From Wikipedia, the free encyclopedia
Templat:Great Trek
Perjalanan Dura Besar (Afrikaans: Die Groot Trek ; Belanda: De Grote Trek ) merupakan suatu migrasi atau penghijrahan besar-besaran penutur bahasa Belanda berkereta lembu dari Cape Colony ke arah timur menuju pedalaman Afrika dari tahun 1836[1] berikutan hubungan tegang antara kaum Boer dengan pihak British[2] serta kecenderungan mengasingkan diri daripada kesibukan bandar Cape Town yang semakin membangun pesat.[3] Mereka yang terlibat dalam "perjalanan" ini bergelar voortrekker ([for.trék.kĕr]).
Migrasi besar-besaran ini membawa kepada penubuh beberapa republik Boer yang berautonomi termasuk Republik Transvaal, Negara Bebas Oranye dan Republik Natalia.[4] Ia juga merupakan antara faktor penyebab keruntuhan Kerajaan Zulu.[3]
Kerajaan Tanjung British sangat tidak menyenangi pemilikan hamba oleh orang Boer yang dianggap menindas penduduk asal kawasan tersebut.[4] Tambahan lagi, kerajaan tersebut menggesa jajahan Tanjung tersebut menampung perbelanjaan sendiri melalui suatu bentuk percukaian yang tidak difahami orang boer dan Belanda di Cape Town.[3]
Langkah Britain mahu menghapuskan perhambaan di seluruh jajahannya pada 1834 memburukkan keadaan bagi pihak Boer[2][3] yang sangat bergantung kepada tenaga kerja mereka untuk perusahaan bijirin dan wain mereka.[5] Pampasan dapat dilakukan kepada kerajaan Tanjung namun ia terpaksa dilaksanakan di London yang menampung kos perjalanan sangat mahal untuk orang Boer sendiri.[3] Maka dengan itu, ada daripada kalangan mereka yang serik dengan masalah yang dihadapi ini mula menjual ladang-ladang mereka dan merantau jauh ke pedalaman Afrika yang asing untuk mengelakkan diri serta hidup bebas dari campur tangan British.[3]
Pada Ogos 1836, suatu kelompok penjaga Ndebele (Matabele) menyerang sebuah keluarga bernama akhir Liebenberg dari kelompok Hendrik Potgieter dalam percubaan mereka merompak lembu keluarga tersebut; sebanyak enam lelaki, dua wanita dan enam anak-anak terbunuh dalam samunan itu. Pada 20 Oktober tahun sama, kelompok Potgieterdiserang 4,600 orang pahlawan Ndebele di Pertempuran Vegkop, sebanyak 35 orang perantau menepis serangan pahlawan tersebut dengan hanya dua orang sahaja yang terkorban serta hampir kesemua lembu milik mereka dirampas.
Pada Oktober 1837, Piet Retief berjumpa dengan Raja Dingane demi merunding suatu persetujuan memperoleh di suatu kawasan yang kini merangkumi Kwa-Zulu Natal. Baginda raja merasa sangat sangsi dan benci akan ketibaan orang Voortrekker yang dianggap mencerobohi Drakensberg, lalu mengarahkan orang-orangnya membunuh Retief serta puluhan orang pengikutnya.[6]:164
Perjalanan yang dihadapi golongan ini meratakan hierarki sedia ada dalam kalangan perantau sehingga mereka kembali bergantung kepada strukut patriakal dan reputasi ketenteraan masing-masing demi menjaga kuasa ke atas kelompok-kelompok mereka. Keadaan tersebut banyak mengesan pada budaya dan masyarakat orang Afrikaner.[6]:163 Peristiwa ini terutamanya dpergunakan golongan nasionalis dari bangsa tersebut sebagai suatu simbol asas mengalakkan suatu idea bangsa Afrikaner, terutamanya dalam kalangan pihak Parti Kebangsaan Afrika Selatan.
Seamless Wikipedia browsing. On steroids.
Every time you click a link to Wikipedia, Wiktionary or Wikiquote in your browser's search results, it will show the modern Wikiwand interface.
Wikiwand extension is a five stars, simple, with minimum permission required to keep your browsing private, safe and transparent.