Remove ads
From Wikipedia, the free encyclopedia
Sekolah Menengah Kebangsaan Agama Sultan Azlan Shah atau nama ringkasnya SMKA Sultan Azlan Shah, ialah sebuah sekolah menengah kebangsaan yang terletak di Seri Iskandar,Bota, Perak. Kini, sekolah ini telah berjaya mendapat kedudukan sekolah terbaik Perak No 1. Diikuti oleh sekolah SMKA Kerian dan sekolah Malay College Kuala Kangsar (MCKK) pada tahun 2024.
Sekolah Menengah Kebangsaan Agama Sultan Azlan Shah Sultan Azlan Shah Islamic School | |
---|---|
Lokasi | |
32610 Seri Iskandar, Perak Tengah, Perak Darul Ridzuan Malaysia | |
Maklumat | |
Nama lama | Sekolah Menengah Kebangsaan Agama Perak |
Jenis sekolah | Sekolah Berasrama Penuh,Sekolah Kluster Kecemerlangan |
Autoriti pendidikan | PPD Perak Tengah |
Nombor sekolah | 605-3711689 |
Kod sekolah | ARA8001 |
Pengetua | Tuan Haji Taufik Suhaimi Bin Ahmad |
Tenaga pengajar | 51 |
Jantina | Lelaki Dan Perempuan |
Jumlah penuntut | 611 |
Kelas | 24 |
Slogan | Di Sini Lahirnya Sumber Manusia Kekasih Allah |
GPK Pentadbiran dan Akademik | Puan Haza Liza Binti Mohd Puad |
Penolong Kanan Hal Ehwal Murid | Puan Norihan Binti Mat Isa |
Penolong Kanan Kokurikulum | Puan Maizatun Rahayu Binti Rahmat |
Faks | 605-3712360 |
Laman sesawang | https://sites.google.com/moe-dl.edu.my/smkasas-officialsite |
Pada 2009, Sekolah Menengah Kebangsaan Agama Sultan Azlan Shah memiliki 326 pelajar lelaki dan 331 pelajar perempuan, menjadikan jumlah keseluruhan murid seramai 657 orang. Ia mempunyai seramai 59 orang guru.
Terkini, bagi tahun 2021, Sekolah Menengah Kebangsaan Agama Sultan Azlan Shah telah menerima seramai 238 pelajar lelaki dan 328 pelajar perempuan, dengan jumlah keseluruhan murid adalah seramai 566 orang. Bilangan kekuatan pengurusan dan pentadbiran adalah seramai 53 orang guru dan 22 orang anggota kumpulan pelaksana.
Sekolah Menengah Kebangsaan Agama Sultan Azlan Shah (SMKASAS) atau dahulunya Sekolah Menengah Kebangsaan Agama Perak (SMKAP) telah ditubuhkan pada 1 Januari 1984 yang juga merupakan SMKA yang pertama di negeri Perak ini.
Pengambilan pelajar perintisnya dibuat pada 16 Januari 1984, iaitu seramai 106 orang pelajar terpilih dari seluruh Perak ditempatkan di Tingkatan Satu. Pada ketika itu, sekolah ini masih tidak mempunyai bangunannya sendiri dan hanya menumpang di bangunan Sekolah Menengah Gunung Rapat, Ipoh. Hanya terdapat dua blok asrama kepunyaan Sekolah Menengah Gunung Rapat yang dipinjamkan secara penuh untuk penginapan pelajar SMKAP.
Pada tanggal 18 Disember 1987 ia dipindahkan ke bangunan baru di Seri Iskandar, Perak. Bilangan tenaga pengajar pada ketika itu adalah seramai 32 orang. Sekolah ini telah dirasmikan pada 16 Jun 1988 oleh DYMM Paduka Sultan Perak, Sultan Azlan Muhibuddin Shah Ibni Al Marhum Sultan Yusuf Izzuddin Shah. Bersempena dengan perasmian itu, nama sekolah daripada SMKA Perak telah ditukar kepada SMKA Sultan Azlan Shah bersempena dengan nama baginda.
