Tun Mohamed Salleh Abas[2] (25 Ogos 1929–16 Januari 2021[3][4][5]) ialah bekas Tuan Yang di-Pertua Mahkamah Persekutuan di Malaysia.
Mohamed Salleh Abas SSM, PMN, PSM; SPMT, DPMT (Terengganu); PYGP (Kelantan); JMN; SMT (Terengganu) | |
---|---|
محمد صالح بن عباس | |
Pengerusi Jawatankuasa Akauntabiliti dan Tugas-Tugas Khas Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri Terengganu | |
Dalam jawatan 2 Disember 1999 – 24 Mac 2004 | |
Sultan | Sultan Mizan Zainal Abidin |
Menteri Besar | Abdul Hadi Awang |
Didahului oleh | Jawatan diwujudkan |
Digantikan oleh | Wan Mohd Wan Hassan |
Ahli Dewan Undangan Negeri Terengganu bagi Jertih | |
Dalam jawatan 29 November 1999 – 21 Mac 2004 | |
Didahului oleh | Idris Mamat |
Digantikan oleh | Idris Jusoh |
Majoriti | 1,464 (1999) |
Tuan Yang di-Pertua Mahkamah Persekutuan | |
Dalam jawatan 2 Mac 1984 – 11 Ogos 1988 | |
Yang di-Pertuan Agong | |
Perdana Menteri | Mahathir Mohamad |
Didahului oleh | Raja Tun Azlan Shah |
Digantikan oleh | Tun Abdul Hamid Omar |
Maklumat peribadi | |
Lahir | Mohamed Salleh bin Abbas 25 Ogos 1929 Kampung Raja, Besut, Terengganu |
Mati | 16 Januari 2021 91) Hospital Sultanah Nur Zahirah, Kuala Terengganu, Terengganu | (umur
Tempat semadi | Tanah Perkuburan Islam Sheikh Ibrahim, Jalan Pusara, Kuala Terengganu |
Parti politik |
|
Pasangan |
|
Anak |
|
Tempat belajar | University of Wales |
Pekerjaan | Ahli politik |
Bidang pengkhususan | Hakim, peguam |
Kehidupan awal
Dilahirkan di Kampung Raja, Besut, Terengganu, Salleh melanjutkan pendidikannya di Universiti Wales, United Kingdom pada tahun 1949 dan memperoleh ijazahnya dalam bidang undang-undang. Pada tahun 1957, beliau kembali ke Malaysia dan menjadi majistret di Kota Bharu, Kelantan. Tidak lama selepas kemerdekaan pada tahun yang sama, Salleh dipindahkan ke ibu negara Kuala Lumpur di mana beliau berkhidmat sebagai Penolong Pendakwa Raya. Beliau kemudian pergi ke Britain semula untuk memperoleh ijazah sarjananya dalam undang-undang antarabangsa dan perlembagaan di Universiti London. Salleh kembali pada tahun 1962, dan dilantik sebagai Penasihat Undang-undang dan Penolong Pendakwa Raya untuk kedua-dua Negeri Sembilan dan Melaka. Satu tahun kemudian, beliau pulang ke Kuala Lumpur dan menyandang berbagai-bagai jawatan di bawah Peguam Negara Malaysia, dan akhirnya dilantik sebagai Peguam Cara Negara.[6]
Ketika mencapai usia 50 tahun, Salleh hendak bersara tetapi dipujuk oleh Tun Mohamed Suffian Mohamed Hashim, Ketua Hakim Negara, untuk meneruskan perkhidmatannya. Salleh dilantik sebagai hakim Mahkamah Persekutuan sebagai ganti. Walaupun kerja itu membosankannya, beliau masih meneruskan. Ketika Suffian bersara pada tahun 1982 dan digantikan oleh Raja Azlan Shah, Salleh menjadi Ketua Hakim Tanah Melayu. Bagaimanapun, dalam tempoh dua tahun, iaitu pada tahun 1984, Sultan Perak mangkat dan Raja Azlan meletakkan jawatan untuk naik takhta. Oleh itu, Salleh menjadi Ketua Hakim Negara sebagai ganti.[6]
Semasa tempoh perkhidmatan Salleh, Mahkamah Persekutuan menjadi mahkamah yang tertinggi secara rasmi. Sebelum itu, rayuan bantahan boleh dibuat terhadap keputusan mahkamah tempatan kepada Majlis Privy British, tetapi disebabkan kebimbingan terhadap kesan jajahan, hubungan itu diputuskan secara rasmi. Salleh kemudian menyatakan kekecewaannya terhadap keputusan ini kerana mempercayai bahawa beliau tidak akan dipecat jika hubungan dengan Majlis Privy masih dikekalkan.[6] Pada tahun 1985, Mahkamah Persekutuan dinamakan semula sebagai Mahkamah Agung.
