Perjanjian Amiens adalah salah satu perjanjian damai yang ditandatangani di Amiens, Perancis pada tanggal 27 Mac 1802 antara pihak Perancis dan British, yang buat sementara waktu mengakhiri ketegangan antara kedua belah pihak. Dalam perjanjian tersebut, Perancis diwakili oleh Joseph Bonaparte, manakala pihak British diwakili oleh Charles Cornwallis, Marquess Cornwallis yang Pertama.
Perjanjian itu, selain mengesahkan "kedamaian, persahabatan, dan persefahaman yang baik," meminta perkara berikut:
Mengembalikan semula tahanan dan tebusan.
Britain untuk mengembalikan koloni Tanjung Harapan atau Cape Colony di Afrika Selatan kepada pihak Belanda iaitu Republik Batavia.
Britain untuk mengembalikan sebahagian besar Guyana Belanda yang ditawan kepada Republik Batavia.
Britain untuk menarik keluar pasukannya dari Mesir.
Sepanyol bersetuju dengan pentadbiran British di Trinidad[1]