Pilihan raya kecil Galas 2010

pilihan raya kecil di Malaysia From Wikipedia, the free encyclopedia

Pilihan raya kecil Galas 2010

Pilihan raya kecil Galas 2010 merupakan pilihan raya kecil ke-12 yang diadakan di Malaysia selepas pilihan raya umum ke-12 berikutan kematian Ahli Dewan Undangan Negeri Chek Hasim bin Sulaima pada 27 September 2010 akibat barah usus. Timbalan Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), Datuk Wan Ahmad Wan Omar telah berkata bahawa tarikh pilihan raya kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) Galas, di Gua Musang, Kelantan ditetapkan pada 4 November 2010[1], manakala tarikh penamaan calon ditetapkan pada 26 Oktober 2010.[1]

Thumb
Profil DUN Galas

Pilihan raya kecil ini diadakan serentak dengan pilihan raya kecil Batu Sapi.

Latar belakang

Profil DUN Galas

DUN N45 Galas terletak dalam Parlimen Gua Musang.

Pengundi

DUN Galas mempunyai 11,553 pemilih berdaftar yang terdiri daripada 11,426 pemilih biasa dan 127 pemilih pos. Daripada jumlah itu, 7,125 orang (61.63 peratus) terdiri daripada kaum Melayu, Cina (2,317), India (185), Bumiputera Sarawak (10), Orang Asli (1,889) dan lain-lain (27).

Sebanyak 11 buah sekolah, sebuah balai rawatan Jabatan Hal Ehwal Orang Asli dan sebuah dewan akan digunakan sebagai pusat mengundi yang kesemuanya mengandungi 25 saluran tempat mengundi.

Pilihan raya kecil ini menggunakan Daftar Pemilih Induk (DPI) 2009 yang digabungkan dengan Daftar Pemilih Tambahan Suku Tahun Pertama dan Suku Tahun Kedua 2010 yang telah dikemaskini sehingga 27 September 2010.

Sejarah pilihan raya

Maklumat lanjut Tahun, ADUN ...
TahunADUNPartiLawanParti lawanMajoriti
1986Zakaria Hasan BNIbrahim Renjar PAS2139
1990Omar Mohamed S46Zakaria Hasan BN2705
1995Omar Mohamed S46Zakaria Hasan BN893
Pak Nil WeilAKIM
1999Mohamad Saufi Deraman BNZulkifli Mohamad PKR2264
2004Mohamad Saufi Deraman BNChe Hashim Sulaima PAS1729
2008Che Hashim Sulaima PASMohamad Saufi Deraman BN646
Tutup

Calon bertanding

Maklumat lanjut Nama calon, Parti ...
Nama calonParti
Abdul Aziz Yusof BN-UMNO
Zulkefli Mohamed PAS
Tutup

Calon Barisan Nasional

Setiausaha UMNO bahagian Gua Musang, Abdul Aziz Yusof, diumumkan sebagai calon BN bagi pilihan raya kecil DUN Galas. Beliau merupakan pengurus Pejabat Operasi Lembaga Kemajuan Kelantan Selatan (KESEDAR), sebuah agensi pusat bertanggungjawab memacu pembangunan Hulu Kelantan, yang dirintis Ketua UMNO Gua Musang, Tengku Razaleigh Hamzah ketika menjadi Menteri Kewangan. Oleh itu, beliau terpaksa meepaskan jawatan itu bagi memastikan layak untuk bertanding di pilihan raya kecil ini.

Calon Pakatan Rakyat

Pada 21 Oktober 2010, Dr Zulkefli Mohamed, pemangku Yang Dipertua PAS Gua Musang diumumkan oleh Menteri Besar Kelantan, Datuk Nik Aziz Nik Mat sebagai calon PAS untuk bertanding sebagai wakil Pakatan Rakyat di pilihanraya kecil ini. Beliau merupakan seorang pengamal perubatan yang mempunyai klinik di Ciku 3.

