From Wikipedia, the free encyclopedia
Selim II Sarkhosh (Turki Uthmaniyah: سليم ثانى, Selīm-i sānī, Turki: II.Selim) (Manisa atau Istanbul, 28 Mei 1524 – Istana Topkapi, Istanbul,[1] 12 Disember/15 Disember 1574) adalah Sultan Empayar Uthmaniyah dari tahun 1566 sehinggalah kematian beliau pada tahun 1574. Baginda adalah putera kepada Sultan Sulaiman al-Qanuni dan isterinya yang kedua dan paling disukai iaitu Roxelana atau Hurrem Sultan yang berbangsa Ruthenia dari Rohathyn, Ukraine.
Selim II سليم ثانى | |||||
---|---|---|---|---|---|
Sultan Empayar Uthmaniyyah Penjaga Dua Kota Suci Khalifah Islam | |||||
Sultan Uthmaniyyah (Emperor) ke-11 | |||||
Pemerintahan | 7 September 1566 – 15 Disember 1574 | ||||
Sword girding | 8 September 1566 | ||||
Didahului oleh | Suleiman I | ||||
Diikuti oleh | Murad III | ||||
Keputeraan | 28 Mei 1524 Istanbul, Empayar Uthmaniyyah | ||||
Kemangkatan | 12/15 Disember 1574 50) Istanbul, Empayar Uthmaniyyah | (umur||||
Pemakaman | Masjid Hagia Sophia, Istanbul | ||||
Permaisuri | Nurbanu Sultan | ||||
Anakanda | Murad III Şehzade Abdullah Şehzade Osman Şehzade Mustafa Şehzade Süleyman Şehzade Mehmed Şehzade Cihangir Ismihan Sultan Şah Sultan Fatma Sultan Gevherhan Sultan | ||||
| |||||
Dinasti | Uthmaniyyah | ||||
Ayahanda | Suleiman I | ||||
Bonda | Hürrem Sultan | ||||
Tughra |
Pada tahun 1545 di Konya, beliau berkahwin dengan Afife Nurbanu Sultan, asalnya bernama Cecilia Venier-Baffo seorang gadis harem berbangsa Greek-Venetian berasal dari Kepulauan Paros, Republik Venice(sekarang Greece). Nurbanu berketurunan bangsawan merupakan puteri kandung kepada Gabenor Paros iaitu Nicolo Venier-Baffo dan isterinya Violanta Baffo serta merupakan bonda dan Valide Sultan kepada Murad III. Selim II telah membayar 110,000 ducats kepada Nurbanu Sultan, jumlah ini mengatasi semasa ayahandanya Sultan Suleyman Agung yang membayar 100,000 ducats semasa menikahi bondanya Haseki Agung Hurrem Sultan.
Setelah menaiki takhta kerajaan menggantikan ayahandanya Sulaiman al-Qanuni pada 7 September 1566, Selim II menjadi sultan pertama yang mengurangkan aktiviti ketenteraan dan berhasrat untuk menyerahkan kuasanya kepada para menteri. [2]. Selim II mungkin adalah satu-satunya Sultan Uthmaniyyah yang tidak pernah terlibat atau menyertai mana-mana pertempuran baik perperangan kecil mahupun besar. Perdana Menterinya Sokollu Mehmed Pasha yang berbangsa Serbia, telah mengawal banyak wilayah dan dua tahun selepas Selim II ditabalkan sebagai sultan, berjaya di dalam perjanjian di Constantinople, pengiktirafan (17 Februari 1568) dengan Hasburg (Maharaja Suci Rom) Maximilian II, di mana Maharaja bersetuju untuk membayar hutang dua kali sebanyak 30 000 ducats, dan menerima kekuasaan kerajaan Uthmaniyah di Moldavia dan Wallachia.
Baginda adalah seorang yang baik hati dan lembut dalam tutur kata, tampan, bermata hazel, dan mewarisi rambut perang kemerah-merahan melalui bondanya Haseki Hurrem Sultan yang berbangsa Ukraine dari Ruthenia. Selim II dikenang mempunyai sifat belas kasihan yang tinggi apabila Baginda memulihkan status ibu tirinya Mahidevran Hatun, yang diasingkan di Bursa selepas pembunuhan Sehzade Mustafa(Putera Sulung Suleyman I), kehidupan Mahidevran bertambah melarat kerana tidak mampu membayar gaji pekerjanya sehinggakan ada para pekerjanya terpaksa mencuri barangan keperluan di pasar-pasar di sekitar Bursa, Selim II telah membayar penuh dan memberikan sebuah istana yang selesa untuk Mahidevran serta memberinya sejumlah gaji yang mewah, pemulihan status ini dilakukan selepas tahun 1558 iaitu tahun dimana bonda Selim II, Hurrem Sultan meninggal dunia.
Seamless Wikipedia browsing. On steroids.
Every time you click a link to Wikipedia, Wiktionary or Wikiquote in your browser's search results, it will show the modern Wikiwand interface.
Wikiwand extension is a five stars, simple, with minimum permission required to keep your browsing private, safe and transparent.