From Wikipedia, the free encyclopedia
Sandara Park (Korea: 박산다라); lahir 12 November 1984[1]) atau lebih dikenali dengan nama pentas beliau, Dara (Korea: 다라), ialah seorang penyanyi, penari, pelakon, model dan pengacaraKorea Selatan.[2] Beliau meraih kejayaan di Filipina sebagai peserta pertandingan bakat Star Circle Quest pada 2004,[3] selepas beliau mencipta nama sebagai penyanyi dan pelakon di Filipina sebelum pulang ke Korea Selatan pada 2007.[4][5] Beliau membuat penampilan Korea Selatan pertamanya pada 2009 sebagai salah seorang ahli kumpulan K-pop, 2NE1, yang menjadi antara kumpulan wanita terlaris sepanjang zaman sebelum pembubaran mereka pada 2016.[6]
Sandara Park | |
---|---|
Kelahiran | |
Nama lain | Dara |
Pekerjaan |
|
Ejen | YG Entertainment |
Saudara | Thunder (adik) |
Kerjaya muzik | |
Genre | |
Instrumen | Vokal |
Tahun aktif | 2004–kini |
Syarikat rakaman | |
Pengkarya berkait | 2NE1 |
Laman sesawang | Laman web rasmi |
Hangul | 박산다라 |
Perumian Semakan | Bak Sandara |
McCune–Reischauer | Pak Santara |
Tandatangan | |
Park ialah salah seorang daripada selebriti Korea Selatan di Filipina, di mana beliau dikenali oleh peminat sebagai Pambansang Krung-Krung (Personaliti Kegilaan Kebangsaan).[7] Beliau telah dianggap sebagai individu berpengaruh dalam Gelombang Korea, dan telah diberi jolokan "BoA Filipina", merujuk kepada penyanyi Korea Selatan BoA yang juga meraih kejayaan di luar negara.[8]
Pada tahun 2004, Park menerbitkan EP pertamanya, Sandara, yang terjual sebanyak 100,000 salinan fizikal, menjadikannya satu-satunya album oleh artis Korea Selatan menerima pensijilan platinum oleh Persatuan Industri Rakaman Filipina. Beliau berlakon dalam beberapa filem Filipina antara 2004 dan 2007, termasuk Bcuz of U, di mana beliau memenangi Pelakon Wanita Baru Terbaik di Star Award for Movies ke-21.
Pada tahun 2009, Park muncul sebagai ahli kumpulan 2NE1 dengan single "Fire", yang menjadikan kumpulan itu meraih kemasyhuran.[9] Beliau juga melancarkan single Korea pertamanya, "Kiss", menampilkan ahli 2NE1 CL, pada 2009.[10] Tempoh rehat kumpulan itu pada 2014 mengizinkan Park menumpukan perhatian kepada kerjaya televisyennya,[9] mengacarakan bersama rancangan aneka Korea Selatan Two Yoo Project Sugar Man,[11] dan muncul sebagai juri rancangan pertandingan bakat Filipina Pinoy Boyband Superstar.[12] Beliau juga berlakon dalam beberapa siri web termasuk Dr. Ian (2016), di mana beliau memenangi Pelakon Wanita Terbaik di festival web Korea.[12]
Berikutan pembubaran 2NE1 pada hujung 2016, Park memperbaharui kontrak baru bersama YG Entertainment.[9]
Seamless Wikipedia browsing. On steroids.
Every time you click a link to Wikipedia, Wiktionary or Wikiquote in your browser's search results, it will show the modern Wikiwand interface.
Wikiwand extension is a five stars, simple, with minimum permission required to keep your browsing private, safe and transparent.