Rasyid
From Wikipedia, the free encyclopedia
From Wikipedia, the free encyclopedia
Rasyid (Arab: رشيد ; bahasa Qibti: ⲣⲁϣⲓⲧ Rashit; Perancis: Rosette ; bahasa Inggeris: Rosetta ) adalah bandar pelabuhan terletak dalam Delta Nil di wilayah pemerintahan Beheira Mesir iaitu 65 kilometer jauh sebelah timur Iskandariah.
Rasyid
رشيد Rosetta | |
---|---|
Bandar Raya | |
Ralat Lua pada baris 511 di Modul:Location_map: Tidak dapat cari takrifan peta lokasi yang ditentukan: "Modul:Peta lokasi/data/Egypt Nile Delta" tidak wujud. | |
Koordinat: 31°24′16″N 30°24′59″E | |
Negara | Mesir |
Kegabenoran | Beheira |
Penduduk (1996) | |
• Jumlah | 58,432 |
Zon waktu | UTC+2 (EET) |
• Musim panas (DST) | UTC+3 (EEST) |
Kota ini ditubuhkan sekitar abad ke-9; ia menjadi makmur dengan merosotnya kota Iskandariah yang ditawan kerajaan Uthmaniyah pada tahun 1517, namun kemudiannya jatuh dengan terbangkit kembalinya kota tersebut. Ia menjadi titik tumpuan para pengkaji ketamadunan Mesir Purba dengan dijumpainya suatu batu bersurat ditemui di sana pada tahun 1799 yang membantu mentafsir banyak penulisan lama tamadun tersebut. Ia adalah destinasi pelancongan terkenal dalam kalangan warga British pada abad ke-19 kerana suasana ia yang bersih dengan seni bina Uthmaniyah dan ladang-ladang limau yang menarik dan mencuci mata.
Bandar Rasyid dihuni sepanjang sejarah Mesir Purba bernama Khito ("penduduk") di bawah pemerintahan firaun Menes. Pada era Ptolemaious pula, kota ini diganti namanya menjadi Bolbitine (juga Bolbitinum atau Bolbitinon, salah satu dari tujuh cabang Sungai Nil zaman Herodotus).[1]
Kota ini menjadi kawasan pertahanan utama bani Umayyah sehingga tahun 749 dengan berlakunya Pemberontakan Bashmur.[2] Pada tahun 850-an, khalifah Abbasiyah memerintahkan sebuah kubu dibina di tapak kota ini, petempatan kota di sekitar kubu ini mula berkembang pada zaman abad pertengahan. Semasa Perang Salib Ketujuh, Louis IX dari Perancis menduduki bandar ini dalam masa singkat pada tahun 1249.[3]
Kekuasaan kota ini di bawah kerajaan Mamluk menyaksikan kota ini menjadi pusat komersial yang penting malah berterusan sepanjang pemerintahan Uthmaniyah hingga kebangkitan kembali pentingnya Iskandariah setelah pembinaan terusan Mahmudiyah pada tahun 1820.
Data iklim untuk Rosetta | |||||||||||||
---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|
Bulan | Jan | Feb | Mac | Apr | Mei | Jun | Jul | Ogo | Sep | Okt | Nov | Dis | Tahun |
Purata maksimum suhu harian, °C (°F) | 18.8 (65.8) |
18.9 (66.0) |
20.9 (69.6) |
24 (75) |
27.2 (81.0) |
29.3 (84.7) |
30.7 (87.3) |
31.5 (88.7) |
30.5 (86.9) |
28.8 (83.8) |
25 (77) |
20.8 (69.4) |
25.5 (77.9) |
Purata suhu harian, °C (°F) | 14.5 (58.1) |
14.4 (57.9) |
16 (61) |
18.6 (65.5) |
21.8 (71.2) |
24.4 (75.9) |
26.2 (79.2) |
26.9 (80.4) |
25.9 (78.6) |
23.9 (75.0) |
20.3 (68.5) |
16.4 (61.5) |
20.8 (69.4) |
Purata minimum suhu harian, °C (°F) | 10.2 (50.4) |
10 (50) |
11.2 (52.2) |
13.2 (55.8) |
16.4 (61.5) |
19.5 (67.1) |
21.7 (71.1) |
22.4 (72.3) |
21.3 (70.3) |
19 (66) |
15.7 (60.3) |
12 (54) |
16.1 (60.9) |
Purata kerpasan, mm (inci) | 50 (2.0) |
26 (1.0) |
13 (0.5) |
4 (0.2) |
3 (0.1) |
0 (0) |
0 (0) |
0 (0) |
0 (0) |
9 (0.4) |
25 (1.0) |
51 (2.0) |
181 (7.2) |
Sumber: climate-data.org[4] |
Seamless Wikipedia browsing. On steroids.
Every time you click a link to Wikipedia, Wiktionary or Wikiquote in your browser's search results, it will show the modern Wikiwand interface.
Wikiwand extension is a five stars, simple, with minimum permission required to keep your browsing private, safe and transparent.