Remove ads
Pelakon wanita Amerika Syarikat From Wikipedia, the free encyclopedia
Scarlett Johansson (/dʒoʊˈhænsən/ joh-HAN-sən; lahir November 22, 1984)[1] ialah seorang pelakon, penyanyi dan model wanita Amerika Syarikat. Beliau membuat penampilan pertamanya dalam filem North (1994). Pada tahun 1996, beliau telah dicalonkan sebagai Pelakon Wanita Terbaik Anugerah Independent Spirit untuk lakonannya dalam Manny & Lo, mendapat pujian dan menjadi lebih terkenal menerusi The Horse Whisperer (1998) dan Ghost World (2001). Beliau beralih kepada peranan dewasa dalam Girl with a Pearl Earring (2003) dan Lost in Translation (2003), dimana untuk filem itu beliau memenangi anugerah BAFTA untuk Pelakon Wanita Terbaik.
Scarlett Johansson | |
---|---|
Kelahiran | |
Pekerjaan | Pelakon, penyanyi, model, pengarah, penulis |
Tahun aktif | 1994–kini |
Pasangan |
|
Anak-anak | 2 |
Saudara | Ejner Johansson (datuk) |
Tandatangan | |
Filem beliau selepas itu termasuk A Love Song for Bobby Long (2004), Match Point (2005), The Island (2005), The Black Dahlia (2006), The Prestige (2006), The Other Boleyn Girl (2008), Vicky Cristina Barcelona (2008) dan He's Just Not That Into You (2009). Beliau telah melakonkan watak Marvel Comics, Natasha Romanoff / Black Widow di dalam Marvel Cinematic Universe; muncul dalam Iron Man 2 (2010), The Avengers (2012), Captain America: The Winter Soldier (2014) Avengers: Age of Ultron (2015), Captain America: Civil War (2016), Avengers: Infinity War (2018), Captain Marvel dan Avengers: Endgame (kedua-duanya 2019). Filem Johansson terbaru termasuk Don Jon (2013), Her dan Under the Skin (2013). Beliau memenangi Persembahan Terbaik oleh Pelakon Wanita dalam pementasan Anugerah Tony untuk persembahannya dalam Broadway 2010, A View from the Bridge. Sebagai penyanyi, Johansson telah mengeluarkan dua album iaitu Anywhere I Lay My Head dan Break Up.
Johansson dilahirkan di Bandar Raya New York.[2] Bapanya, Karsten Johansson adalah seorang arkitek kelahiran Denmark berasal dari Copenhagen,[3] dan datuk sebelah bapa beliau, Ejner Johansson adalah seorang penulis skrip dan pengarah. Ibunya, Melanie Sloan, seorang pengeluar filem, datang dari keluarga Yahudi Ashkenaz berasal dari the Bronx;[4][5][6] Nenek moyang Sloan ialah pendatang Yahudi dari kedua-dua Poland dan Minsk dalam Empayar Rusia. Beliau mempunyai seorang kakak, Vanessa, yang juga merupakan seorang pelakon; seorang abang, Adrian; adik lelaki kembarnya, Hunter (Lahir tiga minit kemudian daripada Scarlett, juga muncul bersamanya di dalam filem Manny & Lo);[7][8] dan seorang abang daripada perkahwinan pertama bapanya, Christian.[9]
Johansson membesar di rumah yang mempunyai "sedikit wang",[10] dengan ibunya seorang "peminat filem". Dia dan kembar lelakinya menghadiri P.S. 41 di kejiranan Greenwich Village, Manhattan untuk sekolah rendah.[11] Johansson memulakan latihan teaternya dengan menghadiri dan menamatkan pengajian di Professional Children's School, Manhattan pada tahun 2002.[12]
