Robert Lewandowski
Pemain bola sepak asal polandia From Wikipedia, the free encyclopedia
Robert Lewandowski ialah pemain bola sepak profesional berasal dari Poland, beliau kini bermain di klub La Liga, Barcelona dan Pasukan bola sepak kebangsaan Poland, beliau bermain di posisi penyerang.
![]() | |||
Maklumat peribadi | |||
---|---|---|---|
Nama penuh | Robert Lewandowski | ||
Tarikh lahir | 21 Ogos 1988 | ||
Tempat lahir | Warsaw, Poland | ||
Ketinggian | 1.84 m (6 ka 0 in)[1] | ||
Posisi permainan | Penyerang | ||
Maklumat kelab | |||
Kelab terkini | Barcelona | ||
Nombor | 9 | ||
Kerjaya remaja | |||
1997–2005 | Delta Warsaw | ||
2005–2006 | Legia Warsaw II | ||
Kerjaya Senior* | |||
Tahun | Pasukan | Kmcln | (Gol) |
2006–2008 | Znicz Pruszków | 59 | (36) |
2008–2010 | Lech Poznań | 58 | (32) |
2010–2014 | Borussia Dortmund | 131 | (74) |
2014–2022 | Bayern Munich | 253 | (238) |
2022– | Barcelona | 41 | (28) |
Pasukan kebangsaan‡ | |||
2008 | Poland B21 | 3 | (0) |
2008– | Poland | 150 | (82) |
* Gol dan kemunculan untuk kelab senior hanya untuk liga domestik dan tepat pada 23:30, 26 September 2023 (UTC) ‡ Gol dan kemunculan pasukan kebangsaan hingga 2024 |
Selepas menjadi penjaring terbanyak di divisyen kedua Poland apabila bersama dengan Znicz Pruszków, beliau berpindah ke liga atasan iaitu Lech Poznań dan menjadi penjaring terbanyak dan memenangi liga pada musim 2009-10. Pada 2010, beliau berpindah ke Borussia Dortmund dengan bayaran sebanyak €4.5 juta di mana beliau banyak membantu Dortmund untuk menjulang trofi Bundesliga. Sebelum bermulanya musim 2014, beliau berpindah ke Bayern Munich.
Beliau memasuki perlawanan antarabangsa penuh bersama Poland sejak 2008. Lewandowski telah memiliki lebih 60 kaps dan sebahagian dari pasukan Poland untuk UEFA Euro 2012 yang dianjurkan Poland bersama Ukraine.
Kehidupan awal
Bapa Lewandowski, Krzysztof (meninggal pada 1995),[2] merupakan seorang juara judo Poland dan bermain bola sepak untuk kelab Hutnik Warszawa di divisyen kedua.[3] Ibu Lewandowski, Iwona, merupakan bekas pemain bola tampar untuk AZS Warszawa dan kemudian menjadi naib presidenan Partyzant Leszno.[4][5] Kakak Lewandowski, Milena, juga bermain bola tampar dan termasuk dalam pasukan bawah-21.[6] Isteri Lewandowski, Anna Stachurska, memenangi pingat gangsa dalam Piala Dunia Karate 2009.[7] Mereka berkahwin pada 22 Jun 2013 di Warsaw..[8]
Lewandowski seorang penganut Katolik..[9][10] Beliau bertemu dengan Paus Francis pada Oktober 2014 ketika Bayern Munich melawat Kota Vatikan berikutan kemenangan 7-1 ke atas AS Roma.[11]
Kerjaya kelab
Kerjaya awal
Lewandowski memulakan kerjayanya di Varsovia di mana di sana beliau bersama Varsovia selama tujuh tahun.[12] Berikutan tahunnya beliau berpindah ke Delta Warsaw di mana beliau akhirnya bersama satu pasukan bola sepak sebenar dengan menjaringkan empat gol.[13]
Pada musim 2006–07, Lewandowski menjadi penjaring terbanyak di divisyen ketiga Poland dengan menjaringkan 15 gol.[14] Musim berikutnya beliau menjadi penjaring terbanyak dalam divisyen kedua Poland dengan menjaringkan 21 gol.[15]
Lech Poznań

Pada Jun 2008, Lech Poznań menandatangani Lewandowski dari Znicz dengan bayaran sebanyak 1.5 juta Złoty.[16][17] Dalam masa yang awal, ejen Lewandowski, Cezary Kucharski menawarkan beliau ke bekas kelab Kucharski, Sporting Gijón di mana kelab itu bermain di La Liga selepas 10 tahun di liga bawahan. Bagaimanapun, Sporting menolak tawaran itu.[18]
Beliau membuat debut pertama bersama Lech pada Julai 2008 sebagai pemain gantian dalam pusingan pertama kelayakan Piala UEFA menentang Khazar Lenkoran dari Azerbaijan. Dalam perlawanan itu, beliau menjaringkan gol pertamnya. Dalam debut di Ekstraklasa pula, ketika Lech menentang GKS Bełchatów, beliau menjaringkan gol ketika empat minit selepas memasuki separuh masa kedua. Dalam musim pertamnya di divisyen tertinggi Poland, beliau menjadi penjaring terbanyak kedua. Dalam musim seterusnya, beliau menjadi penjaring terbanyak dengan menjaringkan 18 gol dan membantu pasukannya untuk menjadi juara liga pada musim 2009–10.
