Remove ads
From Wikipedia, the free encyclopedia
Perang Habsburg-Uthmaniyah merujuk pada siri-siri pertempuran yang bermula pada kurun ke-16 sehingga kurun ke-18 antara Empayar Uthmaniyah dengan Habsburg (kemudian Empayar Austria), yang disokong oleh Empayar Suci Rom, Kerajaan Beraja Hungary dan Habsburg Sepanyol. Medan peperangan banyak terjadi dalam kempen-kempen daratan di Hungary (termasuk Transylvania dan Vojvodina), Croatia dan Serbia Tengah.
Perang Habsburg-Uthmaniyyah | |||||||
---|---|---|---|---|---|---|---|
Sebahagian daripada Perang Uthmaniyah di Eropah | |||||||
Pertempuran Lepanto (1571) di sebuah lukisan oleh artis tidak diketahui pada akhir kurun ke-16 (Muzium Maritim Kebangsaan) | |||||||
| |||||||
Pihak yang terlibat | |||||||
Dinasti Habsburg: Empayar Suci Rom
Empayar Sepanyol
|
Empayar Uthmaniyah
|
Menjelang kurun ke-16, Uthmaniyah menjadi ancaman serius kepada kuasa-kuasa Eropah, apabila kapal-kapal Uthmaniyah menyapu bersih pegangan wilayah Venice di Laut Aegea dan Laut Ionia; manakala kapal-kapal privatir Barbar yang disokong oleh Uthmaniyah pula merampas pegangan Sepanyol di Maghreb. Pembaharuan Protestant, Persaingan Habsburg-Perancis dan pelbagai konflik saudara di Empayar Suci Rom mengalih perhatian pihak Kristian daripada konflik mereka dengan Uthmaniyah. Sementara itu, Uthmaniyahjuga terpaksa berhadapan dengan Empayar Safavid Parsi serta Kesultanan Mamluk Mesir, yang mana berjaya dikalahkan dan digabungkan ke dalam empayar Uthmaniyah.
Ferdinand I menyerang Hungary, sebuah negeri lemah ekoran konflik saudara, pada tahun 1527, dalam cubaan untuk menjatuhkan John Szapolyai dan meletakan kekuasaan beliau di sana. John tidak mampu untuk menghalang kempen Ferdinand dan menyaksikan penaklukan Buda dan beberapa penempatan utama lain di sepanjang Danube. Meskipun begitu, sultan Uthmaniyahlambat untuk bertindak balas dan hanya membantu negeri vassalnya apabila mengaturgerak 120,000 orang tentera pada 10 Mei 1529.[5] Cabang monarki Habsburg di Austria memerlukan kuasa ekonomi Hungary untuk berperang dengan Uthmaniyah. Semasa perang dengan Uthmaniyah, wilayah jajahan bekas kerajaan beraja Hungary mengecil sekitar 70%; meskipun kehilangan wilayah dan demografi, Hungary masih penting dari segi ekonomi berbanding Austria atau Kerajaan Beraja Bohemia pada akhir kurun ke-16.[6] Daripada kesemua wilayah jajahan beliau pada waktu itu, Kerajaan Beraja Hungary meruapakan sumber pendapatan terbesar bagi Ferdinand.[7]
Sementara itu, Empayar Uthmaniyahdengan pantas menghapuskan pesaing Kristian di laut. Pada kurun ke-14, Uthmaniyahhanya mempunyai saiz tentera laut yang kecil. Menjelang kurun ke-15, Uthmaniyahmemiliki beratus-ratus buah kapal dalam inventorinya; mereka mencabar Constantinople dan kuasa-kuasa laut seperti Republik Venice dan Genoa di Itali. Pada tahun 1480, Uthmaniyahgagal mengepung Pulau Rhodes, kubu kuat bagi Kesatria St. John. Apabila Uthmaniyahkembali pada tahun 1522, mereka berjaya menakluknya dan kuasa-kuasa Kristian hilang sebuah pangkalan laut yang penting.
Dalam satu tindak balas, Charles V mengetuai satu pasukan besar Liga Suci yang terdiri daripada 60,000 askar di kota Tunis, Uthmaniyah. Selepas armada Hayreddin Barbarossa dikalahkan oleh armada Genoa, pasukan tentera darat Charles membunuh seramai 30,000 orang penduduk kota.[8] Selepas itu, Sepanyol mengangkat seorang pemimpin Muslim menaiki kuasa sebagai boneka. Kempen ini bukan merupakan sebuah kejayaan; ramai tentera Liga Suci dijangkiti wabak, satu kebiasaan bagi sebuah pasukan seberang laut yang besar. Tambahan pula, kebanyakan armada Barbarossa tidak hadir di Afrika Utara dan pihak Uthmaniyahmendapat kemenangan menentang LIga Suci dalam Pertempuran Preveza pada tahun 1538.