Akademik
Sekolah Menengah Kebangsaan Agama Sultan Azlan Shah (SMKASAS) telah melalui banyak pengalaman yang manis dan membanggakan sepanjang 37 tahun usianya. Pencapaian cemerlang di bidang kurikulum dan juga kokurikulum menjadikannya unggul di persada pendidikan negara.
Buktinya, pada tanggal 15 Mei 2009, Sekolah Menengah Kebangsaan Agama Sultan Azlan Shah (SMKASAS) telah dianugerahkan penarafan Sekolah Kluster Kecemerlangan Akademik oleh Kementerian Pelajaran Malaysia. Penarafan ini amat membanggakan kerana usaha jitu yang berterusan oleh semua pihak telah membuahkan hasil.
Pada tahun 2016, SMKASAS telah menunjukkan peningkatan di dalam peperiksaan awam 2016. Dalam Pentaksiran Tingkatan 3 (PT3), SMKASAS telah memperoleh keputusan cemerlang iaitu seramai 30 orang memperoleh 11A. Dalam Sijil Pelajaran Malaysia (SPM), seramai 3 orang memperoleh keputusan 11A dan di dalam Sijil Tinggi Pendidikan Malaysia (STPM) seramai 2 orang memperoleh keputusan 4A.
Hari bersejarah sekolah sekali lagi menjelma di mana bertarikh 18 Mei 2009 bersamaan 23 Jamadil Awwal 1430H D.Y.M.M Paduka Seri Sultan Azlan Muhibbuddin Shah Ibni Almarhum Sultan Yussuf Izzuddin Shah dan D.Y.M.M Raja Permaisuri Perak telah berkenan hadir ke Majlis Perasmian Sambutan Jubli Perak Dan Hari Anugerah Kecemerlangan SMKA Sultan Azlan Shah Seri Iskandar Sempena 25 Tahun pemerintahan baginda dan juga 25 tahun usia SMKASAS.
Sultan Perak, Sultan Nazrin Muizzuddin Shah ibni Almarhum Sultan Azlan Muhibbuddin Shah Al-Maghfurlah berkenan menghadiri Hari Anugerah Kecemerlangan Sekolah Menengah Kebangsaan Agama Sultan Azlan 2017 pada 22 April 2017 bersamaan 25 Rejab 1438H
Yang turut hadir, Pengerusi Jawatankuasa Agama Islam, Pendidikan Islam dan Pembangunan Sahsiah negeri, Datuk Mohd Nizar Zakaria; Setiausaha Kerajaan Negeri, Datuk Seri Abdul Puhat Mat Nayan serta Pengarah Pendidikan Negeri, Mat Lazim Idris.
Pada majlis itu, Sultan Nazrin turut menyampaikan anugerah kepada 40 pelajar sekolah berkenaan yang memperoleh keputusan cemerlang dalam peperiksaan dalaman. Baginda turut menyampaikan anugerah kepada 47 pelajar yang cemerlang dalam peperiksaan awam, termasuk Pentaksiran Tingkatan 3 (PT3), Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) serta Sjil Tinggi Persekolahan Malaysia (STPM) bagi tahun 2016. Baginda juga berkenan menyampaikan anugerah kepada guru panitia bagi peperiksaan awam 2016, selain tiga anugerah kepada tokoh pelajar. Sultan Nazrin turut berkenan memberi sumbangan RM200,000 kepada pihak sekolah bagi membantu memperkasa program pendidikan di sekolah berkenaan.
Sistem pembelajaran di SMKA Sultan Azlan Shah adalah mengikut standard kurikulum yang telah ditetapkan oleh Kementerian Pelajaran Malaysia. Mata pelajaran agama adalah mata pelajaran yang wajib diambil oleh seitiap pelajar
Majlis Pengurusan SMKA Sultan Azlan Shah adalah seperti berikut:-
Pengetua : Tuan Haji Taufik Suhaimi Bin Ahmad
Penolong Kanan Pentadbiran & Akademik : Puan Hajah Haza liza Binti Mohd Puad
Penolong Kanan Hal Ehwal Murid : Puan Norihan Binti Mat Isa
Penolong Kanan Kokurikulum : Puan Maizatu Rahayu Binti Rahmat
Penolong Kanan Tingkatan 6 : Encik Mohd Fazdly Bin Che Kamarudin
Ketua Jabatan Bahasa : Puan Norayun Binti Abdullah
Ketua Jabatan Pendidikan Islam : Puan Marsirah Binti Mustapah
Ketua Jabatan Sains & Matematik : Puan Hamizan Binti Wook
Ketua Jabatan Kemanusiaan : Puan Rahayu Binti Karim
Ketua Jabatan Teknik & Vokasional : Puan Zaimah Binti Ibrahim
Menengah Rendah
Sijil Pelajaran Malaysia (SPM)
Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia (STPM)'
Merupakan tempat berlangsungnya acara rasmi seperti perhimpunan hari Jumaat, Hari Anugerah Kecemerlangan (HAK). Terletak di hadapan blok A.