Suasana pilihan raya

Pra pilihan raya

Tengku Razaleigh Hamzah dilantik mengetuai jentera Barisan Nasional di Galas. Beliau juga disebut-sebut sebagai calon BN, namun Nik Aziz Nik Mat mengatakan ia cuma merendahkan taraf pemimpin itu yang pernah menjadi Menteri di peringkat Pusat.

Belum 24 jam calon PAS diumum sebagai calon, Umno-online mengatakan beliau pernah pernah ditangkap khalwat dengan 'isterinya' sekarang, Ramelah Mat Jusoh. Namun ia dinafikan olehnya. Ramelah yang dilaporkan itu adalah ibunya manakala isterinya bernama Zainab Jalar.

Kerajaan Negeri Kelantan mengumumkan 4 November 2010 sebagai hari cuti peristiwa sempena pilihan raya kecil DUN Galas. Pengumuman itu dibuat oleh Setiausaha Kerajaan Negeri (SUK) Datuk Mohd Aiseri Alias menerusi surat pekeliling arahan pentadbiran SUK.

Hari penamaan calon

Abdul Aziz, merupakan calon pertama menyerahkan borang pencalonannya pada pukul 9.05 pagi dan Dr Zulkefli, menyerahkan borang pencalonannya pada 9.30 pagi di bilik Gerakan Pejabat Tanah dan Jajahan Gua Musang.

Kempen pilihan raya

Isu tanah merupakan isu yang memberi kesan yang besar berbanding isu nasional seperti isu Menara Warisan Merdeka dan isu judi. PAS tidak mengunakan isu royalti minyak untuk Kelantan dari PETRONAS kali ini kerana menghormati Tengku Razaleigh Hamzah yang menyokong Kerajaan Kelantan dalam hal ini sebelum ini.

Barisan Nasional menjanjikan peruntukan oleh Kerajaan Pusat sebanyak RM180 juta bagi membangunkan Projek Perumahan Rakyat (PPR) di Gua Musang. Barisan Nasional menggunakan Isu Ladang Rakyat pada pilihan raya kecil kali ini. Barisan Nasional mendakwa Kerajaan PAS Kelantan merampas tanah rakyat bagi memajukan Program Pembangunan Ladang Rakyat, termasuk di Gua Musang.

Pada 1 November 2010, Menteri besar Kelantan, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat bertindak menyerahkan Sijil Penempatan Berkelompok kepada seramai 75 orang penduduk di kawasan Orang Asli di Pos Sandrop, dalam jajahan kecil Lojing. Namun bagi Barisan Nasional, sijil berkenaan bukanlah sesuatu yang baru namun hanya satu kesinambungan kepada usaha yang dijalankan parti itu sebelum ini.

PAS membayar 1,557 pengundi Galas yang berada di luar negeri untuk pulang supaya mengundi pada pilihan raya kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) Galas. Walaupun SPR mengatakan ia satu sogokan kepada pengundi berdasarkan Seksyen 10 Akta Kesalahan Pilihan Raya 1954, PAS tetap mempertahankan tindakannya. Pada 2 November, Datuk Nik Aziz Nik Mat berjaya mengislamkan 3 Orang Asal dari Kampung Sandrop. Walau bagaimanapun, UMNO mendakwa Menteri Besar Kelantan telah memberi sogokan kepada saudara baru tersebut. Walau bagaimanapun, PAS mempertahankan tindakannya dengan mengatakan ia merupakan wang bantuan zakat untuk saudara baru.

Hari pengundian

Keputusan pilihan raya

Maklumat lanjut Parti, Calon ...
Pilihan raya kecil DUN Galas 2010
Parti Calon Undian % ±%
PR - PAS Dr. Zulkefli Mohamed 4,134
BN - UMNO Abdul Aziz Yusoff 5,324
Majoriti 1,190
Peratusan mengundi 9,555 83%
Tutup

Keputusan: Barisan Nasional menang.

Rujukan

Loading related searches...

Wikiwand - on

Seamless Wikipedia browsing. On steroids.