Pilihan raya yang diadakan di Jepun pada Oktober 2021 From Wikipedia, the free encyclopedia
Pilihan raya umum 2021 telah diadakan di Jepun pada 31 Oktober,[2] seperti yang dikehendaki oleh Perlembagaan Jepun. Pengundian berlaku di semua kawasan perwakilan di Jepun termasuk blok berkadar, untuk melantik ahli-ahli Diet untuk kerusi di Dewan Perwakilan, dewan rendah Diet Kebangsaan Jepun. Memandangkan Kabinet perlu meletak jawatan selepas pilihan raya Dewan Perwakilan dalam sesi Diet pasca pilihan raya pertama (Perlembagaan, Perkara 70), pilihan raya di dewan rendah juga akan membawa kepada pemilihan baru Perdana Menteri di dalam Diet, dan pelantikan sebuah kabinet baru (walaupun menteri yang sama melantik semula Ia adalah pilihan raya umum pertama di era Reiwa, menandakan berakhirnya era Shinzo Abe dan kabinet Suga yang terpalit kontroversi.)
Rencana ini menerangkan hal semasa. Maklumatnya besar kemungkinan berubah-ubah seiring dengan perkembangan peristiwa, dan laporan berita awal tidak semestinya boleh dipercayai. Kemas kini terakhir bagi rencana ini tidaklah membayangkan maklumat yang paling terkini. |
| |||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||
Kesemua 465 kerusi Dewan Perwakilan Jepun 233 kerusi diperlukan untuk majoriti | |||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||
---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|
Tinjauan pendapat | |||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||
Pengundi hadir | 55.93% (▲2.25%) | ||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||
| |||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||
Daerah parlimen dan blok berkadar senarai parti serantau | |||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||
|
Parti pemerintah, LDP, dengan selesa memenangi majoriti tunggal parti, melepasi angka 233 kerusi yang diperlukan.[3][4]
Selepas pilihan raya umum Jepun 2017, Parti Demokratik Liberal (LDP) terus berada dalam kedudukan dominan apabila Perdana Menteri Shinzo Abe mengetuai parti itu meraih kemenangan ketiga berturut-turut, yang pertama untuk seorang Perdana Menteri sejak 1953. Sementara LDP menunjukkan prestasi yang kukuh, seolah-olah mencadangkan momentum untuk matlamat lama Abe untuk menyemak semula Perkara 9 Perlembagaan yang berunsur anti-perang, prospek untuk semakan telah digagalkan kerana halangan prosedur di dalam Diet daripada parti pembangkang dan gabungan pemerintah kehilangan majoriti dua pertiga dalam Dewan Kaunselor dalam pilihan raya 2019.
Penarafan populariti Shinzo Abe yang dialami pada 2018 memandangkan beberapa skandal pilih kasih yang menguasai liputan media, namun beliau masih dipilih semula sebagai Presiden LDP pada September 2018 dan menjadi Perdana Menteri yang paling lama dalam sejarah Jepun pada 19 November 2019 dan paling banyak tempoh setakat 24 Ogos 2020.[5] Namun pada 28 Ogos 2020 Abe secara mengejut umumkan peletakan jawatan akibat masalah kesihatan.[6] Ketua Setiausaha Kabinet Yoshihide Suga akan dipilih sebagai Presiden LDP yang akan datang pada September 2020 dan menggantikan Abe sebagai Perdana Menteri kemudian.[7]
Sementara itu, banyak parti pembangkang Jepun kekal retak dan tidak bersatu. Parti Demokratik Berpelembahaan, yang ingin mengukuhkan dirinya sebagai parti pembangkang utama berhaluan tengah-kiri dalam menentang LDP, bergabung dengan majoriti Parti Demokratik Rakyat dan Parti Demokratik Sosial serta beberapa ahli parlimen bebas pada akhir 2020, secara rasmi menganjurkan semula sebagai parti baharu sambil mengekalkan nama yang sama dan Yukio Edano sebagai pemimpin.[8] Parti peringkat kebangsaan pimpinan Gabenor Tokyo, Yuriko Koike, Kibō no Tō, telah dibubarkan pada Mei 2018 selepas ia bergabung dengan Parti Demokrat untuk membentuk Parti Demokratik Rakyat, manakala Koike sendiri dipilih semula dengan majoriti besar pada 2020 sebagai calon parti bebas.[9][10] Tempoh sejak 2017 juga menyaksikan penciptaan Reiwa Shinsengumi, parti populis berhaluan kiri yang dibentuk oleh bekas pelakon Taro Yamamoto, yang kedudukan dasar utamanya ialah pemansuhan cukai penggunaan.[11]
