From Wikipedia, the free encyclopedia
Pristin (Hangul: 프리스틴 ; digayakan dalam semua huruf besar dan nama pra-debut Pledis Girlz) adalah kumpulan wanita dari Korea Selatan yang ditubukan oleh Pledis Entertainment pada tahun 2016. Kumpulan ini terdiri daripada sepuluh orang ahli: Nayoung, Roa, Yuha, Eunwoo, Rena, Kyulkyung, Yehana, Sungyeon, Xiyeon dan Kyla.[1] Kebanyakan mereka pernah muncul di rancangan televisyen Produce 101 dan sebagai hadiah kerana menjadi dua daripada peserta terbaik, Nayoung dan Kyulkyung meneruskan debut sebagai sebahagian daripada kumpulan projek wanita I.O.I,[2] sebelum bersatu semula dengan ahli lain untuk debut sebagai Pristin pada 21 Mac 2017, dengan album mini pertama mereka Hi! Pristin.[3] Pristin dikenali sebagai kumpulan yang dapat menulis dan menggubah muzik mereka sendiri.[4] Selepas hampir setahun setengah tanpa aktiviti, kumpulan ini dibubarkan pada 24 Mei 2019 apabila hanya 3 daripada 10 orang ahli memperbaharui kontrak mereka dengan Pledis Entertainment.
Pristin | |
---|---|
Juga dikenali sebagai | Pledis Girlz |
Berasal dari | Seoul, Korea Selatan |
Genre | K-pop |
Tahun aktif | 2016 | –2019
Syarikat rakaman | Pledis Entertainment |
Pengkarya berkait | |
Laman sesawang | Laman sesawang rasmi |
Bekas ahli |
|
Sepuluh ahli Nayoung, Roa, Yuha, Eunwoo, Rena, Kyulkyung dan Xiyeon telah bertanding rancangan realiti televisyen Mnet Produce 101, yang disiarkan dari 22 Januari hingga 1 April 2016.[5] manakala lima daripada mereka telah tersingkir, Nayoung dan Kyulkyung menjadi sebahagian daripada barisan terakhir untuk projek kumpulan wanita I.O.I, yang memulakan debut pada 4 Mei dengan single "Dream Girls".[2]
Kumpulan ini secara rasmi diumumkan sebagai Pledis Girlz oleh Pledis Entertainment pada 23 Mac 2016. Pada hari yang sama, Eunwoo telah ditampilkan dalam lagu "Sickness" oleh Vernon Seventeen sebagai sebahagian daripada runut bunyi untuk webtoon Love Revolution.[6] Pledis Girlz mengadakan konsert dari 14 Mei hingga 10 September 2016, di mana para ahli akan melakukan persembahan mingguan, kecuali Nayoung dan Kyulkyung yang sedang mempromosikan bersama I.O.I pada masa itu.[7][8]
Pada 27 Jun, mereka melancarkan single promosi "We", yang ditulis oleh Roa, Eunwoo, Sungyeon dan Xiyeon. Video muzik untuk lagu itu digunakan untuk memperkenalkan profil ahli.[9]
Mereka mengadakan konsert terakhir mereka sebagai Pledis Girlz, bertajuk Bye & Hi pada 6 Januari 2017 dan mengumumkan nama kumpulan rasmi mereka sebagai Pristin, portmanteau dari kata-kata "prismatic" (terang dan jelas) dan "elastin" (kekuatan sempurna).[10][11]
Pada 2 Mac, 2017, Pledis Entertainment mengumumkan debut kumpulan menerusi gambar teaser.[12] Pada 21 Mac, Pristin secara rasminya debut dan mengeluarkan album mini pertama mereka "Hi! Pristin" dengan single utama "Wee Woo".[3] Mereka menjadi kumpulan wanita rookie pertama yang menpersembahkan lagu pertama mereka pada siaran langsung semasa Mnet Present.[13] Pristin juga merupakan sebahagian daripada barisan untuk festival KCON yang diadakan di Jepun pada 19 Mei.[14] Pada hari yang sama, versi remix dari "Black Widow" telah dikeluarkan sebagai single kedua dan terakhir album, yang dipersembahkan di beberapa rancangan muzik sebagai penutup untuk promosi Hi Pristin.[15][16]
Pada 3 Jun, mereka membuat persembahan di 2017 Dream Concert di Seoul World Cup Stadium.[17] Album mini kedua mereka Schxxl Out bersama-sama dengan single utama "We Like", dikeluarkan pada 23 Ogos.[18]
Pada 12 Oktober, diumumkan bahawa Kyla akan berehat dari aktiviti kumpulan kerana masalah kesihatan. Dia kembali buat sementara waktu ke Amerika Syarikat untuk memberi tumpuan kepada pemulihannya.[19]
Pada 8 Mei 2018, diumumkan bahawa Pristin akan mendebutkan sub-unit pertama mereka yang dipanggil Pristin V yang terdiri daripada ahli Nayoung, Roa, Eunwoo, Rena dan Kyulkyung. Pristin V melakukan debut mereka pada 28 Mei 2018 dengan album single Like A V.
