From Wikipedia, the free encyclopedia
Peter Ware Higgs CH FRS FRSE FInstP (29 Mei 1929 – 8 April 2024) ialah seorang ahli fizik teori dari United Kingdom. Beliau merupakan profesor emeritus di Universiti Edinburgh.[5][6]
Peter Higgs CH FRS FRSE FInstP | |
---|---|
Kelahiran | Peter Ware Higgs 29 Mei 1929 Newcastle upon Tyne, England, UK |
Meninggal dunia | 8 April 2024 94) | (umur
Warganegara | British[1] |
Pusat pendidikan | King's College London (BSc, MSc, PhD) |
Terkenal kerana | Boson Higgs Medan Higgs Mekanisme Higgs Pemecahan simetri |
Pasangan | Jody Williamson (k. 1963) |
Anak-anak | 2 |
Anugerah |
|
Kerjaya saintifik | |
Bidang | Fizik teoris |
Institusi | University of Edinburgh Imperial College London University College London King's College London |
Tesis | Some problems in the theory of molecular vibrations (1955) |
Penasihat kedoktoran | Charles Coulson[2][3] Christopher Longuet-Higgins[2][4] |
Pelajar kedoktoran |
|
Laman web rasmi | www |
Tandatangan | |
Beliau dikenali di mana beliau memenangi Hadiah Nobel dalam Fizik 2013 bersama François Englert[7] atas penemuan boson Higgs, lagi-lagi dengan saranan Stephen Hawking.[8][9]
Peter Higgs lahir di Elswick, Newcastle upon Tyne, England[10][11][12][13][14] kepada Thomas Ware Higgs (1898–1962), seorang jurutera bunyi dalam BBC, dan isterinya Gertrude Maude née Coghill (1895–1969), seorang surirumah.
Ketika Peter berusia 17 tahun pada 1946, beliau berpindah ke City of London School di mana beliau mengkhusus dalam bidang matematik. Beliau meneruskan pengajiannya dalam bidang fizik ke King's College London pada tahun 1947 sehingga dia mendapat kelulusan tinggi pada tahun 1950 serta mendapat ijazah sarjana di tempat yang sama pada tahun 1952. Beliau menjalankan kajian kedoktorannya dalam bidang fizik molekuln di bawah pengawasan Charles Coulson dan Christopher Longuet-Higgins, dua orang pakar kimia teori yang terunggul di sana.[2] Beliau diberikan ijazah PhD pada tahun 1954 berikutan tulisan tesisnya mengenai getaran molekul (Tajuk: Some problems in the theory of molecular vibrations - "beberapa permasalahan dalam teori getaran molekul").[2][10][15]
Beliau dilantik sebagai seorang Felo Pengkaji (Research Fellow) di University of Edinburgh (1954–56) sebelum berpindah-randah menjawat beberapa kerusi dalam Imperial College London dan University College London (sebagai seorang pensyarah Matematik sementara).Beliau kembali ke Universiti Edinburgh tahun 1960 sebagai seorang pensyarah dalam Tait Institute of Mathematical Physics.[16][17]
Beliau pernah menganggotai Greenpeace sehingga ia menyatakan bantahan terhadap organisma terubah suai genetik pada 2014.[18]
Beliau meninggal dunia sakit tua di Edinburgh pada tanggal 8 April 2024 berusia 94 tahun.[19][20]
Ketika Higgs membuat kajian di Edinburgh, beliau tertarik kepada konsep pemerolehan jisim hasil interaksi zarah dengan suatu medan teoretikal (kini dikenali sebagai medan Higgs).[13][21] Suatu mekanisme turut difikirkan di mana kuark dan lepton juga diterapkan jisim pada masa yang sama,[22] namun ia menghasilkan sebilangan kecil jisim proton dan neutron manakala selebihnya terdiri daripada gluon sebagai suatu pengikat jisim zarah-zarah ini. Penemuan ini didasarkan kepada bahan penyelidikan Yoichiro Nambu dari Universiti Chicago yang mengusulkan suatu teori pemecahan simetri spontan (spontaneous symmetry breaking) seperti yang diperhatikan Yoichiro dalam kesuperkonduksian bahan yang menyejat.[5]
Beliau mendapat ijazah kehormatan daripada universiti-universiti berikut:[23]
Beliau juga mendapat anugerah Hadiah Wolf dalam Fizik pada tahun 2004 bersama François Englert dan Robert Brout namun enggan menghadiri majlis penganugerahan tersebut yang diacarakan di Baitulmaqdis oleh Presiden Israel Moshe Katsav sebagai membantah kekerasan rejim Israel terhadap Palestin.[24]
Seamless Wikipedia browsing. On steroids.
Every time you click a link to Wikipedia, Wiktionary or Wikiquote in your browser's search results, it will show the modern Wikiwand interface.
Wikiwand extension is a five stars, simple, with minimum permission required to keep your browsing private, safe and transparent.