Rom Purba[1] atau Rom Kuno[2] merupakan sebuah peradaban yang bertumbuh daripada sebuah komuniti pertanian yang kecil yang diasaskan tepi Sungai Tiber di Rum (yakni "Rumawi", Jawi: روماوي),[3] pusat Semenanjung Itali pada sekitar abad ke-9 SM. Dalam tempoh dua belas abad kewujudannya, peradaban ini beralih daripada sebuah pemerintahan beraja kepada sebuah republik berasaskan gabungan oligarki serta demokrasi, dan kemudian menjadi sebuah empayar autokratik yang besar. Empayar Rom menguasai Eropah Barat dan seluruh kawasan yang mengelilingi Laut Mediterranean melalui penaklukan dan asimilasi.

Laman ini mungkin lebih sesuai dipindahkan ke Rom Purba
Thumb
Kawasan di bawah penguasaan Rom

Empayar Rom akhirnya merosot. Bahagian separuh barat empayar itu, termasuk Hispania, Gallia, dan Italia, berpisah menjadi kerajaan-kerajaan yang merdeka pada abad ke-5. Empayar Timur yang diperintah dari Kustantiniyah biasanya dirujuk sebagai Empayar Byzantium selepas tahun 476, tarikh tradisi untuk 'kejatuhan Rom' dan permulaan Zaman Pertengahan Awal yang juga dikenali sebagai Zaman Kelam.

Peradaban Rom seringnya digolongkan ke dalam "baharian klasik" bersama-sama dengan Yunani, sebuah peradaban yang banyak mengilhami kebudayaan Rom Kuno. Rom Kuno banyak menyumbangkan kepada perkembangan undang-undang, peperangan, seni, kesusasteraan, seni bina, teknologi, dan bahasa di dunia Barat, dengan sejarahnya masih amat mempengaruhi dunia pada hari ini.

Sejarah

Maklumat lanjut: Sejarah Rom dan Garis masa Rom Kuno

Pemerintahan beraja

Thumb
Menurut legenda, Rom diasaskan pada tahun 753 SM oleh Romulus dan Remus yang dibesarkan oleh seekor serigala betina.

Menurut legenda, Rom diasaskan pada 21 April 753 SM oleh Romulus dan Remus, dua anak kembar keturunan Aeneas, putera Troia.[4] Numitor dari Alba Longa, raja Latin, digulingkan oleh Amulius, saudara kandungnya yang zalim dan Rhea Silvia, puteri Numitor, melahirkan Romulus dan Remus. [5][6] Raja baru takut bahawa Romulus dan Remus akan menuntut takhta dan oleh itu, merancang untuk membenamkan mereka ke dalam air sehingga mati. [6] Seekor serigala betina (atau seorang isteri gembala, menurut sesetengah huraian) menyelamatkan serta membesarkan mereka. Apabila mereka cukup tua, mereka mengembalikan takhta Alba Longa kepada Numitor. [7][8]

Romulus dan Remus kemudian mengasaskan kota sendiri, tetapi Romulus membunuh Remus dalam sebuah pergaduhan tentang siapakah yang harus menjadi raja pertama antara tujuh orang raja Rom, serta juga nama siapakah yang harus dipergunakan untuk menamai kota itu. [9] Oleh sebab kota itu tidak mempunyai sebarang perempuan, legenda mengatakan bahawa orang Latin menjemput orang Sabines ke sebuah perayaan dan kemudian mencuri anak-anak dara mereka dan dengan itu, menyepadukan orang Latin dengan orang Sabines. [10]

Kota Rom bertumbuh daripada petempatan-petempatan di sekitar harungan Sungai Tiber yang merupakan persimpangan lalu lintas dan perdagangan. [7] Menurut bukti arkeologi, desa Rom ini mungkin diasaskan pada abad ke-8 SM, walaupun ia mungkin juga diasaskan di atas Bukit Paltine sejak abad ke-10 SM lagi oleh puak Latin dari Itali. [11][12] Orang Etruria yang dahulu menetap di utara Etruria kelihatan memantapkan kedudukan politik mereka di kawasan ini menjelang akhir abad ke-7 dan membentuk sebuah golongan bangsawan dan raja. Mereka jelasnya hilang kuasa di kawasan ini menjelang akhir abad ke-6 dan pada saat ini, puak-puak Latin dan Sabine yang asal merekacipta semula pemerintahan mereka melalui penciptaan sebuah republik, dengan lebih banyak sekatan terhadap kebolehan raja-raja mereka untuk menggunakan kuasa. [13]

Lihat juga

  • Senarai topik yang berkait dengan Rom Kuno
  • Pertanian Rom
  • Garis masa Rom Kuno
  • Hubungan China-Rom


Nota

Rujukan

Bacaan tambahan

Pautan luar

Wikiwand in your browser!

Seamless Wikipedia browsing. On steroids.

Every time you click a link to Wikipedia, Wiktionary or Wikiquote in your browser's search results, it will show the modern Wikiwand interface.

Wikiwand extension is a five stars, simple, with minimum permission required to keep your browsing private, safe and transparent.