerlang dan berketerampilan dalam bidang akademik, aspek pembangunan sahsiah turut mendapat perhatian. Selaras dengan hasrat murni itu maka pada tahun 1978, bangunan surau telah dibina dan kos pembinaannya ialah hasil daripada sumabngan PIBG, orang perseorangan dan guru-guru sekolah SMKGB.
Dari semasa ke semasa, bilangan murid terus meningkat dan SMKGB mula menjadi tumpuan murid-murid dari kawasan sekitar dan liau[[[Wikipedia:Penjelasan|Penjelasan diperlukan]]] kawasan Masjid Tanah. Pada tahun 1975, bangunan Asrama Puteri (aspuri) telah dibina untuk memenuhi keperluan murid-murid yang tinggal berjauhan dari sekolah. Pada peringkat awal, blok asrama ini digunakan untuk menempatkan murid-murid lelaki, manakala blok asrama putera digunakan untuk menempatkan kelas murid-murid tingkatan 1, 4, dan 6. Pada tahun 1987 barulah murid-murid perempuan mendapat kemudahan tinggal di asrama. Murid-murid perempuan ditempatkan di bangunan baru sementara murid lelaki kembali menghuni blok asrama yang lama.
Pada tahun 1980, sebuah bilik kebal telah dibina berhampiran dengan blok pentadbiran. Bilik Kebal ini digunakan untuk menyimpan kertas soalan semasa musim peperiksaan awam seperti UPSR, PMR, SPM, dan STPM. Pada tahun 1989, bangunan tambahan kantin telah siap dibina.
Pada tahun 2000, Pusat Sumber Sekolah dan Bengkel Kemahiran Hidup yang baru telah mula digunakan, manakala surau baru Al-Syakirin dibina dan siap pada tahun 2003. Pembinaan kedua-dua bangunan ini telah mengorbankan padang permainan SMKGB. Pada tahun 2007, blok asrama diubah suai untuk kegunaan ruang belajar aspuri. Pada tahun yang sama, susur gajah sekolah dan asrama juga talah ditambah. Dengan usaha yang dilaksanakan oleh Puan Pengetua, sebuah Wakaf Budi dan Dataran Warga Berbumbung telah pun terbina untuk kegunaan semua warga SMKGB.
Untuk memastikan semua murid dapat mempelajari ilmu sains dengan sempurna, pada tahun 2008, semua makmal sains telah pun dinaik taraf. Pada tahun yang sama, sebuah pondok pengawal yang baharu telah pun dibina menggantikan pondok keselamatan yang lama kerana kedudukan yang tidak sesuai. Pada tahun 2009 dan 2010, semua tandas di asrama dinaik taraf untuk memastikan semua warga asrama menikmati kemudahan asrama yang sempurna dan dapat belajar dengan baik.
SMK Ghafar bab terletak dalam Mukim Masjid Tanah dan Sg Baru Ulu, Alor Gajah, Melaka. Pekan Masjid Tanah terletak di arah utara Bandar Melaka. Jarak Masjid Tanah dari Bandar Melaka lebih kurang 33km, sementara jaraknya dari Pekan Alor Gajah lebih kurang 15km. Jarak SMKGB dari Pekan Masjid Tanah lebih kurang 0.4km. Keluasan kawasan SMKGB ialah 16 ekar 2rod dan 8pol.
Masjid Tanah dahulunya pekan kecil tetapi kini telah membangun dengan pesatnya. Masjid Tanah amat sinonim dengan kejayaan, kecemerlangan dan kelahiran golongan cendekiawan di Negeri Melaka. Justeru itu, SMKGB sebagai sekolah menengah tertua, turut menjadi penyumbang ke arah kecemerlangan masyarakat di kawasan ini.[perlu rujukan]
SMKGB seolah-olah terletak di dalam kompleks pendidikan, di mana terdapat beberapa buah sekolah rendah dan menengah berdekatan antara satu sama lain. Sekolah-sekolah tersebut antaranya ialah SK Masjid Tanah, SK Sri Laksamana, SK Datuk Tamby Chik Karim, SK Bukit Beringin, SJK (C) Masjid Tanah, SMK Sultan Alauddin, dan SMK Hang Kasturi.
SMKGB merupakan sekolah aliran melayu yang pertama di negeri Melaka bagi kategori luar bandar. Sejak tahun 1965, hanya terdapat satu aliran sastera di tingkatan 4 yang kemudiannya pada tahun 1969, dibuka satu lagi kelas airan sains. Bermula tahun 1972, SMKGB telah menawarkan kelas tingkatan 6 aliran sastera dan penawaran ini mencipta sejarah baru kerana SMKGB merupakan satu-satunya sekolah aliran melayu yang diberi kepercayaan untuk mengendalikan kelas Tingkatan 6. Perkembangan seterusnya adalah apabila sekolah ini terus mendapat mandat untuk menawarkan kelas tingkatan 6 aliran sains bermula pada tahun 1987 dan pernah ditutup pada tahun 2005. Pada tahun 2008, kelas tingkatan 6 aliran sastera ditutup serentak dengan pembukaan Fasa 2 aliran sains.
Seterusnya, Kelas Rancangan Khas (KRK) di SMKGB telah mula dibuka pada tahun 1983. Pada awal penubuhannya, bilangan KRK di tingkatan 1 hanyalah sebuah kelas sahaja. Bilangan ini meningkat kepada 2 buah kelas di tingkatan 1 pada tahun 1996. Menjelang tahun 2003, kelas tingkatan 1 telah ditambah kepada 3 buah kelas. KRK bertambah lagi kepada 4 buah kelas menjelang tahun 2006. Jumlah keseluruhan KRK ting 1, 2 dan 3 pada tahun 2008 ialah 4 buah kelas bagi setiap tingkatan yang jumlahnya 12 buah kelas.
