From Wikipedia, the free encyclopedia
Rangkaian Anti-Zionis Yahudi Antarabangsa (IJAN) ialah rangkaian Yahudi anti-Zionis yang berikrar untuk "Menentang Zionisme dan Negara Israel".[1]
Kerangka | |
---|---|
Kependekan | IJAN |
Jenis/bentuk sah | Rangkaian |
Tujuan | Untuk menentang Zionisme dan Negara Israel |
Tapak web | www |
Sejarah | |
Dibentuk | 2008 |
Pengasas | Sara Kershnar |
Lokasi | |
Ibu pejabat | Oakland, California |
sunting · sunting di Wikidata |
Sara Kershnar[2] dan beberapa orang lain mengasaskan Rangkaian Anti-Zionis Yahudi Antarabangsa pada tahun 2008.
IJAN memandang Zionisme sebagai gerakan perkauman, dan Israel sebagai negara aparteid. Piagam organisasi tersebut menyatakan "[k]ami ialah rangkaian antarabangsa Yahudi yang komited tanpa kompromi dalam perjuangan untuk pembebasan manusia, di mana pembebasan rakyat dan tanah Palestin ialah bahagian yang sangat diperlukan. Komitmen kami adalah untuk memusnahkan aparteid Israel, mengembalikan pelarian Palestin, dan menamatkan penjajahan Israel ke atas Palestin yang bersejarah."[1] Ia menyeru pembebasan tanpa syarat semua tahanan Palestin di Israel. Kumpulan tersebut juga menentang peperangan di Iraq dan Afghanistan, kapitalisme, dan Islamophobia.
Ahli terkemuka IJAN termasuklah giatwan feminis Selma James dan mendiang mangsa terselamat Holocaust Hajo Meyer. Ia terdiri daripada kumpulan di Amerika Syarikat,[3] Kanada, India, Argentina, dan beberapa negara Eropah.[4]
Semasa Perang Gaza (2008–2009) enam anggotanya merantai diri pada konsulat Israel di Los Angeles, California, manakala kira-kira 40 yang lain membantah di hadapan, menutupnya selama dua jam.[5] Anggota IJAN turut serta dalam bantahan di London pada masa yang sama.[6]
Pada tahun 2010, persekutuan kesatuan sekerja kebangsaan Ireland menjemput IJAN ke persidangan di Dublin mengenai konflik Israel-Palestin.[7]
Ahli IJAN dan mangsa terselamat Auschwitz, Hajo Meyer,[8] pengarang The End of Judaism: An Ethical Tradition Betrayed, ialah penceramah utama dalam IJAN 2010–11 "Tidak Akan Lagi – Untuk Sesiapapun", dengan ceramah di UK dan Ireland.[9]
Pada tahun 2011, IJAN ialah salah satu daripada beberapa organisasi yang menganjurkan lawatan bersyarah 13 bandar di Amerika Syarikat, yang menurut Jerusalem Post "membandingkan hubungan Israel dengan Palestin dengan layanan Nazi terhadap orang Yahudi semasa Holocaust".[10]
Pada November 2012, ahli IJAN telah mengambil bahagian dalam bantahan terhadap mesyuarat Dana Kebangsaan Yahudi di Toronto.[11]
Ahli akademik Ireland, David Landy menyifatkan IJAN sebagai salah satu daripada segelintir pertubuhan Yahudi yang tidak "meminggirkan" anti-Zionisme, "mempercayai Zionisme sebagai masalah asas yang mesti ditangani untuk mencapai pembebasan Palestin dan secara kebetulan melangtuntut komitmen Yahudi untuk pembebasan".[12]
Liga Anti-Fitnah (ADL) telah berkata bahawa walaupun Rangkaian Anti-Zionis Yahudi Antarabangsa tidak menganjurkan "jumlah acara yang besar", ia mempunyai peranan penting "dalam mewujudkan dasar dan menetapkan agenda anti-Israel".[13]
Pada 2010, wartawan Jerusalem Post Jonny Paul menyifatkan IJAN sebagai "kumpulan pinggiran radikal kecil".[14]
Seamless Wikipedia browsing. On steroids.
Every time you click a link to Wikipedia, Wiktionary or Wikiquote in your browser's search results, it will show the modern Wikiwand interface.
Wikiwand extension is a five stars, simple, with minimum permission required to keep your browsing private, safe and transparent.