From Wikipedia, the free encyclopedia
Respons lari atau lawan merupakan reaksi fisiologi yang berlaku sebagai tindak balas setelah dicerapnya peristiwa berbahaya, serangan, atau ancaman kepada nyawa.[1] Ia mula-mula diperikan oleh Walter Bradford Cannon.[lower-alpha 1][2] Teorinya mengatakan bahawa haiwan bereaksi terhadap ancaman dengan memasang seluruh sistem saraf simpatetik untuk menyiapkan haiwan itu untuk melawan atau mencabut lari.[3] Khususnya lagi, medula adrenal menghasilkan lata hormon yang menyebabkan rembesan katekolamina, khususnya.[4]
Tolong bantu menterjemahkan sebahagian rencana ini. Rencana ini memerlukan kemaskini dalam Bahasa Melayu piawai Dewan Bahasa dan Pustaka. Sila membantu, bahan-bahan boleh didapati di Fight-or-flight response (Inggeris). Jika anda ingin menilai rencana ini, anda mungkin mahu menyemak di terjemahan Google. Walau bagaimanapun, jangan menambah terjemahan automatik kepada rencana, kerana ini biasanya mempunyai kualiti yang sangat teruk. Sumber-sumber bantuan: Pusat Rujukan Persuratan Melayu. |
Respons ini dikenali sebagai peringkat pertama dalam sindrom adaptasi am yang mengawal respons tekanan di kalangan vertebrat dan lain-lain organisma.[5]
Sistem saraf autonomik adalah sistem kawalan yang sebahagian besarnya bertindak tanpa sedar serta mengawal kadar jantung, pencernaan, kadar pernafasan, tindak balas anak mata, urinasi, dan rangsangan seksual. Sistem inilah mekanisme utama dalam mengawal respons lari atau lawan sambil dikawal oleh dua komponen berasingan.[6]
Sistem saraf simpatetik berpunca daripada saraf tunjang. Fungsi utamanya adalah menghidupkan perubahan fisiologi yang berlaku ketika respons lari atau lawan. Komponen ini dalam sistem saraf simpatetik menggunakan dan menghidupkan pelepasan norepinefrina dalam tindak balas.[7]
Sistem sarah parasimpatetik berpunca daripada saraf tunjang dan medula, dan bekerja seiring dengan sistem saraf simpatetik. Fungsi utamanya adalah mengaktifkan gerak balas "rehat dan cerna" serta mengembalikan badan kepada homeostasis selepas berlari atau berlawan. Sistem ini menggunakan dan mengaktifkan pelepasan pengutus saraf asetilkolina.[7]
Tindak balas bermula di dalam amigdala yang mencetuskan gerak balas saraf dalam hipotalamus. Tindak balas awal itu disusuli oleh penghidupan kelenjar pitituari dan perembesan hormon ACTH.[8] Kelenjar adrenal dihidupkan hampir serentak lalu melepaskan pengutus saraf epinefrina. Pelepasan pengutus kimia menyebabkan penghasilan hormon kortisol yang meningkatkan tekanan darah dan gula darah, serta menindas sistem imun.[9] Gerak balas awal dan tindak-tindak balas berikutnya dicetuskan dalam usaha untuk mewujudkan rangsangan tenaga. Rangsangan tenaga ini diaktifkan oleh epinefrina yang terikat dengan sel hati dan seterusnya penghasilan glukosa.[10] Tambahan lagi, pengedaran kortisol bertujuan menukarkan asid berlemak kepada tenaga tersedia yang menyiapkan otot-otot di seluruh badan untuk bergerak balas.[11] Hormon-hormon katekolamina seperti adrenalin (epinefrina) atau noradrenalin (norepinefrina) memudahkan tindak balas fizikal segera yang berkaitan dengan persiapan untuk tindakan otot yang kencang. Antaranya:[12]
Perubahan fisiologi yang berlaku dalam gerak balas lawan atau lari dihidupkan demi memperkuat badan dan kelajuan dalam menanti pilihan untuk mencabut lari atau berlawan. Antara perubahan fisiologi tertentu dan fungsi-fungsinya adalah:[13][14]
Ilmu psikologi evolusi boleh menjelaskan bahawa haiwan purba terpaksa cepat bertindak balas kepada ransangan sedangkan ia tiada masa untuk menyiapkan diri secara psikologi dan fizikal. Maka respons lari atau lawan membekalkan haiwan itu dengan mekanisme untuk segera bergerak balas terhadap ancaman kepada nyawanya.[15][16]
Contohnya respons tekanan adalah seekor kuda belang yang sedang meragut rumput. Jika si kuda belang terlihat seekor singa yang datang dekat untuk membunuh, maka respons tekanan dihidupkan. Pelariannya memerlukan usaha sistem otot yang hebat, disokong oleh kesemua sistem badan. Penghidupan sistem saraf simpatetik jarang-jarang membekali keperluan ini. Satu lagi contoh seumpamanya yang merangsang perlawanan adalah seekor kucing yang hendak diserang oleh anjing. Si kucing mengalami denyutan jantung yang semakin pantas, piloereksi (bulu meremang, biasanya untuk menyimpan haba), serta anak mata mengembang, kesemuanya adalah tanda-tanda rangsangan simpatetik.[12] Harus diingatkan bahawa kuda belang dan kucing ini masih mengekalkan homeostasis dalam semua keadaan.
Seamless Wikipedia browsing. On steroids.
Every time you click a link to Wikipedia, Wiktionary or Wikiquote in your browser's search results, it will show the modern Wikiwand interface.
Wikiwand extension is a five stars, simple, with minimum permission required to keep your browsing private, safe and transparent.