From Wikipedia, the free encyclopedia
Armando Christian Pérez, atau Pitbull, (lahir 14 Januari 1981) adalah seorang penyanyi rap dari Amerika Syarikat dalam genre reggaeton, hip-hop dan crunk. Album pertamanya dikeluarkan pada 2004, bertajuk M.I.A.M.I. (kependekan Money Is a Major Issue) di bawah TVT Records. Sejak itu, dia telah mengeluarkan dua lagi album, El Mariel pada 2006 dan The Boatlift pada 2007.[1]
Pitbull | |
---|---|
Latar belakang | |
Nama lahir | Armando Christian Pérez |
Genre | Hip hop, Reggaetón |
Pekerjaan | Penyanyi rap, pencipta lagu |
Tahun aktif | 1997–kini |
Syarikat rakaman | RCA, Jive |
Pengkarya berkait | Bun B, DJ Khaled, Lil Jon, Trick Daddy, Twista |
Laman sesawang | www.planetpit.com |
Sebanyak lebih 7.5 juta buah album studio dan lebih 100 juta buah single dari beliau laris dijual sedunia.[2] Beliau turut disenaraikan dalam majalah Billboard dalam tangga ke-45 Artis Terbaik (the Top Artist of the 2010s) dan tangga ke-24 Artis Latin Terbaik (Top Latin Artist of the 2010s) tahun 2010-an.[3][4]
Beliau pernah menjadi juruacara program bahasa Sepanyol La Esquina di saluran kabel Mun2.[5][6][7]
Pitbull ada mengadakan suatu konsert '12 Hours Live with Chivalry' pada 15 Mei 2010 Arena Tertutup Bukit Kiara, Kuala Lumpur. Pihak penganjur mendakwa kemasukan Pitbull telah dua kali ditolak oleh Pusat Permohonan Penggambaran Filem dan Persembahan Artis Luar Negara (Puspal). Timbalan Presiden PAS Nasharudin Mat Isa membidas Puspal kerana 'mengelak' membuat penjelasan berhubung konsert panjang 12 jam tanpa henti daripada jam 7 petang sehingga 7 pagi pada 15 Mei 2010. Temph masa ini "telah melanggar garis panduan tempoh persembahan sesebuah konsert". Biasanya pihak penganjur atas sebab-sebab tertentu, konsert dibenarkan hanya sehingga 1 pagi. Penganjur mestilah melarang sebarang tingkah laku, percakapan, lirik lagu dan juga pakaian yang mengaibkan atau bersifat lucah. [8]
Tahun | Filem | Sebagai | Catatan |
---|---|---|---|
2012 | La Gasolina: Reggaeton Explosion | Diri sendiri | Dokumentari |
2013 | Blood Money | Diri sendiri | |
2013 | Epic | Bufo | Sebagai pelakon suara |
2019 | UglyDolls | Ugly Dog | Sebagai pelakon suara versi Inggeris dan Sepanyol |
Tahun | Judul | Sebagai | Catatan |
---|---|---|---|
2007 | Punk'd | Diri sendiri | |
2007–2008 | La Esquina | Diri sendiri | 2 episod; juga sebagai penerbit eksekutif dan penulis |
2010 | When I Was 17 | Diri sendiri | |
2012 | Shark Tank | Diri sendiri | Tetamu undangan |
2012 | Dancing with the Stars | Diri sendiri | Tetamu undangan |
2015 | Empire | Diri sendiri | Musim 2 Episod 4 |
Tahun | Judul | Sebagai | Catatan |
---|---|---|---|
2006 | Scarface: The World Is Yours | Sebagai penyumbang suara |
Seamless Wikipedia browsing. On steroids.
Every time you click a link to Wikipedia, Wiktionary or Wikiquote in your browser's search results, it will show the modern Wikiwand interface.
Wikiwand extension is a five stars, simple, with minimum permission required to keep your browsing private, safe and transparent.