Johansson mula berlakon semasa zaman kanak-kanak selepas ibunya mula membawa beliau ke uji bakat. Beliau menjalani uji bakat untuk iklan komersial tetapi sangat kecewa jika ditolak dan ibunya mula mengehadkan beliau hanya menghadiri uji bakat filem.[13] Dia membuat penampilan pertamanya dalam filem ketika berumur 9 tahun, sebagai anak perempuan John Ritter dalam filem fantasi komedi tahun 1994, North.[2] Susulan watak kecil dalam filem 1995 Just Cause sebagai anak perempuan Sean Connery dan Kate Capshaw, dan If Lucy Fell pada tahun 1996, beliau melakonkan watak Amanda dalam Manny & Lo (1996). Lakonannya dalam Manny & Lo mendapatkannya pencalonan untuk Pelakon Wanita Terbaik Anugerah Independent Spirit,[2] dan ulasan positif, satu daripadanya menyatakan, "[filem] itu menyerap dalam diri anda, sebahagian besarnya kerana pesona ... Scarlett Johansson",[14] manakala pengkritik San Francisco Chronicle, Mick LaSalle memberi komen terhadap "aura tenang" beliau, dan menulis, "Jika beliau boleh melalui akil baligh tanpa terganggu auranya, beliau boleh menjadi seorang pelakon penting."[15]
Selepas muncul sebagai watak kecil dalam Fall dan Home Alone 3 pada tahun 1997, Johansson mendapat perhatian meluas kerana lakonannya beliau di dalam filem tahun 1998, The Horse Whisperer, diarahkan oleh Robert Redford.[2] Beliau menerima pencalonan untuk Pelakon Wanita Harapan Anugerah Persatuan Kritikan Filem Chicago.[16] Pada tahun 1999, beliau muncul dalam My Brother the Pig dan pada tahun 2001, dalam filem neo-noir The Man Who Wasn't There. Juga pada tahun 1999, beliau muncul dalam video muzik Mandy Moore, "Candy".[17] Walaupun filem ini tidak mendapat kejayaan box office,[18] beliau menerima pujian melalui lakonannya[19] dalam Ghost World (2001).[20][21] Dikreditkan dengan "sensitiviti dan bakat [yang] menjangkaui umurnya".[22] Pada tahun 2002, beliau muncul dalam Eight Legged Freaks bersama David Arquette.[23]
Johansson membuat peralihan dari peranan remaja kepada peranan dewasa, dengan dua peranan pada tahun 2003.[24] Dalam filem Lost in Translation, beliau melakonkan watak Charlotte, seorang isteri muda kesepian, bertentangan Bill Murray.[25][26] Roger Ebert menulis bahawa dia menyukai filem itu dan mengambarkan persembahan Johansson dan Murray sebagai "bagus."[27] Johansson memenangi Anugerah BAFTA untuk Pelakon Wanita Terbaik[28] dan dicalonkan untuk Pelakon Wanita Terbaik Anugerah Golden Globe.[29][30] Beliau menerima pencalonan daripada beberapa organisasi pengkritik filem termasuk Persatuan Pengkritik Filem Penyiaran,[31] dan Persatuan Pengkritik Filem Chicago.[32]
Ketika berumur 18 tahun, Johansson melakonan watak Griet dalam Girl with a Pearl Earring. Beliau dicalonkan untuk Pelakon Wanita Terbaik Dalam Drama [29] dan Pelakon Wanita Terbaik Anugarah BAFTA.[28] Beliau dicalonkan oleh Bulatan Pengkritik Filem London,[33] Persatuan Pengkritik Filem Phoenix.
Johansson diundang untuk menyertai Academy of Motion Picture Arts and Sciences pada bulan Jun 2004.[34] Pada tahun yang sama, beliau mempunyai peranan dalam lima filem: The SpongeBob SquarePants Movie; A Good Woman, romantik komedi In Good Company [35] dan A Love Song for Bobby Long dimana beliau mendapat pencalonan ketiganya untuk Pelakon Wanita Terbaik Golden Globe.[29]
Pada bulan Julai 2005, Johansson membintangi bersama Ewan McGregor dalam filem sains fiksyen Michael Bay, The Island, melakonkan dua watak sebagai Sarah Jordan dan klonnya, Jordan Two Delta. Lakonannya sebagai Nola dalam Match Point diterima dengan baik. Johansson menerima pencalonan Golden Globe keempatnya[29] dan satu dari Persatuan Pengkritik Filem Chicago untuk Pelakon Wanita Sokongan Terbaik.[32]
Dia berlakon bertentangan Hugh Jackman dalam filem 2006, Scoop. Pada tahun yang sama, dia muncul dalam The Black Dahlia.