Dewan ini adalah di mana diadakan kelas atau perjumpaan para Pemimpin Pelajar atau Badan Dakwah Dan Rohani (BADAR).Selain itu, Dewan ini digunakan sebagai alternatif jika dewan besar tidak boleh digunakan. Ia terletak di blok B. Dewan ini dilengkapi dengan projektor, smartboard, papan putih, pendingin hawa dan kerusi bermeja.
Dewan ini terletak di sebaris denganDewan Kluster. Dewan ini dilengkapi dengan [[]] projektor, papan putih, pendingin hawa dan kerusi bermeja.
Ia terletak di blok A. Di sinilah terletaknya pejabat penolong kanan pentadbiran, penolong kanan Hal Ehwal Murid serta pengetua. Segala urusan rasmi pelawat luar dengan pihak SMKA Sultan Azlan Shah perlulah dibuat di pejabat.
Ia terletak di blok A tingkat dua.Tingkat dua menempatkan bilik guru-guru tingkatan 6, bilik guru tingkatan 1 hingga 5 mengikut jabatan masing-masing .
Terletak di sebelah padang. Kantin ini turut dibuka dari pagi sehingga bermulanya kelas persediaan (prep) bagi pelajar-pelajar membeli makanan untuk mengalas perut.
Terletak berhampiran dengan asrama putera. Ia selalu digunakan untuk aktiviti riadah oleh pelajar lelaki. Padang ini turut dilengkapi dengan dua batang tiang gol (Bola Sepak),gelanggang bola tampar,2 gelanggang sepak takraw,gelanggang tennis,gelanggang futsal
Padang ini digunakan oleh pelajar-pelajar semasa latihan sukan seperti latihan bola jaring serta juga diadakan Kejohanan Olahraga Tahunan Sekolah( KOT)
Bilik ini ialah tempat bagi guru-guru menggubal soalan dan menyimpan soalan-soalan peperiksaan dalaman. Bilik ini juga dilengkapi dengan komputer dan mesin cetak.
Ia ialah tempat perancangan aktiviti kokurikulum serta nadi gerak kokurikulum sekolah.
Terletak di bangunan C. Bilik ini bersebelahan dengan Studio Sofwatunnur. Bilik ini turut dilengkapi dengan komputer, projektordan papan putih . Program Kelas Kemahiran al-Quran sering dijalankan di dalam bilik ini.
Terletak di bangunan blok B, ARC(Azlan Resources Centre) ialah sumber pengetahuan yang penting serta boleh dicapai oleh semua pelajar sekolah. ARC turut dibuka pada waktu kelas persediaan petang (prep) untuk para pelajar mengulang kaji di dalamnya.
Makmal Komputer ini terletak berhampiran di blok pelajar tingkatan satu. Dilengkapi dengan set komputer dan capaian internet jalur lebar. Makmal ini turut dibuka pada waktu kelas persediaan (prep) untuk para pelajar mencari maklumat berkenaan pelajaran di Internet.
Nadi ekonomi pelajar sekolah ini terletak di bangunan B.
Asrama Putera terletak di hadapan masjid, berhampiran dengan kawasan sekolah. Ia dua buah blok banggunan iaitu blok A dan B. Blok B berhampiran dengan Dewan Makan Putera. Memandangkan SMKA Sultan Azlan Shah merupakan sebuah Sekolah Berasrama Penuh (SBP), kesemua pelajar wajib menetap di asrama. Susunan pelajar di asrama adalah mengikut apa yang telah ditetapkan pada hari pendaftaran pelajar.