Pada 24 Mei 2019 setelah setahun tanpa sebarang aktiviti berkumpulan, Pristin secara rasminya dibubarkan.[20] Pledis Entertainment mengumumkan bahawa sementara Kyulkyung, Yehana dan Sungyeon akan kekal bersama syarikat itu, manakala tujuh yang lain (Xiyeon, Rena, Roa, Kyla, Nayoung, Yuha, dan Eunwoo) akan meninggalkan syarikat.[21]
Tajuk | Butiran album | Kedudukan tertinggi carta | Jualan | |
---|---|---|---|---|
KOR [24] |
US World [25] | |||
Hi! Pristin |
Senarai lagu
|
4 | 10 | |
Schxxl Out |
Senarai lagu
|
4 | 5 | |
No. | Tarikh[perlu rujukan] | Hari ahli | Tetamu istimewa |
---|---|---|---|
01 | 14 Mei | Rena | Tiada |
02 | 21 Mei | Xiyeon | |
03 | 28 Mei | Sungyeon | |
04 | 4 Jun | Eunwoo | |
05 | 11 Jun | Yehana | |
06 | 18 Jun | Kyla | |
07 | 25 Jun | Yuha | |
08 | 2 Julai | Roa | |
09 | 23 Julai | Sungyeon | |
10 | 30 Julai | Xiyeon | Hwang In-sun |
11 | 6 Ogos | Yehana | Park So-yeon |
12 | 13 Ogos | Eunwoo | D.A.L, Kim Da-jung dan Kim Ji-sung |
13 | 20 Ogos | Kyla | An Ye-seul |
14 | 27 Ogos | Rena | Yoon Seo-hyung |
15 | 3 September | Yuha | I.O.I |
16 | 10 September | Roa | Han Dong-geun |
Anugerah | Tahun | Kategori | Calon/Karya | Keputusan | Ruj. |
---|---|---|---|---|---|
Asia Artist Awards | 2017 | Rookie Award | Pristin | Menang | |
Popularity Award | Tercalon | ||||
2018 | Tercalon | ||||
Gaon Chart Music Awards | 2018 | New Artist of the Year (Song) | "Wee Woo" | Tercalon | |
Golden Disc Awards | 2018 | New Artist of the Year | Pristin | Tercalon | |
Global Popularity Award | Tercalon | ||||
Melon Music Awards | 2017 | Best New Artist | Tercalon | ||
Mnet Asian Music Awards | 2017 | Best New Female Artist | Menang | ||
Artist of the Year | Tercalon | ||||
Seoul Music Awards | 2018 | New Artist Award | Menang | ||
Popularity Award | Tercalon | ||||
Hallyu Special Award | Tercalon | ||||
V Live Awards | 2018 | Global Rookie Top 5 | Menang |
Seamless Wikipedia browsing. On steroids.