From Wikipedia, the free encyclopedia
Penyakit Parkinson (PD), atau hanya Parkinson,[9] adalah gangguan kemerosotan (degenerasi) jangka panjang pada sistem saraf pusat yang terutama mempengaruhi sistem motor. Gejala biasanya muncul dengan perlahan, dan apabila penyakit ini bertambah buruk, gejala bukan motor menjadi lebih biasa.[1][4] Gejala awal yang paling jelas adalah terketar, ketegangan, pergerakan lambat, dan kesukaran berjalan.[1] Masalah kognitif dan tingkah laku juga boleh berlaku dengan kemurungan, keresahan, dan apati yang berlaku pada banyak orang dengan PD.[10] Demensia penyakit Parkinson menjadi biasa pada peringkat lanjut penyakit ini. Mereka yang menghidap Parkinson juga boleh menghadapi masalah dengan tidur dan sistem deria mereka.[1][2] Gejala motor penyakit ini berpunca dari kematian sel di substantia nigra, kawasan otak tengah, yang menyebabkan kekurangan dopamina.[1] Penyebab kematian sel ini kurang difahami, tetapi melibatkan pembinaan protein yang dilipat (folded) salah ke dalam jasad Lewy di neuron.[11][4] Secara kolektif, simptom motor utama juga dikenali sebagai parkinsonisme atau sindrom parkinsonian.[4]
Penyakit Parkinson | |
---|---|
Nama lain | Penyakit Parkinson, parkinsonisme idiopatik atau primer, sindrom kaku hipokinetik, kelumpuhan agitans, ketaran palsi |
Pengkhususan | Neurologi |
Gejala | terketar, kekakuan, lambat bergerak, kesukaran berjalan[1] |
Kerumitan | Demensia, kemurungan, keresahan[2] |
Permulaan biasa | Umur antara 60[1][3] |
Punca | Tidak diketahui[4] |
Terdedah pada racun perosak, kecederaan kepala[4] | |
Bergantung pada simptom[1] | |
Demensia dengan jasad Lewy, kelumpuhan supranukleus progresif, tremor esensial, antipsikotik use[5] | |
Rawatan | Ubat-ubatan, pembedahan[1] |
Rawatan perubatan | L-DOPA, agonis dopamina[2] |
Prognosis | Jangka hayat kira-kira 7–15 tahun[6] |
Kekerapan | 6.2 juta (2015)[7] |
Kematian | 117,400 (2015)[8] |
sunting |
Punca penyakit ini tidak dapat dikenal pasti dengan tepatnya, namun ia dipercayai dapat datang daripada faktor-faktor genetik dan persekitaran.[4] Mereka yang mempunyai ahli keluarga yang menghidap penyakit ini akan cenderung mendapat penyakit ini juga dengan sendirinya.[4] Risiko penyakit juga meningkat pada individu yang terdedah pada jenis racun rumpai tertentu dan mereka yang pernah mengalami kecederaan kepala manakala perokok atau pengguna tembakau dan mereka yang meminum kopi atau teh mendapat risiko yang agak kurang.[4][12]
Semua orang tua - lelaki dan perempuan berumur melebihi 60 tahun - mempunyai risiko sama untuk mendapat Parkinson dengan nisbah dua kes bagi 1,000 penduduk, dan dianggarkan terdapat sekitar 10,000 rakyat Malaysia menghidapinya.
Kajian mendapati kira-kira lima peratus pesakit mula diserang Parkinson sebelum mencecah umur 40 tahun. Malah, dianggarkan jumlah pesakit melonjak dalam tempoh 10 tahun berdasarkan jangka hayat penduduk yang semakin panjang.
"Sehingga kini penawar Parkinson belum ditemui. Ubat di pasaran hanya mampu mengawal dan meredakan gejala penyakit. Keadaan pesakit akan bertambah berat dari setahun ke setahun, walaupun setelah mendapat rawatan. Selepas lima tahun, pergerakan pesakit semakin perlahan dan sukar.
