Qustul ialah sebuah perkuburan arkeologi di belah timur Sungai Nil di Nubia Hilir, bertentangan Ballana berdekatan sempadan Sudan. Tapak ini mempunyai rekod arkeologi dari budaya Kumpulan-A, Kerajaan Baru Mesir dan budaya Kumpulan-X.
Lokasi | Aswan, Mesir |
---|---|
Wilayah | Nubia |
Koordinat | 22°14′0″N 31°37′0″E |
Jenis | Tapak arkeologi |
Qustul telah dibanjiri Tasik Nasser.
Tiga perkuburan budaya utama Kumpulan-A dari zaman Wangsa Pertama Mesir telah digali. Perkuburan yang paling utama sekali, kubur L, membongkarkan tentang pengebumian pemerintah yang kaya. Dalam salah satu daripada kubur ini ialah sebuah dupa yang Bruce Williams dari Institut Oriental di Universiti Chicago kata menggambarkan bentuk yang melambangkan firaun, yang beliau percaya bahawa ia Mahkota Putih dari Mesir Hulu.[1]
Sebuah perkuburan Kumpulan-X yang digali oleh Walter Emery pada tahun 1931-1933 berciri guar kubur untuk raja-raja dengan korban pengebumian kuda, perhiasan kuda dan hamba-hamba dari abad keempat hingga keenam Masihi. Pengebumian ini ialah untuk diraja kerana mayat-mayat yang ditemui memakai mahkota.[2]
- Gambaran tekap dupa Qustul
Wikiwand in your browser!
Seamless Wikipedia browsing. On steroids.
Every time you click a link to Wikipedia, Wiktionary or Wikiquote in your browser's search results, it will show the modern Wikiwand interface.
Wikiwand extension is a five stars, simple, with minimum permission required to keep your browsing private, safe and transparent.