Johansson kemudiannya mempunyai peranan sokongan dalam filem Christopher Nolan, The Prestige (2006), sekali lagi bertentangan Hugh Jackman dan juga Christian Bale. Juga pada tahun 2006, Johansson membintangi filem pendek 'When The Deal Goes Down, diarahkan oleh Bennett Miller.[36]
Johansson membintangi filem 2007, The Nanny Diaries bersama-sama Laura Linney.
Pada tahun 2008, Johansson membintangi filem The Other Boleyn Girl bersama-sama Natalie Portman dan Eric Bana,[37] a film which garnered mixed reviews.[38][39]
Johansson menjalani pengambaran filem ketiganya untuk Woody Allen, Vicky Cristina Barcelona, di Sepanyol,[40] muncul bertentangan Javier Bardem dan Penélope Cruz. Filem ini adalah salah satu filem Allen paling menguntungkan[41] dan muncul dalam banyak senarai sepuluh teratas pengkritik untuk filem terbaik pada tahun 2008. Beliau juga melakonkan watak Silken Floss dalam The Spirit. Filem itu kebanyakkanya menerima ulasan yang teruk.[42] Johansson kemudiannya melakonkan watak Anna dalam filem 2009, He's Just Not That Into You bersama-sama Jennifer Connelly, Bradley Cooper, Drew Barrymore dan Kevin Connolly. Filem itu mencapai kejayaan dalam box office[43].
Pada bulan Mac 2009, Johansson didatangani untuk melakonkan watak Natalia Romanova/Natasha Romanoff, aka "The Black Widow" dalam Iron Man 2[44] selepas Emily Blunt menolak tawaran itu.[45] Filem itu ditayangkan pada bulan Mei 2010.[46] Filem itu mencapai kejayaan dalam box office[47] adan menerima kebanyakannya ulasan positif daripada pengkritik.[48] Pada tahun 2011, Johansson melakonkan watak Kelly, seorang penjaga zoo dalam We Bought a Zoo.
Pada bulan November 2011, ia telah dilaporkan bahawa beliau telah merancang untuk membuat penampilan pertama sebagai pengarah untuk adaptasi novel Truman Capote, Summer Crossing.[49][50][51] Johansson menyambung watak Natasha Romanoff dalam The Avengers pada tahun 2012. The Avengers menerima ulasan positif[52] dan mencapai kejayaan dalam box office, emnjadi filem ketiga dengan kutipan tertinggi di Amerika Syarikat dan seluruh dunia.[53] Pada bulan Mac 2012, ia telah diumumkan bahawa Johansson telah diambil untuk watak Janet Leigh dalam filem Hitchcock.[54][55] Ditayangkan pada bulan November 2012, Hitchcock menerima ulasan bercampur dan positif.[56]
Johansson menerima satu bintang di Hollywood Walk of Fame pada Mei 2, 2012 terletak di 6931 Hollywood Blvd., di hadapan muzium lilin Madame Tussauds Hollywood.[57] Juga pada tahun 2012, Johansson telah berlakon dalam filem arahan Joseph Gordon-Levitt, Don Jon.[58] Filem itu ditayangkan di Festival Filem Sundance 2013[59] dan ditayangkan secara meluas pada bulan September 2013. Don Jon menerima ulasan positif.[60]
Pada tahun 2013, Johansson meminjamkan suara untuk watak Samantha dalam filem Her.[61] Filem ini menerima pujian kritis sebaik sahaja ditayangkan[62] dengan lakonan Johansson diterima dengan baik dikalangan pengkritik.[63][64] Johansson dipilih untuk berlakon di dalam filem sains fiksyen arahan Jonathan Glazer, Under the Skin (2013). Lakonan Johansson mendapat sambutan yang positif.[65][66]
Pada bulan Oktober 2014, ia telah diumumkan bahawa Johannson akan membintangi dan menghasilkan sebagai eksekutif untuk siri lapan episod The Custom of the Country. Beliau akan melakonkan watak Undine Spragg.[67][68]
