From Wikipedia, the free encyclopedia
Pop Kuiz ialah rancangan permainan hiburan interaktif Malaysia yang disiarkan di TV3.[1][2] Ia disiarkan dari 1992 sehingga 2005 dan telah bersiaran sebanyak 20 musim. Rancangan ini memberikan maklumat mengenai dunia hiburan tanah air dan antarabangsa, penonton di studio dapat melihat telatah selebriti kesayangan serta berhibur dengan persembahan mereka. Aznil Nawawi dan Rina Khan ialah pengacara asal rancangan ini dan dihoskan oleh pelbagai selebriti popular seperti Amy Mastura, Maya Matahari, Benjy dan Intan Suraya untuk musim berikutnya. Ia telah memenangi "Highly Commended Programme" di Asian Television Awards 1996. Siri ini membuat kemunculan semulanya di TV3 pada 2009, dihoskan oleh Aidid Marcello dan Yatt Hamzah.[3][4]
Pop Kuiz | |
---|---|
Genre | Hiburan |
Lagu pembukaan | "Pop Kuiz" |
Lagu penutup | "Pop Kuiz" |
Negara asal | Malaysia |
Bahasa | Melayu |
Bilangan musim | 20 |
Penerbitan | |
Penerbit |
|
Pemasangan kamera | Tetapan multi-kamera |
Tempoh siaran | 20–30 minit |
Syarikat penerbitan | Primeworks Studios |
Penyiaran | |
Saluran asal | TV3 |
Format gambar | 576i (NTSC) |
Format audio | Stereo |
Siaran asal | 1992 – 2005 |
Pop Kuiz ialah rancangan permainan hiburan memberikan maklumat mengenai dunia hiburan tempatan dan antarabangsa. Selain itu, penonton di studio juga dapat melihat telatah selebriti kesayangan serta berhibur dengan persembahan mereka.[5][6][7] Rancangan ini dihoskan oleh penyampai berita TV3 ketika itu, Aznil Nawawi (sehingga 1999) dan penyanyi, Rina Khan (sehingga 1996). Nik Ramzi Nik Hassan berkhidmat sebagai penerbit untuk 6 musim.[8] Bermula musim 7, Azizah Mohamed menggalas tanggungjawab sebagai penerbit.[9]
Edisi khas Aidilfitri rancangan ini, Pop Kuiz Aidilfitri dirakamkan di Studio D, TV3 dan diterbitkan oleh Nik Ramzi Nik Hassan. Penyanyi, Ramlah Ram dijemput untuk menjayakan segmen Kenal Artis.[10] Bermula Februari 1993, Pop Kuiz ditukar waktu siaran dari Sabtu kepada Selasa,[11] namun waktu siarannya ditukar kepada Ahad bermula 6 Jun.[12] Rakaman rancangan ini dilakukan di luar studio bermula pada November 1993.[13] Pop Kuiz dijenamakan semula pada 1996 sebagai Pop Kuiz Generasi Baru yang mana konsepnya berlainan daripada musim terdahulu.[14]
Pop Kuiz menyiarkan musim terakhirnya pada 2005. Pada tahun 2009, ia diperkenalkan semula dengan format baharu. Aidid Marcello dan Yatt Hamzah berkhidmat sebagai pengacara.[3]
Pop Kuiz turut mengundang kritikan apabila Zainuri Misfar, yang menulis untuk akhbar Berita Harian mengatakan bahawa gelagat Aznil dalam episod yang disiarkan pada 21 April 1993, disifatkan mengada-ngada.[15] Menurutnya: "Sebagai seorang pembaca berita, dia sepatutnya dapat memberi persembahan yang lebih menarik daripada Rina Khan yang cuma seorang penyanyi". Kenyataan beliau turut disokong oleh rakan penulis, Mohd Azahar.[16] Aznil dilaporkan berkata beliau sedia mengubah cara persembahannya jika penonton dan peminat mahukan beliau berbuat demikian.[17]
Tahun | Anugerah | Kategori | Penerima/Karya tercalon | Keputusan |
---|---|---|---|---|
1996 | Asian Television Awards 1996 | Highly Commended Programme | Pop Kuiz | Menang |
Seamless Wikipedia browsing. On steroids.
Every time you click a link to Wikipedia, Wiktionary or Wikiquote in your browser's search results, it will show the modern Wikiwand interface.
Wikiwand extension is a five stars, simple, with minimum permission required to keep your browsing private, safe and transparent.