Borussia Dortmund
Musim 2010–11

Banyak spekulasi menyatakan Lewandowski akan berpindah ke kelab lain[19][20] beliau menyertai kelab Bundesliga, Borussia Dortmund pada Jun 2010 dengan menandatangani kontrak selama empat tahun[21] dengan bayaran sebanyak sekitar €4.5 juta.[22] Pada 19 September, beliau menjaringkan gol pertamnya di Bundesliga dalam perlawanan menentang Schalke 04 dengan keputusan perlawanan 3-1.[23]
Musim 2011-12
Lewandowski memulakan perlawanan liganya dalam perlawanan 2–0 menentang 1. FC Nürnberg pada 20 Ogos 2011.[24] Pada 1 Oktober, Lewandowski membuat hantaran dan hat-trick menentang FC Augsburg, 4-0[25] berikutan kekalahan 3-0 kepada Olympique de Marseille dalam Liga Juara-Juara peringkat kumpulan.[26] Dortmund melonjak ke tangga kedua liga selepas kemenangan besar 5-0 ke atas 1. FC Köln pada 22 Oktober.[27] Dortmund jelajah ke SC Freiburg pada 17 Disember dan Lewandowski membuat hantaran untuk Kevin Großkreutz dan menjaringkan gol sebanyak dua kali, Dortmund menang mudah 4-1.[28] Dalam persembahan terbaik beliau, beliau disenaraikan sebagai "Pemain Terbaik Poland".[29]
Berikutan musim sejuk, pada 22 Janauri 2012, Dortmund membelasah Hamburger SV 5–1 untuk ke tangga ke atas bersama musuh ketat Bayern Munich.[30] Beliau menjaringkna gol kemenangan 1-0 ke atas Bayern Munich pada 11 April.[31] Keputusan itu memberikan Dortmund enam mata untuk menjadi gelaran juara dengan hanya empat perlawanan lagi.[32] Pada 21 April, Lewandowski membuat hantaran kepada Shinji Kagawa pada minit ke-59 dalam perlawanan menentang Borussia Mönchengladbach, 2-0.[33] Dalam perlawanan akhir kempen Bundesliga, Lewandowski menjaringkan dua gol pada separuh masa pertama dengan membelasah Freiburg 4–0.[34]
Lewandowski menghabiskan tahun tersebut sebagai pemain ketika sebagai penjaring gol terbanyak dengan 22 gol dan enam hantaran.[35]
Dalam perlawanan akhir musim buat Dortmund, Lewandowski menjaringkan hat-trick dalam perlawanan akhir DFB-Pokal, keputusan memihak kepad Dortmund menang 5–2 ke atas Bayern Munich di mana Dortmund memiliki dua trofi berturut-turut dalam satu musim.[36][37] Lewandowski menghabiskan DFB-Pokal dengan menjadi penjaring terbanyak dengan tujuh gol daripada enam perlawanan.[38]
Musim 2012–13

Lewandowski membuat pemunculan pertama dalam kempen Bundesliga dalam perlawanan Dortmund menentang Werder Bremen 2-1 dalam hari pembukaan musim baru.[39] Jaringan pertamanya dalam perlawanan menentang Bayer Leverkusen, 3-0 pada 15 September 2012.[40] Beliau membuat rekod baru dengan menjaringkan gol berturut-turut dalam 12 perlawanan liga konsekutif mengalahkan rekod Friedhelm Konietzka dari musim 1964–65.[41] Beliau menghabiskan musim ini dengan 24 gol liga dengan satu gol untuk memotong penjaring terbanyak Bundesliga, Stefan Kießling. Walau bagaimanapun, Lewandowski tertinggal tiga perlawanan termasuk dua kad kuning dan satu kad merah.
