From Wikipedia, the free encyclopedia
Python ialah sebuah bahasa pengaturcaraan aras tinggi yang dicipta oleh Guido van Rossum pada tahun 1991. Ia merupakan sebuah bahasa ditafsir, interaktif dan berorientasi objek.
Paradigma | Berbilang paradigma |
---|---|
Muncul pada | 1991 |
Direka oleh | Guido van Rossum |
Pembangun | Yayasan Perisian Python |
Lepasan stabil | 3.13.0[1] (7 Oktober 2024 ) |
Disiplin penjenisan | Tegas, dinamik ("penjenisan itik") |
Pelaksanaan utama | CPython, Jython, IronPython, PyPy |
Dialek | Stackless Python |
Dipengaruhi | ABC, C, Haskell, Icon, LISP, Modula-3, Perl, Java |
Mempengaruhi | Ruby, Boo |
OS | Rentas-pelantar |
Lesen | Lesen Python |
Laman web | http://www.python.org/ |
Python adalah beraneka paradigma, menggunakan sistem penjenisan dinamik dan pengurusan memori automatik. Oleh kerana itu, ia lebih kurang sama dengan Perl, Ruby, Scheme, Smalltalk dan Tcl.
Pelaksanaan piawai untuk bahasa ini ialah CPython. CPython dikendalikan oleh Yayasan Perisian Python yang bukan untung di bawah model pembangunan sumber terbuka iaitu diterbitkan di bawah Lesen Python, CPython adalah sebuah perisian bebas.
Pembina dan pereka utama Python ialah Guido van Rossum. Versi python yang terawal direka di CNRI (kep. Centre for National Research Initiatives, BM: Pusat Inisiatif Kajian Kebangsaan). Walau bagaimanapun, pada tahun 2000, Guido dan pasukan Python (termasuk Tim Peters, Barry Warsay, Jeremy Hylton, dan Fred Drake) berpindah ke BeOpen dan kemudiannya ke Digital Creations.
Python dibangunkan dan dikeluarkan melalui lesen awam yang dibekalkan oleh CNRI. Python 1.5.2 mengandungi kebanyakan kefungsian seperti Python yang ada pada hari ini. Keluaran terakhir Python 1.5.2 adalah pada 13 April 1999.
Dalam September tahun 2000 (selepas Guido meninggalkan CNRI), terdapat dua versi keluaran Python 1.6; Python 1.6 dari CNRI dan Python 1.6b1, versi beta dikeluarkan oleh Guido dan pasukan pembinaan BeOpen.
Versi ini mengandungi sedikit kemajuan iaitu termasuk perubahan di dalam cara objek senarai berkerja serta kemajuan pada soket dan alatan penukaran deretan-kepada-angka.
Python 2.0 dikeluarkan pada 16 Oktober 2000, dengan banyak ciri baharu termasuk "pemungut sampah" dan sokongan untuk Unikod. Walau bagaimanapun, perubahan terbesar ialah pada proses pembangunan itu sendiri dengan anjakan kepada proses yang lebih telus dan disokong masyarakat pembangun.[2]
Python 3.0 (juga disebut Python 3000 atau py3k), ialah keluaran besar serasi mundur yang dikeluarkan pada 3 Disember 2008[3] selepas lama dicuba. Kebanyakan tampilan utamanya telah dibackport kepada Python 2.6 dan 2.7 yang serasi mundur.[4]
Python direka agar amat mudah dibaca. Ia mensasarkan kepada reka letak yang tidak berserabut, menggunakan kata kunci Bahasa Inggeris dengan kerap sedangkan bahasa lain kerap menggunakan tanda baca.Python memerlukan kurang plat dandang berbanding bahasa berstruktur yang ditaip secara statik seperti C atau Pascal, dan bilangan penerimaan sintaks yang lebih kecil. Python menggunakan ruang kosong daripada menggunakan kurungan kerinting, membatasi blok-blok kenyataan. Kenyataan-kenyataan python termasuklah:
if
- melakukan sesuatu blok kod secara bersyarat, sekali dengan else
dan elif
(pendekan daripada else-if).while
- menjalankan sesuatu blok kod sehingga sesuatu keadaan adalah False
(salah).for
- mengulangi sesuatu pengulangan, meletakkan setiap unsur ke sebuah pemboleh ubah setempat untuk kegunaan blok yang berkenaan.class
- menjalankan sebuah blok kod dan memautkan ruangnama setempatnya kepada kelas, untuk kegunaan dalam pengaturcaraan berorientasikan objek.def
- mentakrifkan sebuah fungsi.match
- sokongan untuk pemadanan corak (pattern matching) diperkenalkan dalam versi 3.10.Setiap kenyataan mempunyai semantiknya yang tersendiri:sebagai contoh, kenyataan def
tidak melakukan sebuah blok kod secara terus, tidak seperti kenyataan lain.
Berikut ialah contoh skrip hello world yang ditulis dalam Python.
print('Hello world!')
Seamless Wikipedia browsing. On steroids.
Every time you click a link to Wikipedia, Wiktionary or Wikiquote in your browser's search results, it will show the modern Wikiwand interface.
Wikiwand extension is a five stars, simple, with minimum permission required to keep your browsing private, safe and transparent.