Selepas sabitan
Tidak lama selepas sabitannya, Salleh dianugerahkan dengan "Darjah Pahlawan Yang Amat Gagah Perkasa (P.Y.G.P.)", oleh Sultan Kelantan pada tahun 1988.[7] Dalam pilihan raya umum pada tahun 1999, Salleh dipilih sebagai Ahli Dewan Undangan Negeri di Terengganu untuk kawasan pilihan raya Jertih dengan tiket Parti Islam Se-Malaysia. Beliau tidak menyertai pilihan raya pada tahun 2004 disebabkan kesihatannya.[8]
Selepas persaraan
Beliau telah dilantik sebagai Pengerusi Lembaga Pengarah dan Pengerusi Lembaga Penasihat Syariah bagi as-Salihin Trustee Berhad hingga ke akhir hayat.[9]
Pilihan raya
Tahun | Pembangkang | Undian | Prts | Kerajaan | Undi | Prts | Buang undi | Majoriti | Keluar | ||
---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|
1995 | Mohd Salleh Abas (S46) | 10,058 | 29.60% | Shahrizat Abdul Jalil (UMNO) | 23,447 | 68.99% | 33,984 | 13,389 | 65.22% |
Anugerah
- Malaysia :
- Darjah Yang Mulia Setia Mahkota Malaysia (SSM) – Tun (1985)[11]
- Darjah Yang Mulia Pangkuan Negara (PMN) – Tan Sri (1983)[11]
- Darjah Yang Mulia Setia Mahkota Malaysia (PSM) – Tan Sri (1971)[11]
- Johan Mangku Negara (JMN) (1966)[11]
- Kelantan
- Darjah Pahlawan Yang Amat Gagah Perkasa (PYGP) (1988)[7]
- Terengganu
Meninggal dunia
Ketika pandemik COVID-19 melanda Malaysia, pada 14 Januari 2021, beliau telah disahkan positif COVID-19 dan telah dimasukkan ke dalam unit rawatan rapi di Hospital Sultanah Nur Zahirah, Kuala Terengganu, Terengganu.
Tiga hari kemudian, pada 16 Januari 2021, beliau telah disahkan meninggal dunia akibat pneumonia yang disebabkan oleh COVID-19 di hospital tersebut pada jam 3.20 pagi, dan kemudian dikebumikan bersebelahan pusara isteri beliau yang pertama, Toh Puan Azimah Mohd Ali di Tanah Perkuburan Islam Sheikh Ibrahim di Jalan Pusara, Kuala Terengganu pada jam 10.40 pagi.[12][13][14] Sepasukan kakitangan perubatan seramai 10 orang ditugaskan untuk menguruskan jenazah beliau dan semua media dilarang untuk membuat liputan kerana ketika itu masih dalam tempoh Perintah Kawalan Pergerakan.
Rujukan
Pautan luar
Wikiwand in your browser!
Seamless Wikipedia browsing. On steroids.
Every time you click a link to Wikipedia, Wiktionary or Wikiquote in your browser's search results, it will show the modern Wikiwand interface.
Wikiwand extension is a five stars, simple, with minimum permission required to keep your browsing private, safe and transparent.