Pepijat ialah kesalahan atau kecuaian yang terdapat dalam kod sumber atau rekaan sesuatu atur cara komputer yang menyebabkannya tidak berfungsi seperti sepatutnya. Ia juga boleh merujuk kepada kekurangan atau kegagalan dalam sesebuah atur cara yang sudah siap. Pepijat boleh diringkaskan sebagai sebuah masalah dalam sesebuah atur cara.

Untuk pijat (serangga), lihat Pijat.

Pencegahan

"Mencegah adalah lebih baik daripada mengubati". Kata-kata yang bukan saja sesuai bagi kesihatan manusia malah kesihatan sesebuah perisian juga. Kehadiran pepijat melecehkan dan juga akan memakan masa bagi pembinaan sesebuah perisian. Maka dengan itu, adalah lebih baik jika kehadiran pepijat dicegah terlebih dahulu ketika pembinaan. Terdapat beberapa cara bagi mengelakkan kehadiran pepijat. Antaranya:

  • Gaya pengaturcaraan — pepijat selalunya wujud kerana alpa dalam menaip seperti tertinggal sesuatu huruf atau kedudukan huruf tidak pada tempatnya dan sebagainya. Selalunya kealpaan ini wujud kerana pengatur cara menaip dengan laju. Menaip dengan laju tidak salah, tapi adalah baik jika selepas menaip sesuatu baris dalam kod sumber atur cara, periksa terlebih dahulu "tatabahasa" pada baris tersebut.
  • Penggunaan kod pseudo atau carta aliran — menulis kod pseudo atau carta aliran ialah langkah yang baik dalam mengatur cara. Kedua-duanya boleh menjadi rujukan dalam tempoh pembinaan perisian agar kod sumber tidak serabut atau lebih tersusun.
  • Menulis ulasan — menulis ulasan ialah satu langkah yang bijak dalam mengatur cara sesuatu atur cara atau perisian. Ia bukanlah suatu langkah pencegahan tetapi langkah untuk memudahkan kerja-kerja menyahpepijat. Komen memberi idea kepada pengatur cara atau sesiapa saja yang membaca kod atur cara tersebut tentang baris-baris atau bahagian-bahagian dalam kod sesuatu atur cara. Perbuatan ini memudahkan kerja-kerja semakan oleh pengatur cara asal ataupun orang lain sekiranya pepijat tetap wujud.


Gambar pepijat yang kemungkinannya buat kali pertama dijumpai dalam komputer.

Menyahpepijat

Bagi sesebuah atur cara yang ringkas, kedudukan sesebuah pepijat dapat diagak dengan mudah. Walau bagaimanapun, bagi atur cara yang kompleks atau perisian, kehadiran pepijat ialah sesuatu yang amat leceh. Ini kerana pengatur cara terpaksa memeriksa semula setiap baris kod sumber atau skrip atur cara berkenaan yang panjang. Penyahpepijat membantu memudahkan kerja pengatur cara untuk membuang pepijat daripada atur cara mereka.

Lihat juga


Jika anda melihat rencana yang menggunakan templat {{tunas}} ini, gantikanlah dengan templat tunas yang lebih spesifik.

Wikiwand in your browser!

Seamless Wikipedia browsing. On steroids.

Every time you click a link to Wikipedia, Wiktionary or Wikiquote in your browser's search results, it will show the modern Wikiwand interface.

Wikiwand extension is a five stars, simple, with minimum permission required to keep your browsing private, safe and transparent.