Dalam Liga Juara-Juara musim 2012-13, Lewandowski menjadi penyelamt Dortmund dengan menjaringkan gol kemenangan 1-0 pada minit ke-87 ketika menetang Ajax.[42] Direktor Borussia Dortmund Michael Zorc menyatakan Lewandowski tidak akan memperbaharui kontraknya dan akan meninggalkan Dortmund pada musim panas 2013 atau selepas musim 2013-14.[43]
Pada 24 April 2013, Lewandowski menjadi pemain pertama menjadi hat-trick dalam separuh akhir Liga Juara-Juara ketika Dortmund menewaskan juara Sepanyol, Real Madrid 4–1 dalam perlawanan pertama.[44][45] Pada 25 Mei, beliau bermain dalam perlawanan akhir Liga Juara-Juara namun Dortmund tewas 2-1 oleh Bayern Munich.[46]
Musim 2013–14

Pada 27 Julai 2013, Lewandowski bersama Dortmund memenangi Piala Super DFL ke atas Bayern Munich, 4-2.[47] Jaringan pertamanya dalam musim 2013-14 apabila Dortmund menewaskan Augsburg 4-0 dalam perlawanan pembukaan Bundesliga pada 10 Ogos.[48] Pada 1 November, beliau menjaringkan hat-tricknya dalam perlawanan Bundesliga 6–1 ke atas VfB Stuttgart.[49]
Pada 25 Februari 2014, Lewandowski menjaringkan gol sebanyak dua kali dalam perlawanan 16 terbaik Liga Juara-Juara menentang Zenit Saint Petersburg di mana Lewandowski menjadi penjaring terbanyak BVB di kejohanan Eropah mengalahkan Stéphane Chapuisat dengan 16 rekod gol.[50] Beliau menjaringkan gol ke-100nya bersama Dortmund dalam pemunculan ke-182nya dalam perlawanan menumpaskan VfL Wolfsburg dalam separuh akhir DFB-Pokal pada 16 April 2014 dan memakai jersi bernombor 100 pada hari tersebut.[51]
Lewandowski menghabiskan musim 2013–14 sebagai penjaring terbanyak Bundesliga dengan memiliki 20 gol.[52] Beliau juga menjaringkan enam gol di Liga Juara-Juara dan berjaya membantu Dortmund melangkah ke suku akhir.[53] Dalam perlawanan kedua perlawanan 16 terbaik di antara Borussia Dortmund dan Zenit, Lewandowski menerima kad kuning kedua dan beliau terpaksa melupakan perlawanan pertama suku akhir menentang Real Madrid.
Lewandowski bermain untuk perlawanan terakhirnya bersama Dortmund pada perlawanan akhir DFB-Pokal 2014 menentang Bayern Munich pada 17 Mei, Dortmund tewas 0-2.[54]
Bayern Munich
Dalam November 2013, Lewandowski memastikan beliau menandatangani kontrak baru bersama Bayern Munich iaitu musuh utama Borussia Dortmund,[55] di mana berlaku pada 3 Januari 2014 dengan menandatangani kontrak selama lima tahun dan menyertai Bayern pada musim 2014–15.[56] Lewandowski menjadi pemain rasmi Bayern Munich pada 9 Julai 2014.[57]
Musim 2014–15

Lewandowski memulakan debut pra-musimnya pada 21 Julai 2014.[58] Beliau membuat debut pertama bersama kelab barunya dalam perlawanan tewas 2-0 kepada kelab lama Lewandowski, Borussia Dortmund dalam Piala Super DFL pada 13 Ogos 2014.[59] Beliau menjaringkna gol pertamnya dalam perlawanan seri 1-1 menentang Schalke 04 dalam perlawanan liga kedua pada 30 Ogos.[60] Pada 1 November, dalam perlawanan liga pertama menetang Dortmund, Lewandowski menjaringkan satu gol untuk Bayern dengan keputusan 2-1 di mana Bayern mengutip empat mata ke tangga teratas liga manakala kelab lama Lewandowski di tangga tercorot dan mungkin ke divisyen kedua.[61]