Johansson menyambung wataknya sebagai Black Widow dalam filem sekuel 2014, Captain America: The Winter Soldier bersama-sama Chris Evans. Filem ini menerima ulasan positif.[69] Dia melakonkan watak Molly dalam filem 2014, Chef bersama-sama Jon Favreau, Robert Downey, Jr. dan Sofía Vergara.[70] Beliau juga membintangi filem Lucy, sebuah filem aksi sains fiksyen diarahkan oleh Luc Besson dan ditayangkan pada Julai 25, 2014.[71] Filem ini mengutip $458 juta bertentangan bajet $40 juta.[72]
Pada tahun 2015, Johansson sekali lagi melakonkan watak Black Widow dalam Avengers: Age of Ultron.[73] Pada Januari 5, 2015, majalah Variety mengumumkan bahawa Johannson telah ditandatangani untuk melakonkan watak utama filem adaptasi francais Ghost in the Shell.[74][75] The casting of Johansson for the film was met with immense criticism from fans and critics, calling the choice "whitewashing". A petition was created in the effort to have Johansson removed from the project.[76][77]
Johansson akan sekali lagi melakonkan watak Black Widow dalam Captain America: Civil War.[78] Filem ini akan ditayangkan pada bulan Mei 2016.[79]
Johansson menyambut "kedua-dua" Krismas dan Hanukkah,[80][81] dan menyifatkan dirinya sebagai Yahudi.[3][82]
Dari tahun 2001 ke 2002, sewaktu Johansson menghadiri Professional Children's School, beliau mempunyai hubungan dengan Jack Antonoff, yang kemudiannya menjadi pemain gitar band Fun.[83] Beliau mempunyai hubungan dengan Josh Hartnett selama dua tahun sehingga akhir tahun 2006.[84]
Johansson mula berhubungan dengan pelakon Kanada, Ryan Reynolds pada tahun 2007,[85] dan pada bulan Mei 2008 ia telah dilaporkan bahawa mereka telah bertunang.[86] Pada September 27, 2008, pasangan itu berkahwin di Tofino, British Columbia.[85][87] Mereka membeli rumah berharga $2.8 juta berdekatan Los Angeles.[88] Pada Disember 14, 2010, pasangan itu mengumumkan perpisahan mereka.[89] Perceraian mereka dimuktamadkan pada Julai 1, 2011.[90]
Susulan perpisahannya dari Reynolds, Johansson berhubungan dengan Sean Penn yang kekal sehingga bulan Jun 2011,[91] selepas itu Johansson mempunyai hubungan dengan eksekutif pengiklanan Nate Naylor. Pasangan itu berpisah pada bulan Oktober 2012.[92][93]
Pada bulan November 2012, Johansson mula berhubungan dengan orang Perancis, Romain Dauriac, seorang pemilik agensi pengiklanan bebas.[94][95] Pada bulan September 2013, ia telah diumumkan bahawa Johansson dan Dauriac telah bertunang.[96] Pada tahun 2014, Johansson dan Dauriac mula membahagikan masa mereka di antara tempat tinggal di Bandar Raya New York dan Paris.[97] Wakilnya mengesahkan pada September 4, 2014, bahawa anak perempuan mereka, Rose Dorothy telah dilahirkan pada tarikh tidak dinyatakan.[98][99] Johansson dan Dauriac berkahwin pada Oktober 1, 2014 di Philipsburg, Montana.[100]
Tahun | Tajuk | Watak | Catatan |
---|---|---|---|
1994 | North | Laura Nelson | |
1995 | Just Cause | Kate Armstrong | |
1996 | If Lucy Fell | Emily | |
Manny & Lo | Amanda | ||
1997 | Fall | Little Girl | |
Home Alone 3 | Molly Pruitt | ||
1998 | The Horse Whisperer | Grace MacLean | |
1999 | My Brother the Pig | Kathy Caldwell | |
2001 | The Man Who Wasn't There | Rachael "Birdy" Abundas | |
Ghost World | Rebecca | ||
An American Rhapsody | Zsuzsi / Suzanne Sandor (at 15) | ||
2002 | Eight Legged Freaks | Ashley Parker | |
2003 | Lost in Translation | Charlotte | Pencalonan Golden Globe |
Girl with a Pearl Earring | Griet | Pencalonan Golden Globe | |
2004 | The Perfect Score | Francesca Curtis | |
A Love Song for Bobby Long | Pursy Will | Pencalonan Golden Globe | |
A Good Woman | Meg Windermere | ||
