From Wikipedia, the free encyclopedia
Pemintasan dalam permainan video (bahasa Inggeris: cheating ) melibatkan pelbagai kaedah dilakukan pemain untuk yang meraih kelebihan atau mewujudkan halangan di luar tatamain biasa lalu menjadikan permainan lebih mudah atau lebih sukar daripada yang lazim dimain dalam keadaan biasa.
Perilaku ini boleh dilakukan dari dalam permainan itu sendiri melalui kod dihasilkan para pembangun permainan asal (kod pintas, cheat code) atau dari pihak ketiga sama ada menggunakan perisian atau perkakasan tertentu. Pemintasan ini juga boleh direalisasikan dengan mempergunakan pijatan dalaman permainan video dimain.
Kod-kod khusus ini lazim dibangunkan para pereka permainan video ini sendiri dengan tujuan menguji aspek mainan tertentu tanpa sebarang halangan mengganggu dalam permainan tersebut.[1] Kod-kod ini diaktifkan dengan memasukkan kata laluan atau turutan butang tertentu yang ditekan pada alat kawalan;[2] akan ada perubahan yang terlihat selepas pengaktifan tersebut yang tidak menjejaskan mekanik dalaman permainan.[1]
Data yang terkandung dalam permainan yang sedang dijalankan mungkin akan diolah untuk tujuan ini, namun memberikan kesan berbeza berdasarkan cara pengaturcaraan atau logik permainan dalaman yang boleh berubah dari versi ke versi; sama ada tiada kesan langsung dapat terlihat, perubahan pada daya muatan (kapasiti/kapasitas) ingatan komputer ataupun penggendalaan terus permainan.[3] Tindakan ini dilihat melanggar perjanjian pelesenan perisian yang melarang hal sedemikian.
Bot yang mengandungi kecerdasan buatan adakalanya dipakai untuk menjimatkan masa pemainan yang lazim dilakukan melalui perbuatan manusia.
Seamless Wikipedia browsing. On steroids.
Every time you click a link to Wikipedia, Wiktionary or Wikiquote in your browser's search results, it will show the modern Wikiwand interface.
Wikiwand extension is a five stars, simple, with minimum permission required to keep your browsing private, safe and transparent.