Asrama Putera mempunyai 3 aras dengan dorm pelajar bermula daripada aras kedua hingga aras ketiga. 15 orang pelajar diperuntukkan untuk setiap dorm. Asrama Putera dilengkapi dengan kemudahan mesin basuh berbayar, arena futsal serta ampaian-ampaian. Bilik penyelia asrama terletak di blok A.
Asrama Puteri terletak diatas bukit sedikit dan mempunyai dua buah blok asrama setinggi dua tingkat. Berhampirannya juga terdapat empat buah kuarters guru. Di sebelah belakangnya pula, terdapat kediaman rasmi pengetua SMKASAS. Susunan asrama untuk pelajar perempuan juga mengikut apa yang ditetapkan semasa hari pendaftaran.
Masjid menjadi tempat utama program-program kerohanian anjuran Badan Dakwah dan Rohani (BADAR). Solat berjemaah turut wajib ditunaikan oleh para pelajar muslimin dan muslimat.Di masjid ini juga para pelajar muslimin berkumpul untuk menjalankan solat jumaat secara berjemaah. Masjid juga bukan tempat untuk tidur dan bersembang hal dunia. Kita mestilah menghabiskan masa di masjid dengan membaca dan mentadabbur isi Al-Quran, solat sunat, berzikir, berniat i'tikaf dan bukannya tidur.
Dewan makan atau lebih dikenali dengan D. M merupakan tempat untuk para pelajar menjamu selera. Makanan dihidangkan dengan baik.Pengendali dewan makan juga sangat baik hati dan sangat mesra. Para pelajar di SMKA Sultan Azlan Shah diberikan makan sebanyak 5 kali sehari iaitu sarapan pagi, makan tengah hari, minum petang, makan malam dan minum malam(supper).Menu yang disediakan adalah mengikut jadual. Menu yang disediakan sangatlah sedap dan menyelerakan terutamanya ketika masih panas.
SMKASAS cukup dikenali dengan kebitaraannya iaitu nasyid .SMKASAS juga sangat mementingkan kemahiran pelajar dalam berorganisasi. Hari Rabu diperuntukkan untuk aktiviti kokurikulum untuk pelajar-pelajar SMKASAS. Sebuah perhimpunan kokurikulum serta perjumpaan unit-unit beruniform, kelab dan persatuan serta kelab-kelab sukan dan permainan diadakan pada setiap hari rabu setiap minggu. Pelajar-pelajar SMKASAS diwajibkan untuk terlibat dalam aktiviti kokurikulum. Aktiviti kokurikulum yang disertai mereka dipilih oleh pelajar itu sendiri semasa minggu orientasi.
Tuan Hj. Suhot bin Hj. Sayuti 1988
Tuan Hj. Megat Raduan bin Megat Taib 1988 - 1991
Tuan Hj. Ghazali bin Abdul Wahab 1992
Tuan Hj. Suhot bin Hj. Sayuti 1992 - 1995
Tuan Hj. Suib bin Hj. Arshad 1995
Tuan Hj. Suhot bin Hj. Sayuti 1997 - 2003
Tuan Hj. Arip bin Sa'aya Oktober 2004 - Oktober 2011
Puan Naemah binti Ramli November 2011 - Disember 2014
Encik Mohd. Lotpi bin Razali Disember 2014 - 2 Januari 2021
Tn Hj Taufik Suhaimi bin Ahmad 9 April 2021 -Kini
1) https://www.youtube.com/watch?v=0q4pgM5oAZc Hari Anugerah Kecemerlangan 2009
2) http://www.bharian.com.my/node/274585 Sultan Nazrin hadiri Hari Anugerah Kecemerlangan 2017 SMKA Sultan Azlan Shah
3) https://www.facebook.com/smkasastransformasi Laman Facebook Rasmi SMKA Sultan Azlan Shah
4) https://www.instagram.com/smkasastransformasi/ Laman Instagram Rasmi SMKA Sultan Azlan Shah
Seamless Wikipedia browsing. On steroids.
Every time you click a link to Wikipedia, Wiktionary or Wikiquote in your browser's search results, it will show the modern Wikiwand interface.
Wikiwand extension is a five stars, simple, with minimum permission required to keep your browsing private, safe and transparent.