SMKGB juga telah diisytiharkan sebagai sekolah kawalan daerah Alor Gajah mulai tahun 2003.Telah ditetapkan kemasukan ke sekolah ini melalui 2 cara. Pertama, penempatan murid KRK oleh JPM dengan kelayakan minimum UPSR 3A2B (SK) dan 6A2B (SJK). Kedua, penempatan murid Kelas Kawalan (KK) diuruskan oleh PPD Alor Gajah dengan menetapkan kelayakan minimum UPSR 2A. Pada tahun 2007, sekolah ini telah menerima status Sekolah Cemerlang melalui Anugerah Sekolah Cemerlang, Kementerian Pelajaran Malaysia. Berikutnya pada Jun 2009, sekolah ini juga telah diisytiharkan sebagai Sekolah Kluster Kecemerlangan (SKK) oleh Kementerian Pelajaran Malaysia. Kebitaraan sekolah ialah Bahasa Melayu dan Budaya.
SMKGB telah memperolehi 100% lulus dalam peperiksaan Penilaian Menengah Rendah sebanyak 5 tahun berturut-turut iaitu tahun 2006, 2008, 2009,[2] 2010 dan 2013.[3][4] Dalam peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia pula, SMKGB telah memperolehi keputusan yang cemerlang iaitu 100% lulus pada tahun 2004, 2007, 2008, 2009 dan 2010. SMKGB juga telah memperolehi keputusan 100% lulus dalam peperiksaan Sijil Tinggi Pelajaran Malaysia pada tahun 2004,[5] 2009,[6] 2011,[7][8] 2012,[9] 2013[10] dan 2014.[11]
SMKGB meneruskan kecemerlangan di dalam Sijil Pelajaran Malaysia apabila berjaya mendapatkan 100% calon LULUS dan layak mendapat sijil pada tahun 2017 & 2018. Pada tahun 2017, SMKGB berjaya mendapat peningkatan GPS sebanyak 0.49 dan berjaya mengekalkan kecemerlangan GPS di bawah 4.0 seperti yang diletakkan oleh Pengarah Pendidikan Negeri Melaka.
SMKGB meneruskan kecemerlangan akademik dengan meraih 100% LULUS SPM untuk tahun 2019, 2020 & 2021. Kemanisan berganda apabila 11 orang calon berjaya mendapat keputusan SEMUA A pada tahun 2019 manakala 6 orang calon pada tahun 2021.
Pada tahun 1981, majlis pelancaran Hari Guru Peringkat Negeri Melaka telah diadakan di Dewan Tan Sri Abul Rahman Arshad. Majlis tersebut dirasmikan oleh YAB En Mohd Adib B. Adam, Ketua Menteri Melaka. Sekali lagi majlis tersebut diadakan di SMKGB pada tahun 1995 yang dirasmikan oleh YAB Tan Sri Abdul Rahim Tamby Chik, Ketua Menteri Melaka pada ketika itu.
SMKGB telah merayakan Jubli Perak pada 31 Julai 1987. Majlis itu telah dirasmikan oleh Timbalan Perdana Menteri Malaysia, YAB En Abdul Ghafar Bin Baba. Turut hadir dalam majlis tersebut ialah YAB Datuk Seri Abdul Rahim Bin Tamby Chik, Ketua Menteri Melaka.
Pada tahun 1988, SMKGB terpilih sebagai Sekolah Contoh Terbaik di Malaysia. Tuan Pengetua Tn Hj Borhan B Othman telah diberi penghormatan oleh Kementerian Pelajaran Malaysia untuk membentangkan kertas kerja bertajuk Pentadbiran Sekolah Yang Unggul di perayaan Jubli Perak Kesatuan Guru-Guru Lepasan Maktab Semenanjung Malaysia di Kuala Kangsar, Perak.
Pendidikan berkualiti insan terdidik negara sejahtera.
Memberikan pendidikan berkualiti untuk membentuk modal insan kelas pertama selaras dengan aspirasi pendidikan negara.
Lagu sekolah SMK Ghafar Baba berjudul SGB Maju Jaya.
SGB kebangaan kami..
Jasamu.. kami kenang..
Ilmu tangga bahagia..
Kami tetap dipuncak jaya..
Mari kita berganding bahu..
Prestasi cemerlang tingkatkan..
Lahir insan berwawasan..
SGB maju jaya..
SGB maju jaya..
SGB Sekolah Kluster
Mercu SGB ialah satu inisiatif kreatif Tuan Pengetua SMK Ghafar Baba yang ke-17, En. Ramli bin Abdullah dalam menceriakan lagi kawasan SMK Ghafar Baba.
Mercu ini siap dibina pada 5 Ogos 2019 dan diletakkan di kawasan berhampiran Dewan SMK Ghafar Baba.
Mercu ini dapat dilihat dari simpang tiga Jalan SMK Ghafar Baba.
Seamless Wikipedia browsing. On steroids.
Every time you click a link to Wikipedia, Wiktionary or Wikiquote in your browser's search results, it will show the modern Wikiwand interface.
Wikiwand extension is a five stars, simple, with minimum permission required to keep your browsing private, safe and transparent.