"Ini menyebabkan ramai pesakit hilang harapan untuk hidup, sedih dan tertekan. Sungguhpun begitu, mereka tetap perlu mengambil ubat. Keberkesanan ubat biasanya berkurangan selepas lima tahun.
Gejala Parkinson boleh dibahagikan kepada dua jenis, iaitu masalah pergerakan badan dan dyskinesia (pergerakan tidak normal misalnya kepala, tangan atau kaki bergoyang seperti menari). Pengambilan ubat seperti madopar dan sinemet bukan saja penting bagi mengawal gejala menggeletar, bahkan mampu memberikan kualiti kehidupan lebih baik kepada pesakit untuk menjalani rutin harian. Pesakit yang tidak mendapatkan rawatan lebih cepat menemui ajal kerana komplikasi lain, termasuk mudah diserang penyakit lain seperti jangkitan paru-paru atau terjatuh akibat tiada keseimbangan badan.
Kaedah rawatan terbahagi kepada dua, iaitu am dan khusus. Rawatan am termasuk memberi sokongan moral, fisioterapi (senaman menguatkan otot dan pergerakan badan yang licin) serta amalan pemakanan seimbang bagi mengekalkan kekuatan otot dan anggota badan. Manakala rawatan khusus membabitkan dua jenis pembedahan, iaitu rangsangan otak dalaman dan pembedahan otak pallidotomy. Pembedahan rangsangan otak dalaman, iaitu penanaman bateri khas di bawah kulit dada, bertujuan memberi rangsangan kepada otak melalui elektrod halus yang disambungkan ke dua bahagian di otak, iaitu subthalamic nucleus (STN) atau globus pallidus interna (GPI) yang terlalu aktif hingga mendatangkan kesan menggeletar.
Aliran elektrik pada satu atau kedua-dua bahagian ini akan membantu menyembuhkan pesakit daripada gejala secara serta-merta. Pembedahan otak pallidotomy pula membabitkan sinaran thermal (haba) yang akan mengurangkan keaktifan globus pallidus interna (GPI). Bagaimanapun, hanya pesakit yang tenat (sekurang-kurangnya 10 tahun menghidapi penyakit) dibenarkan menjalani pembedahan kerana mereka berdepan risiko lumpuh, kejang otot, kebas, buta dan suara menjadi garau selepas pembedahan. Secara amnya, pembedahan otak hanya perlu jika pesakit masih tidak mampu berjalan sendiri, walaupun menerima dos ubat yang sangat tinggi, yang biasanya berlaku setelah sekurang-kurangnya lima tahun, iaitu apabila penyakit sudah melarat. Pada peringkat ini, risiko pembedahan boleh diterima kerana ubat yang diambil tidak berkesan lagi.
Pada tahun 1817, seorang doktor Inggeris bernama James Parkinson menerbitkan enam kes berkaitan penemuan paralysis agitans[13] dalam pesakit bertajuk An Essay on the Shaking Palsy yang menggambarkan ciri-ciri yang jelas seperti tremor rehat, postur dan gait yang tidak normal, kelumpuhan dan kemerosotan kekuatan otot; serta bagaimana penyakit ini berkembang dan merebak dari masa ke semasa.[14][15] Pakar neurologi yang menambahkan maklumat mereka mengukuhkan penemuan penyakit ini termasuk Armand Trousseau, William Gowers, Kinnier Wilson, Wilhelm Heinrich Erb, dan terutama sekali Jean-Martin Charcot, di mana kajian yang dilakukan beliau dari tahun 1868 hingga 1881 merupakan peristiwa penting dalam memahami penyakit ini:[13] seperti mengenal pasti perbezaan antara ketegaran, kelemahan otot dan bradykinesia dalam mengenal pasti penyakit ini.[13] Charcot turut mencadangkan penamaan penyakit tersebut sempena memperingati James Parkinson.[13]
Seamless Wikipedia browsing. On steroids.
Every time you click a link to Wikipedia, Wiktionary or Wikiquote in your browser's search results, it will show the modern Wikiwand interface.
Wikiwand extension is a five stars, simple, with minimum permission required to keep your browsing private, safe and transparent.