Pelakon veteran lelaki Singapura From Wikipedia, the free encyclopedia
Shamsuddin bin Dali (Jawi: شمس الدين بن دالي) atau lebih dikenali sebagai S. Shamsuddin (1 Januari 1929 – 4 Jun 2013) merupakan pelakon dan pelawak filem Melayu kelahiran Singapura yang terkenal pada era 1950-an pada 1960-an.[1][2][3] Beliau lebih terkenal kerana lakonan watak-watak lucu dalam filem, dan telah mendapat didikan daripada bapa mertua P. Ramlee iaitu Daeng Harris. Keistimewaannya terletak pada gerak badannya yang lincah dan lidahnya yang petah sewaktu berkata-kata. Sepanjang kerjayanya, beliau yang lebih mesra dengan panggilan Pak Sudin berlakon dalam beberapa filem antaranya Bujang Lapok, Antara Dua Darjat dan Panggilan Pulau.[4][5]
S. Shamsuddin | |
---|---|
Kelahiran | Haji Shamsuddin bin Haji Dali 1 Januari 1929 |
Meninggal dunia | 4 Jun 2013 84) Jurong, Singapura | (umur
Sebab kematian | Penyakit jantung, sesak nafas, parkinson dan sakit tua |
Dikebumikan | Tanah Perkuburan Islam Pusara Abadi, Lim Chu Kang, Singapura |
Nama lain | Pak Sudin |
Pekerjaan | Pelakon, pelawak |
Tahun aktif | 1948–2013 |
Terkenal kerana | Siri filem Bujang Lapok |
Pasangan | Puteh binti Esmoon (k. 1954–2013) |
Anak-anak | 7 (termasuk Ariff Shamsuddin) |
Ibu | Hajah Khatijah binti Haji Ahmad |
Bapa | Haji Dali bin Kechik |
Beliau dilahirkan pada 1 Januari 1929 di Pasir Panjang, Negeri-negeri Selat, Singapura. Bapanya, Haji Dali bin Kechik berasal dari Melaka, sementara ibunya, Hajah Khatijah binti Haji Ahmad berasal dari Geylang, Singapura. Beliau yang sebelumnya bekerja sebagai buruh bagi membantu keluarganya sebelum menyertai bidang lakonan.
Suatu hari, pada 1948, beliau melawat Studio Malay Film Productions (MFP) milik Shaw Brothers di Jalan Ampas hanya untuk melihat bagaimana perfileman dijalankan.[6] Lawatannya ternyata bertuah kerana beliau diberikan peluang untuk menjadi pelakon tambahan dalam Chempaka yang di arah oleh B. S. Rajhans. Beberapa hari kemudian dia mencari kerja di MFP dan mendapat kerja sebagai tukang kayu bagi set studio dan filem. Sementara itu beliau turut bekerja sebagai pelakon tambahan atau penari dalam filem. Akhirnya, beliau diberi peranan dalam filem Aloha, yang diarah oleh B. S. Rajhans. Pak Sudin berlakon dalam beberapa babak yang memerlukan banyak dialog, yang dianggap besar bagi pelakon tambahan malah bagi pelakon baru. Peranan komedinya dalam filem dilakonkan bersama Osman Gumanti, Mariam Baharum, P. Ramlee, A. R. Tompel dan D. Harris, menonjolkan bakatnya dalam lakonan. Lebih banyak watak filem ditawarkan kepadanya, dan Sudin akhirnya menjadi pelakon tetap bagi filem Melayu era tersebut bersama Aziz Sattar, kedua-duanya muncul bersama pelakon terkenal P. Ramlee beberapa kali, terutamanya dalam siri filem Bujang Lapok.[7][8]
S. Shamsuddin berkahwin dengan Puteh binti Esmoon pada 1954 dan mereka mendapat 7 orang anak. Salah seorang anaknya, Ariff Shamsuddin juga merupakan pelakon pelawak TV Singapura.[9]
Pada 26 Jun 2010, Menteri Penerangan Komunikasi dan Kebudayaan Datuk Seri Dr Rais Yatim, Datuk Mustapha Maarof dan Ketua Pengarah Perbadanan Kemajuan Filem Nasional Malaysia (Finas) Mohd Mahyidin Mustakim melawat S Shamsuddin. Sumbangan RM10,000 dari dana Finas turut diberikan.[10]
Manakala dalam kunjungan Finas ke Singapura pada 7 November 2010, S Shamsuddin yang ditemani isterinya, Puteh Esmoon turut menerima sumbangan RM5,000 yang disampaikan Timbalan Ketua Pengarah Perbadanan Kemajuan Filem Nasional (Finas), Mohd Zulkifli Ab Wahab.[perlu rujukan]