Kerjaya antarabangsa

Lewandowski membuat tiga pemunculan untuk pasukan bawah-21 Poland dalam perlawanan persahabatan menentang England, Belarus dan Finland. Dalam debut Lewandowski untuk pasukan senior pada 10 September 2008, tiga minggu selepas hari lahirnya ke-20 menentang San Marino di mana beliau sebagai pemain gantian dan menjaringkan satu gol.[62][63]
Bermain di Warsaw dalam perlawanan pembukaan kejohanan UEFA Euro 2012 menentang Greece di mana Lewandowski menjaringkan gol dengan menerima hantaran dari Jakub Błaszczykowski dan menjadi Pemain Terbaik Perlawanan.[64] Beliau bermain tiga perlawanan untuk Poland dalam peringkat kumpulan dalam kejohanan itu, namun Poland tersingkir selepas tewas kepada Republik Czech, Poland sekadar mengutip dua mata.[65][66]
Lewandowski menjaringkan dua gol dalam perlawanan kelayakan Piala Dunia 2014 menentang San Marino. Kedua-dua gol Lewandowski ialah penalti. Dalam kempen seterusnya pada 6 September, Lewandowski menjaringkan gol menentang Montenegro 1-1.[67]
Pada 7 September 2014, dalam perlawanan pertama Poland dalam kelayakan Euro 2016, Lewandowski menjaringkan gol hat-trick buat pasukan kebangsaan buat pertama kalinya ketika menentang Gibraltar[68]
Kerjaya statistik
Kelab
Kelab | Musim | Liga | Liga | Piala | Eropah | Lain1 | Jumlah | |||||
---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|
Pmncln | Gol | Pmncln | Gol | Pmncln | Gol | Pmncln | Gol | Pmncln | Gol | |||
Znicz Pruszków | 2007–08 | I Liga | 32 | 21 | 2 | 0 | – | – | 34 | 21 | ||
Jumlah | 32 | 21 | 2 | 0 | – | – | – | – | 34 | 21 | ||
Lech Poznań | 2008–09 | Ekstraklasa | 30 | 14 | 6 | 2 | 12 | 4 | – | 48 | 20 | |
2009–10 | 28 | 18 | 1 | 0 | 4 | 2 | 1 | 1 | 34 | 21 | ||
Jumlah | 58 | 32 | 7 | 2 | 16 | 6 | 1 | 1 | 82 | 41 | ||
Borussia Dortmund | 2010–11 | Bundesliga | 33 | 8 | 2 | 0 | 8 | 1 | – | 43 | 9 | |
2011–12 | 34 | 22 | 6 | 7 | 6 | 1 | 1 | 0 | 47 | 30 | ||
2012–13 | 31 | 24 | 4 | 1 | 13 | 10 | 1 | 1 | 49 | 36 | ||
2013–14 | 33 | 20 | 4 | 2 | 8 | 6 | 1 | 0 | 46 | 28 | ||
Jumlah | 131 | 74 | 16 | 10 | 35 | 18 | 3 | 1 | 185 | 103 | ||
Bayern Munich | 2014–15 | Bundesliga | 31 | 17 | 5 | 2 | 12 | 6 | 1 | 0 | 49 | 25 |
2015–16 | 32 | 30 | 6 | 3 | 12 | 9 | 1 | 0 | 51 | 42 | ||
2016–17 | 33 | 30 | 4 | 5 | 9 | 8 | 1 | 0 | 47 | 43 | ||
Jumlah kerjaya | 334 | 219 | 43 | 23 | 85 | 47 | 7 | 2 | 479 | 291 |
1 Termasuk Piala Super Poland, Piala Super DFL.
Pasukan kebangsaan
Poland | Tahun | Persahabatan | Kelayakan | Kejohanan | Jumlah | ||||
---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|
Pmncln | Gol | Pmncln | Gol | Pmncln | Gol | Pmncln | Gol | ||
2008 | 1 | 1 | 3 | 1 | - | - | 4 | 2 | |
2009 | 6 | 0 | 6 | 1 | - | - | 12 | 1 | |
2010 | 13 | 6 | - | - | - | - | 13 | 6 | |
2011 | 11 | 4 | - | - | - | - | 11 | 4 | |
2012 | 4 | 1 | 3 | 0 | 3 | 1 | 10 | 2 | |
2013 | 4 | 0 | 6 | 3 | - | - | 10 | 3 | |
2014 | 1 | 1 | 3 | 4 | - | - | 4 | 5 | |
Jumlah | 40 | 13 | 21 | 9 | 3 | 1 | 64 | 23 |
Gol antarabangsa
# | Tarikh | Arena | Pasukan lawan | Skor | Keputusan | Kejohanan |
---|---|---|---|---|---|---|
