From Wikipedia, the free encyclopedia
Perl adalah singkatan "Practical Extraction and Report Language". Perl dicipta oleh Larry Wall tahun 1986. Bahasa ini merupakan antara bahasa yang paling sesuai digunakan khususnya untuk memanipulasi fail berasaskan teks. Sekitar tahun lewat 80-90an, bahasa ini yang mendominasi aplikasi internet sehingga sampai ke peringkat e-commerce, search engine dan hardware driver untuk sistem komputer. Pada waktu itu belum lagi muncul bahasa pengaturcaraan seperti Java, Python, PHP, ASP, Miva, Cold Fusion dan lain-lain. Yang ada pada waktu itu hanyalah bahasa C, C++, Pascal, Fortran, BASIC.
Perl juga digunakan untuk pentadbiran sistem di kalangan pengguna Unix (Linux, MacOSX, OS2), Windows (95,98,98SE,2000,ME,XP), DOS, Macintosh (MacOS7 - MacOS9), dan lain-lain. Di Malaysia, pengguna Perl makin berkurangan kerana sudah ada pesaingnya dalam skop Aplikasi Web seperti PHP. Sungguhpun begitu, dengan Perl perkara yang sama dalam PHP, boleh dibuat dengan Perl malah lebih lagi kerana Perl dibina dan dimajukan sebagai General Purpose Programming Language iaitu bahasa pengaturcaraan pelbagai kegunaan tidak terfokus hanya pada web sahaja.
#!/usr/bin/perl
$mesej = "Nama ahli"; # ini variable jenis Skalar
%nama = (); # ini variable jenis Hash (Dictionary dalam Python)
$nama{"a"} = "Ali";
$nama{"b"} = "Ahmad";
print $mesej . ":\n\n";
foreach $kunci (keys %nama) {
print $nama{$kunci} . "\n";
}
Nama ahli:
Ali Ahmad
Seamless Wikipedia browsing. On steroids.
Every time you click a link to Wikipedia, Wiktionary or Wikiquote in your browser's search results, it will show the modern Wikiwand interface.
Wikiwand extension is a five stars, simple, with minimum permission required to keep your browsing private, safe and transparent.