Java
bahasa pengaturcaraan berorientasikan objek From Wikipedia, the free encyclopedia
bahasa pengaturcaraan berorientasikan objek From Wikipedia, the free encyclopedia
Java ialah sebuah bahasa pengaturcaraan pengaturcaraan berorientasi objek yang dibangunkan oleh James Gosling dan rakan-rakan sekerjanya di Sun Microsystems pada awal 1990-an. Tidak seperti kebiasaan bahasa pengaturcaraan lain yang direka bentuk untuk dikompil kepada kod mesin ataupun diterjemah terus dari kod sumber semasa masa jalanan, Java dikhaskan untuk dikompil kepada kod bait (ia boleh juga dikompil kepada kod mesin menggunakan gcj), yang mana ia akan dilaksanakan (biasanya menggunakan kompilasi JIT (just in time)) oleh Mesin Maya Java (JVM).
Paradigma | Berorientasi objek, berstruktur, imperatif |
---|---|
Muncul pada | 1995 |
Direka oleh | Sun Microsystems |
Disiplin penjenisan | Statik, kuat, selamat, nominatif |
Pelaksanaan utama | Banyak |
Dipengaruhi | Objectif-C, C++, Smalltalk, Eiffel,[1] C# [2] |
Mempengaruhi | C#, D, J#, Ada 2005, ECMAScript |
OS | Pelantar silang |
Laman web | http://java.sun.com/ |
Bahasa pengaturcaraan Java banyak meminjam sintaks daripada C dan C++ tetapi mempunyai model objek yang mudah dan kurangnya fasiliti aras-rendah.
Java sebenarnya tiada kaitan dengan JavaScript walaupun kedua-duanya mempunyai nama yang sama dan berkongsi sintaks yang seakan-akan C.
// Indah.java
public class Indah {
public static void main(String[] args) {
System.out.println("Indahnya Dunia!");
}
}
Setiap program Java hendaklah mempunyai paling kurang 1 class. Program Java bermula dengan main method iaitu
public static void main(String[] args)
. Kata kunci
public
ialah access modifier. Kata kunci
static
membolehkan sesuatu method itu diakses tanpa perlu membuat objek.
System.out.println();
System ialah class Out ialah objek. Println ialah method.
Sintaks Java serupa dengan sintaks C yang menggunakan kurungan beralun untuk memisahkan blok-blok kod.
Java membenarkan pengenalpasti yang bukan kata simpanan, bermula dengan huruf, garis bawah (_
) ataupun tanda dollar ($
). Di samping itu, Java turut menykong pengenalpasti unikod. Contoh berikut adalah contoh pengenalpasti yang sah:
int nombor = 1;
double π = 3.14159;
Orang $seseorang = new Orang();
boolean _biar = true;
boolean _123 = false;
Manakala, yang berikut adalah salah:
int int = 1;
String 123 = "Hai!";
Dalam Java, pengulangan (looping) boleh dilakukan dengan menggunakan gelung for
, while
atau do ... while
.
for
Gelung for
boleh digunakan dalam dua cara iaitu; sama seperti sintaks C,
for (int i = 0; i < akhir; i++) {
// Buat sesuatu.
}
atau
for (Benda benda : senaraiBenda) {
// Buat sesuatu.
}
Dalam sintaks yang pertama, for
disertakan dengan tiga ungkapan yang dipisahkan dengan tanda koma bertitik (;
). Unkapan yang pertama ialah penugasan awal pembolehubah, yang kedua ialah syarat akhir gelung, dan yang ketiga ialah penugasan semula pemboleh ubah. Gelung di atas dapat diungkapkan sebagai "Buat sesuatu bagi i bermula dengan nilai 0, hingga i kurang daripada nilai akhir, dan i ditambah satu setiap kali diulang".
Sintaks yang kedua pula terbahagi kepada dua bahagian yang dipisahkan dengan titik bertindih (:
). Bahagian pertama ialah pengisytiharan pembolehubah gelung, manakala yang kedua ialah pembolehubah yang ingin dilelarkan. Gelung di atas boleh diungkapkan sebagai "Buat sesuatu bagi setiap benda dalam senaraiBenda".
Versi utama Java dengan tarikh dilancarkan:
Penghasilan perisian menggunakan bahasa Java boleh dilakukan dengan berbantukan perisian persekitaran pembangunan java (Java IDE). Salah satu perisian popular tersebut ialah Netbean dan ia percuma. Perisian ini bukan sahaja memperbolehkan kita melakukan kerja-kerja pengaturcaraan biasa, malah program ini juga menyokong konsep pembangunan perisian mengunakan kaedah terkini seperti menggunakan UML. Melalui kaedah UML, pembangun perisian cuma perlu merekacipta model dan kod java dijana oleh perisian. Kitar pembangunan perisian menjadi sangat pantas.
|
|
Seamless Wikipedia browsing. On steroids.
Every time you click a link to Wikipedia, Wiktionary or Wikiquote in your browser's search results, it will show the modern Wikiwand interface.
Wikiwand extension is a five stars, simple, with minimum permission required to keep your browsing private, safe and transparent.