1. | 10 September 2008 | Stadio Olimpico, Serravalle, San Marino | ![]() | 2–0 | 2–0 | Kelayakan Piala Dunia 2010 |
2. | 19 November 2008 | Croke Park, Dublin, Ireland | ![]() | 3–1 | 3–2 | Persahabatan |
3. | 1 April 2009 | Arena Kielc, Kielce, Poland | ![]() | 4–0 | 10–0 | Kelayakan Piala Dunia 2010 |
4. | 23 Januari 2010 | 80th Birthday Anniversary Stadium, Nakhon Ratchasima, Thailand | ![]() | 1–0 | 6–1 | 2010 King's Cup |
5. | 2–0 | |||||
6. | 3 Mac 2010 | Stadion Polonii Warszawa, Warsaw, Poland | ![]() | 2–0 | 2–0 | Persahabatan |
7. | 7 September 2010 | Stadion Miejski, Kraków, Poland | ![]() | 1–1 | 1–2 | Persahabatan |
8. | 17 November 2010 | Stadion Miejski, Poznań, Poland | ![]() | 1–0 | 3–1 | Persahabatan |
9. | 3–1 | |||||
10. | 9 Februari 2011 | Estádio Algarve, Faro, Portugal | ![]() | 1–0 | 1–0 | Persahabatan |
11. | 6 September 2011 | PGE Arena Gdańsk, Gdańsk, Poland | ![]() | 1–0 | 2–2 | Persahabatan |
12. | 7 Oktober 2011 | Stadium Piala Dunia Seoul, Seoul, Korea Selatan | ![]() | 1–0 | 2–2 | Persahabatan |
13. | 11 Oktober 2011 | BRITA-Arena, Wiesbaden, Jerman | ![]() | 2–0 | 2–0 | Persahabatan |
14. | 2 Jun 2012 | Pepsi Arena, Warsaw, Poland | ![]() | 2–0 | 4–0 | Persahabatan |
15. | 8 Jun 2012 | Stadion Narodowy, Warsaw, Poland | ![]() | 1–0 | 1–1 | UEFA Euro 2012 |
16. | 26 Mac 2013 | Stadion Narodowy, Warsaw, Poland | ![]() | 1–0 | 5–0 | Kelayakan Piala Dunia 2014 |
17. | 3–0 | |||||
18. | 6 September 2013 | Stadion Narodowy, Warsaw, Poland | ![]() | 1–1 | 1–1 | Kelayakan Piala Dunia 2014 |
19. | 6 Jun 2014 | PGE Arena, Gdańsk, Poland | ![]() | 2–1 | 2–1 | Persahabatan |
20. | 7 September 2014 | Estádio Algarve, Faro, Portugal | ![]() | 3–0 | 7–0 | Kelayakan UEFA Euro 2016 |
21. | 4–0 | |||||
22. | 6–0 | |||||
23. | 7–0 | |||||
24. | 13 Jun 2015 | Stadion Narodowy, Warsaw, Poland | ![]() | 2–0 | 4–0 | Kelayakan UEFA Euro 2016 |
25. | 3–0 | |||||
26. | 4–0 | |||||
27. | 4 September 2015 | Commerzbank-Arena, Frankfurt, Jerman | ![]() | 1–2 | 1–3 | Kelayakan UEFA Euro 2016 |
28. | 7 September 2015 | Stadion Narodowy, Warsaw, Poland | ![]() | 3–0 | 8–1 | Kelayakan UEFA Euro 2016 |
29. | 4–0 | |||||
30. | 8 Oktober 2015 | Hampden Park, Glasgow, Scotland | ![]() | 1–0 | 2–2 | Kelayakan UEFA Euro 2016 |
31. | 2–2 | |||||
32. | 11 Oktober 2015 | Stadion Narodowy, Warsaw, Poland | ![]() | 2–1 | 2–1 | Kelayakan UEFA Euro 2016 |
Penghargaan
Kelab
- Znicz Pruszków
- II Liga: 2006–07
- Lech Poznań[69]
- Ekstraklasa: 2009–10
- Piala Poland: 2008–09
- Piala Super Poland: 2009
- Borussia Dortmund[70]
- Bundesliga: 2010–11, 2011–12
- DFB-Pokal: 2011–12
- Piala Super DFL: 2013
- Liga Juara-Juara UEFA Naib juara: 2012–13
Individu
- II Liga penjaring terbanyak: 2006–07 (15 gol)
- I Liga penjaring terbanyak: 2007–08 (21 gol)
- Ekstraklasa penjaring terbanyak: 2009–10 (18 gol)
- DFB-Pokal penjaring terbanyak: 2011–12 (7 gol)
- Bundesliga Top Goalscorer: 2013–14 (20 gol)[71]
- Pemain Releval Poland: 2008
- Pemain Terbaik Ekstraklasa: 2009
- Pemain Terbaik Poland: 2011, 2012, 2013
Rujukan
Wikiwand - on
Seamless Wikipedia browsing. On steroids.