Semasa permulaan memegang jawatan yang agak popular, penarafan populariti Perdana Menteri Yoshihide Suga dengan beransur-ansur bertambah buruk kerana ketidakpuasan orang awam terhadap pengendalian pandemik COVID-19, termasuk pelancaran vaksin yang perlahan di Jepun berbanding dengan seluruh dunia negara maju, dan pengurusan Sukan Olimpik 2020 yang ditangguhkan ke 2021.[12][13] LDP tewas pada tiga pilihan raya kecil Diet pada April 2021 dan juga gagal memenangi majoriti secara langsung dalam pilihan raya Metropolitan Tokyo pada Julai walaupun memenangi kerusi yang paling banyak. Penganalisis menyifatkan kerugian kepada penilaian populariti yang rendah buat Suga.[14]
Apabila Sukan Olimpik akhirnya diadakan pada Julai hingga Ogos 2021, sentimen positif awam meningkat apabila atlet Jepun memperoleh rekod pemenang pingat Olimpik.[15] Walau bagaimanapun, ini tidak diterjemahkan ke dalam peningkatan dalam penarafan peribadi Suga kerana acara itu bertepatan dengan situasi darurat manakala kes-kes Covid-19 di Jepun terus melonjak dari varian Delta.[16] Pada masa Olimpik Tokyo 2020 berakhir, negara Jepun merekodkan lebih daripada satu juta kes.[17][18] Dalam pengundian oleh Asahi Shimbun yang diambil pada akhir Sukan Olimpik, penarafan populariti Kabinet jatuh ke tahap terendah sebanyak 28%, walaupun 56% orang awam bersetuju bahawa menjadi tuan rumah Olimpik adalah keputusan yang tepat[19] dalam masa yang sama menandakan kebimbangan terhadap ketidakupayaan pemerintah dalam mengendalikan penularan COVID-19.[20] Akibatnya, tindak balas pandemik pemerintah telah menjadi salah satu isu pilihan raya.[21]
Meskipun Suga mendakwa tidak ada bukti bahawa Sukan Olimpik menyumbang kepada lonjakan dalam kes-kes harian di Tokyo dan bahagian-bahagian lain di Jepun, pakar, termasuk penasihat perubatan pemerintah percaya bahawa Sukan Olimpik melemahkan mesej rasmi mengenai peraturan virus dan menggalakkan orang ramai untuk menjadi leka.[22]
Berikutan tamatnya Sukan Olimpik, spekulasi mula beredar bahawa beberapa ahli parlimen LDP, seperti bekas menteri Sanae Takaechi,[23] Seiko Noda,[24] calon kepimpinan 2020 Fumio Kishida[25] dan ketua dasar parti Hakubun Shimomura[26] sedang bersedia untuk bertanding bagi merebut jawatan Presiden LDP menentang Suga yang akan tamat pada September sebagai persiapan untuk pilihan raya umum.[27] Kekalahan calon Hachiro Okonogi, yang merupakan rakan sekutu Suga, dalam pilihan raya Datuk Bandar Yokohama pada 22 Ogos menambahkan lagi tekanan terhadap Perdana Menteri dan meningkatkan spekulasi mengenai masa depan kerjaya politiknya.[28]
Pada 3 September, Suga mengumumkan bahawa beliau tidak akan bertanding untuk pemilihan semula bagi kepimpinan LDP, beliau memetik penarafan populariti yang rendah sebagai sebab, membuka jalan bagi pemimpin LDP baru dan Perdana Menteri untuk mengambil parti itu ke dalam pilihan raya umum.[29] Pada 29 September, bekas Menteri Luar Negeri dan calon berideologi tengah Fumio Kishida mengalahkan tiga calon lain dan menjadi pemimpin baharu LDP.[30] Beliau dipilih oleh Diet sebagai Perdana Menteri ke-100 pada 4 Oktober.[31]
Di bawah tafsiran Pasal 7 Perlembagaan selepas zaman pendudukan, kabinet boleh mengarahkan Maharaja untuk membubarkan Dewan Perwakikan untuk pilihan raya mengejut. Pilihan raya mesti diadakan dalam tempoh 40 hari selepas pembubaran.[32] Satu-satunya masa dalam sejarah pasca perang bahawa Dewan Perwakikan tidak dibubarkan sebelum tamat penggalnya ialah pada 1976. Jika Dewan Perwakikan melengkapkan tempoh empat tahun penuh, pilihan raya mesti diadakan dalam tempoh 30 hari sebelum itu,[33] melainkan jika Diet dipanggil, dalam sesi atau hampir ditutup pada masa itu. Penggal semasa ditetapkan untuk berakhir pada 21 Oktober.[34]
Sesi luar biasa Diet Kebangsaan perlu diadakan pada awal Oktober untuk memilih Perdana Menteri baharu. Bergantung pada masa sesi Diet itu ditutup dan jika dan apabila kabinet baharu membubarkan Dewan Rakyat, tarikh pilihan raya yang mungkin berkisar dari akhir Oktober hingga 14 November tanpa pembubaran atau sehingga 28 November dengan pembubaran. Jika pilihan raya diadakan pada penghujung Oktober atau November, pilihan raya 2021 akan menjadi yang pertama dalam sejarah pasca perang yang akan diadakan bukan sahaja pada, tetapi selepas akhir penggal sebenar (21 Oktober).