S. Shamsuddin meninggal dunia pada jam 10.56 pagi Selasa, 4 Jun 2013 pada usia 84 tahun akibat pelbagai masalah kesihatan termasuk penyakit jantung. Allahyarham menghembuskan nafas terakhir di kediamannya di West Avenue 6, Bukit Batok, Jurong, Singapura,[11][12][13][14] semasa menikmati sarapan bersama isterinya.[15]
Jenazahnya dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Pusara Abadi di Lim Chu Kang pada 5 Jun 2013 jam 11 pagi.[16][17]
Tahun | Tajuk | Watak | Catatan |
---|---|---|---|
1948 | Chempaka | Filem pertama, pelakon tambahan | |
1950 | Aloha | ||
1951 | Sejoli | Bakar | |
Juwita | Rakan Dol | ||
Penghidupan | Rahim | ||
1952 | Aladdin | ||
Sedarah | |||
Jiwa Lara | |||
1953 | Istana Impian | ||
1954 | Pawang | ||
Panggilan Pulau | Ombak | ||
1955 | Empat Isteri | Sulong | |
Abu Hassan Penchuri | Tengku Mahkota Basyrah | ||
Kipas Hikmat | Agil | ||
1956 | Hang Tuah | Hang Lekir | |
Pencuri | |||
Keluarga Tolol | Sudin | ||
1957 | Pancha Delima | Pelakon undangan | |
Bujang Lapok | Sudin | ||
Hantu Jerangkung | Sudin | ||
Mogok | |||
Putera Bertopeng | Sultan Shamsuddin | ||
1958 | Hantu Kubor | Sudin | |
Kaki Kuda | Sudin | ||
Sarjan Hassan | Tukang Masak (Platun Singapura) | ||
Sri Menanti | |||
1959 | Pendekar Bujang Lapok | Sudin | |
Nujum Pak Belalang | Nyawa | ||
Saudagar Minyak Urat | Bomoh Jampok | ||
1960 | Antara Dua Darjat | Sudin | |
1961 | Ali Baba Bujang Lapok | Kassim Baba | |
Seniman Bujang Lapok | Sudin | ||
Si Tanggang | Lembik | ||
1962 | Siti Muslihat | Jumaat | |
Batu Durhaka | Denak | ||
Neracha | Doktor | ||
1963 | Nasib Si Labu Labi | Pengadil Boksing | |
1964 | Mambang Moden | Sulaiman | |
Tiga Abdul | Pencerita | ||
Siapa Besar | Pak Khatib JP | ||
Dupa Cendana | |||
1965 | Bidasari | Selabah | |
Dayang Senandong | Ngah | ||
1966 | Dahaga | Bidin | |
Anak Buloh Betong | Tunggal | ||
Aksi Kuching | Azmi | ||
1967 | A-Go-Go '67 | Din | |
1968 | Ibulah Syurga | ||
1970 | Aku Mahu Hidup | Encik Bong | |
Puaka | |||
1971 | Mat Karong Guni | Pengarah Filem | |
1975 | Keluarga Si Comat | Pak Sudin | |
1979 | Tuan Badul | Sudin | |
1981 | Dia Ibuku | Pak Sohor | |
Setinggan | Pak Sudin | ||
Penyamun Tarbus | Wak Sudin | ||
Jejak Bertapak | Sudin | ||
1985 | Sepi Itu Indah | Pak Birat | |
1986 | Bujang Lapok Kembali Daa | Sudin | |
1989 | Kolej 56 | Bapa Rosli | |
2005 | Pontianak Harum Sundal Malam II | Bapa Sitam & Bayang | Penampilan khas |
2007 | Budak Lapok | Pak Sudin (suara) | |
2023 | Syaitan Munafik | Pak Sudin | Filem terakhir, dikeluarkan secara anumerta |
Tahun | Tajuk | Watak | Saluran TV | Catatan |
---|---|---|---|---|
2008 | Stok Lama | Astro Ria | Telefilem pertama | |
3 Menantu | Astro Prima | Telefilem terakhir | ||
Tahun | Anugerah | Kategori | Penerima/Karya tercalon | Keputusan |
---|---|---|---|---|
1981 | Festival Filem Malaysia ke-2 | Pelawak Terbaik | Dirinya sendiri | Menang |
2009 | Festival Filem Malaysia ke-22 | Anugerah Istimewa untuk Pelakon Veteran Lelaki | Menang | |
Tahun | Anugerah | Penghargaan | Penerima/Karya tercalon | Menang |
---|---|---|---|---|
2001 | Anugerah Era | Anugerah Panggung Era | Dirinya sendiri |
Seamless Wikipedia browsing. On steroids.
Every time you click a link to Wikipedia, Wiktionary or Wikiquote in your browser's search results, it will show the modern Wikiwand interface.
Wikiwand extension is a five stars, simple, with minimum permission required to keep your browsing private, safe and transparent.