The SpongeBob SquarePants Movie | Mindy (suara) | ||
In Good Company | Alex Foreman | ||
2005 | Match Point | Nola Rice | Pencalonan Golden Globe |
The Island | Jordan Two Delta / Sarah Jordan | ||
2006 | Scoop | Sondra Pransky | |
The Black Dahlia | Katherine "Kay" Lake | ||
The Prestige | Olivia Wenscombe | ||
2007 | The Nanny Diaries | Annie Braddock | |
2008 | The Other Boleyn Girl | Mary Boleyn | |
Vicky Cristina Barcelona | Cristina | ||
TheSpirit | Silken Floss | ||
2009 | He's Just Not That Into You | Anna Marks | |
2010 | Iron Man 2 | Natasha Romanoff / Black Widow | |
2011 | We Bought a Zoo | Kelly Foster | |
2012 | The Avengers | Natasha Romanoff / Black Widow | |
Hitchcock | Janet Leigh | ||
2013 | Don Jon | Barbara Sugarman | |
Her | Samantha (suara) | ||
2014 | Under the Skin | Laura | |
Chef | Molly | ||
Lucy | Lucy | ||
Captain America: The Winter Soldier | Natasha Romanoff / Black Widow | ||
2015 | Avengers: Age of Ultron | ||
2016 | Captain America: Civil War | ||
Hail, Caesar! | DeAnna Moran | ||
The Jungle Book | Kaa (suara) | ||
Sing | Ash (suara) | ||
2017 | Ghost in the Shell | Major Mira Killian / Motoko Kusanagi | |
Rough Night | Jessica "Jess" Thayer | ||
2018 | Isle of Dogs | Nutmeg (suara) | |
Avengers: Infinity War | Natasha Romanoff / Black Widow | ||
2019 | Captain Marvel | Babak selepas kredit; kameo | |
Avengers: Endgame | |||
Marriage Story | Nicole | ||
Jojo Rabbit | Rosie Betzler | ||
2021 | Black Widow | Natasha Romanoff / Black Widow | Sebagai penerbit eksekutif |
Tahun | Tajuk | Watak | Nota |
---|---|---|---|
1995 | The Client | Jenna Halliwell | Episod: "Pilot" |
2001 | Anatomy of a Scene | Dirinya sendiri | Episod: "Girl with the Pearl Earring" |
2004 | Entourage | Dirinya sendiri | Episod: "New York" |
2005–08 | Robot Chicken | Pelbagai suara | 6 episod |
2006–15 | Saturday Night Live | Pelbagai watak | 6 episod |
2014 | HitRecord on TV | Olivia | Episod: "Re: Games" |
Tahun | Tajuk | Watak | Venue |
---|---|---|---|
2010 | A View from the Bridge | Catherine | Cort Theatre |
2012 | Cat on a Hot Tin Roof | Margaret | Richard Rodgers Theatre |
Tajuk | Butiran album |
---|---|
Anywhere I Lay My Head |
|
Live Session (iTunes Exclusive) |
|
Break Up bersama Pete Yorn |
|
Tahun | Lagu | Album |
---|---|---|
2009 | "Last Goodbye" | He's Just Not That Into You: Original Motion Picture Soundtrack |
2011 | "One Whole Hour" | Wretches & Jabberers Soundtrack |
2012 | "Summertime" (feat. 3D) | Days of Grace (Original Motion Picture Soundtrack) |
2012 | "Before My Time" (feat. J. Ralph & Joshua Bell) | Chasing Ice (Original Motion Picture Soundtrack) |
2014 | "The Moon Song" (feat. Joaquin Phoenix) | The Moon Song (Music from and Inspired by the Motion Picture Her)] |
Tahun | Lagu | Artis | Album |
---|---|---|---|
2006 | "Summertime" | Pelbagai artis | Unexpected Dreams – Songs From the Stars |
2010 | "Bullet" | Steel Train | Terrible Thrills Vol. 1 |
2011 | "I'll Be Home for Christmas" (duet) | Dean Martin | My Kind of Christimas |
2012 | "Bonnie & Clyde" | Lulu Gainsbourg | From Gainsbourg to Lulu |
2012 | "Coteau Guidry" | The Lost Bayou Ramblers | Mammoth Walt |
Seamless Wikipedia browsing. On steroids.
Every time you click a link to Wikipedia, Wiktionary or Wikiquote in your browser's search results, it will show the modern Wikiwand interface.
Wikiwand extension is a five stars, simple, with minimum permission required to keep your browsing private, safe and transparent.