Pada 4 Oktober, Perdana Menteri yang baru dipilih Fumio Kishida menjadualkan pilihan raya akan diadakan pada 31 Oktober, dengan pembubaran Dewan Perwakilan pada 14 Oktober, hari terakhir sesi Diet luar biasa dan kempen yang akan bermula pada 19 Oktober.
Dengan peletakan jawatan Shinzo Abe pada 2020 daripada jawatannya sebagai Perdana Menteri disebabkan isu kesihatan, timbul spekulasi mengenai kemungkinan pilihan raya mengejut akan diadakan sebelum tamat penggal penuh, tetapi ini sebenarnya tidak berlaku. Sebelum pengumuman peletakan jawatan Yoshihide Suga pada 2021, pemerintah memang mempertimbangkan rancangan untuk mengadakan pilihan raya umum pada 17 Oktober, beberapa hari sebelum tamat tempoh empat tahun bagi ahli Dewan Perwakilan, menurut sumber pemerintah pada 30 Ogos.[35]
Manifesto LDP, bertajuk "Cipta era baharu bersama anda" telah diterbitkan pada 12 Oktober dengan poin-poin berikut:[36][37]
Walau bagaimanapun, pemerhati[39] menyatakan bahawa janji Perdana Menteri Kishida semasa kempen kepimpinan LDP beliau tidak ada di dalam manifesto, dan manifesto itu banyak dipengaruhi oleh tokoh konservatif LDP seperti Sanae Takaichi, Akira Amari dan bekas Perdana Menteri Shinzo Abe.
Pada 13 Oktober, CDPJ menambah manifestonya:[40][41]
Banyak tinjauan meramalkan LDP yang lemah atau kehilangan sepenuhnya kawalan pemerintah dalam pilihan raya ini.[42] Menurut satu tinjauan oleh The Japan Times, LDP dijangka kehilangan kira-kira 40 kerusi. Walaupun LDP kehilangan 15 kerusi, mereka dengan selesa mengekalkan majoriti parti tunggal mereka dalam Diet.[43][44]
Gabungan pembangkang CDP, JCP, SDP, dan Reiwa Shinsengumi gagal meningkatkan bahagian kerusi mereka, mengalami kehilangan bersih 13 kerusi. CDP sendiri kekal sebagai parti pembangkang terbesar, menduduki tempat kedua dengan 96 kerusi. Nippon Ishin no Kai yang berpangkalan di Osaka menyaksikan penamat tempat ketiga yang kukuh dengan 41 kerusi, keuntungan bersih sebanyak 30. Parti itu menyapu bersih semua kecuali empat kerusi di wilayah Osaka, yang mana mereka tidak mengisi mana-mana nama calon. Parti itu juga mendapat tempat pertama di Blok Berkadar Kinki.
Keputusan itu mengecewakan bagi parti pembangkang berhaluan kiri Jepun, yang telah berusaha untuk memanfaatkan penarafan penolakan tinggi pentadbiran LDP baru-baru ini.[45] Dua parti pembangkang terbesar, Parti Demokratik Berpelembagaan dan Parti Komunis, kedua-duanya kehilangan kerusi walaupun sudah membentul perjanjian calon bersatu dan platform dasar bersama. Pemimpin CDP, Yukio Edano, mengumumkan dua hari selepas pilihan raya bahawa beliau akan meletakkan jawatan sebagai pemimpin berikutan prestasi terkini parti.[46]
Seamless Wikipedia browsing. On steroids.