Meskipun kehilangan Rhodes, Cyprus; sebuah pulau yang lebih jauh daripada Eropah berbanding Rhodes, kekal di bawah kekuasaan Venice. Apabila Kesatria St. John berpindah ke Malta, Uthmaniyahmenyedari bahawa kemenangan mereka di Rhodes hanya memindahkan masalah; kapal-kapal Uthamniyyah kerap diserang oleh Kesatria, sebagai sebahagian cubaan mereka untuk menghalang perluasan kuasa Uthmaniyahke arah Barat. Sebagai tindak balas, kapal-kapal Uthmaniyahmenyerang banyak bahagian di selatan Eropah dan sekitar Itali, berusaha bersama-sama Perancis untuk meluaskan perang dengan menentang Habsburg (lihat Perang Itali). Keadaan ini akhirnya tiba ke penghujung apabila Suleiman, pemenang di Rhodes pada tahun 1522 dan di Djerba memutuskan pada tahun 1565 untuk memusnahkan pangkalan Kesatria di Malta. Kehadiran armada Uthmaniyahsangat dekat dengan negeri-negeri Paus memberi israyat kepada Sepanyol, yang mula mengumpulkan sebuah pasukan ekspedisi kecil (yang mana tiba semasa pengepungan) dan kemudian sebuah armada yang lebih besar untuk membantu Malta. Kubu berbentuk ultra-moden di St Elmo berjaya ditawan dengan korban yang tinggi termasuk nyawa jeneral UthmaniyahTurgut Reis, dan keseluruhan pulau adalah sangat tinggi. Meskipun begitu, pelanunan Barbar masih berterusan dan kemenangan di Malta tidak memberi kesan kepada kekuatan Uthmaniyahdi Mediterranean.
Kematian Suleiman al-Qanuni pada tahun 1566 menyaksikan Selim II menaiki takhta. Beliau mengerahkan satu ekspedidi besar bagi mengambil alih Cyprus daripada Venice, sebuah pulau terdekat dengan kawasan Timur Tengah yang dikawal oleh Uthmaniyahberbanding Venice. Pilihan ketenteraan lain yang ditolak oleh Selim adalah membantu pemberontak Moor yang telah dimulakan oleh takhta Sepanyol untuk menghalau keluar penduduk Moor daripada Semenanjung Iberia. Sekiranya Selim berjaya mendarat di Semenanjung Iberia, beliau mungkin dipintas, oleh itu beliau menakluk Cyprus pada tahun 1571 selepas mengalami kekalahan dalam pertempuran laut di Lepanto. Liga Suci, yang diusahakan oleh Paus untuk mempertahankan Cyprus tiba terlalu lambat untuk menyelamatkannya (meskipun 11 bulan menerima tentangan di Famagusta) tetapi berjaya mengumpulkan kekuatan ketenteraan pihak Eropah yang banyak, yang diharap dapat menentang Uthmaniyah, yang mana memiliki peluru dan perisai yang lebih baik. Peluang untuk mengambil balik Cyprus dibazirkan ekoran perselisihan biasa selepas kemenangan, menyebabkan pihak Venice menandatangani satu perjanjian dengan Uthmaniyahpada tahun 1573, berdasarkan terma-terma yang diberi oleh Uthmaniyah.
Pada tahun 1683, selepas 15 bulan mengerakkan tentera, Wazir Besar tiba di Vienna dan mendapati benteng kota dipertahanankan dan disediakan dengan baik. Wazir juga mendapati terdapat banyak perikatan yang dibuat pihak Austria, termasuk dengan Jan Sobieski, Raja Poland. Apabila Vienna mula dikepung pada tahun 1683, Sobieski dan pasukan gabungan Jerman dan Poland tiba semasa pertahanan Vienna mula goyah. Dalam sebuah pertempuran muktamad, Uthmaniyahdikalahkan dan kepungan dibatalkan.
Hubungan antara Austria dan Uthmaniyahmula bertambah baik apabila mereka menghadapi ancaman serupa dari Rusia dan sekutu yang sama iaitu Jerman bagi bertindak balas di atas ancaman daripada Tsar. Uthmaniyahberharap agar Jerman mengindustrikan negara mereka untuk mempertahankan diri menentang Rusia, yang mana telah melancarkan "Perang Salib menentang Turki" kepada satu tahap menghalau keluar Turki daripada wilayah Crimea dan Caucasus. Sementara itu, Empayar Prusia Jerman merayu kepada Austria di sebabkan berkongsi budaya dan bahasa yang serupa serta terma-terma yang lebih longgar selepas Perang Austria-Prusia. Austria tidak lama kemudian dapat melihat kemaraan Rusia ke arah sempadan mereka. Maka, pada tahun-tahun sebelumnya Perang Dunia I, dua buah musuh ini mendapati mereka menjadi sekutu menentang Perancis, Rusia dan Britain. Pada tahun 1918, Empayar Austria-Hungary menyerah diri kepada pemisahan seperti tertakluk di bawah Perjanjian Saint-Germain, sepertimana juga pihak Uthmaniyahdi bawah Perjanjian Sèvres.
Seamless Wikipedia browsing. On steroids.
Every time you click a link to Wikipedia, Wiktionary or Wikiquote in your browser's search results, it will show the modern Wikiwand interface.
Wikiwand extension is a five stars, simple, with minimum permission required to keep your browsing private, safe and transparent.