Chek Hashim Sulaiman
From Wikipedia, the free encyclopedia
Chek Hashim bin Sulaiman ialah ahli politik Malaysia berbangsa Melayu yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Galas, Kelantan mewakili PAS dari tahun 2008-2010. Di peringkat parti, beliau merupakan Yang Dipertua PAS Kawasan Gua Musang.[1]
Chek Hashim Sulaiman | |
---|---|
![]() | |
Ahli Dewan Undangan Negeri Kelantan bagi Galas | |
Dalam jawatan 2008–2010 | |
Didahului oleh | ![]() |
Digantikan oleh | ![]() |
Majoriti | 646 (PRU-12) |
Maklumat peribadi | |
Lahir | 1963 |
Meninggal dunia | 27 September 2010 (47 tahun) Kuala Lumpur |
Parti politik | Parti Islam Se-Malaysia |
Pasangan | Che Bongsu Jusoh Aida Zakaria |
Anak | 12 anak |
Latarbelakang
Politik
Semasa pilihan raya umum 2004, beliau tewas dengan Saufi Deraman dari Barisan Nasional yang diwakili oleh UMNO dengan majoriti 1729. Di dalam pilihan raya umum itu, beliau mendapat undi sebanyak 2,455 manakala Saufi mendapat undi sebanyak 4,184. Akan tetapi beliau bangkit kembali dengan mengalahkan En. Saufi dengan majoriti undi sebanyak 646 pada pilihan raya umum 2008 di mana beliau memperolehi undi sebanyak 4399 manakala undi lawannya adalah sebanyak 3755.
Sakit dan kembali pulih akibat barah paru-paru
Kira-kira pada bulan April 2010, YB Chek Hashim disahkan menghidap barah usus kira-kira tiga bulan sebelum beliau pergi ke China, selepas menjalani rawatan di sebuah hospital di Kuala Lumpur.
Pada 29 Julai 2010, menurut setiausahanya Husin Embong, beliau beransur pulih selepas dimasukkan ke Unit Rawatan Rapi Hospital Pakar Perdana Kota Bharu kira-kira awal minggu tersebut. Beliau baru pulang daripada menerima rawatan kemoterapi di China, dimasukkan ke unit tersebut untuk mendapatkan rawatan setelah mengadu sesak nafas. Menurut Husin lagi, Che Hashim setakat ini beransur pulih dan dijadualkan untuk menjalani pemeriksaan tomografi berkomputer (CAT Scan) untuk memastikan tahap kanser yang dihadapinya.[2]
Meninggal dunia
Beliau meninggal dunia di Hospital Pakar Al-Islam Kampung Baru, Kuala Lumpur pada 27 September 2010 akibat penyakit barah paru-paru yang dihidapinya.[3] Pilihan raya kecil Galas 2010 diadakan berikutan kematiannya.
Rujukan
Wikiwand - on
Seamless Wikipedia browsing. On steroids.