From Wikipedia, the free encyclopedia
Perancis Seberang Laut atau Perancis Luar Negeri (Perancis: France d'outre-mer atau les Outre-mer) ialah wilayah-wilayah Perancis yang terletak di luar benua Eropah (atau di luar Perancis Metropolitan). Wilayah tersebut mempunyai status perundangan dan tahap autonomi yang berbeza, walaupun kesemua (kecuali yang tidak mempunyai penghuni tetap) wilayah tersebut mempunyai wakil di kedua-dua Perhimpunan Kebangsaan dan Senat. Rakyat di wilayah tersebut mempunyai kerakyatan Perancis, mengundi untuk Presiden Perancis dan juga untuk Parlimen Eropah (rakyat Perancis yang tinggal di luar negara mengundi di kawasan undi seberang laut).
Perancis Seberang Laut ڤرنچيس سبرڠ لاوت | |
---|---|
penempatan | Nouméa (New Caledonia), Papeete (Polinesia Perancis) |
Bahasa | Perancis, Kreol Antilles, Kreol Guiana, Kreol Reunion, Shimaore, Tahiti, Marquesas, 'Uvean, Futuna, Drehu, Nengone, Paicî, Ajië, Xârâcùù, dan 35 bahasa asli lain di New Caledonia |
Wilayah | |
Pemimpin | |
• Presiden | Emmanuel Macron |
• Menteri Seberang Laut | Annick Girardin |
Keluasan | |
• Jumlah | 551,394 km2 (212,894 bt2) |
Penduduk | |
• Perkiraan | 2,735,000 (2017) |
Mata wang | Euro Franc CFP |
Format tarikh | hh/bb/tttt (AD) |
Kesemua wilayah ini merupakan peninggalan daripada empayar jajahan Perancis (abad ke-16 hingga ke-18 dan abad ke-19 hingga ke-20) yang tersebar di serata lautan-lautan Atlantik, Pasifik dan Hindi, serta juga Guiana Perancis di benua Amerika Selatan dan beberapa gugusan pulau di kawasan Antartik serta tuntutan di benua Antartika.
Wilayah-wilayah ini merangkumi 17.9% daripada luas keseluruhan Perancis dengan keluasan tanah sebanyak 120,369 kilometer persegi (552,528 km2 jika termasuk Tanah Adélie) dan 4% daripada populasinya jika mengikut jumlah penduduk melebihi 2.7 juta orang pada tahun 2013. Bagi Tanah Adélie yang merupakan sebahagian daripada Tanah Selatan dan Antartika Perancis pula, kedaulatan Perancis dilaksanakan dalam konteks mengikut Sistem Perjanjian Antartika yang ditandatangani di Washington, D.C. pada 1959 di mana segala tuntutan wilayah "dibekukan".
Nama | Kod INSEE | Status | Ibu wilayah | Luas (km²) | Jumlah penduduk | Lokasi | Zon waktu[lower-alpha 1] | Status dalam Eropah |
---|---|---|---|---|---|---|---|---|
Guadeloupe |
971 | Jabatan dan kawasan seberang laut | Basse-Terre | 1,628[1] | 390,704 (Jan. 2018)[2] |
Antilles | UTC-4 | Kawasan terluar |
Martinique |
972 | Jabatan dan kawasan seberang laut | Fort-de-France | 1,128[1] | 371,246 (Jan. 2018)[2] |
Antilles | UTC-4 | Kawasan terluar |
Guiana |
973 | Jabatan dan kawasan seberang laut | Cayenne | 83,534[1] | 281,612 (Jan. 2018)[3] |
Amerika Selatan | UTC-3 | Kawasan terluar |
Réunion |
974 | Jabatan dan kawasan seberang laut | Saint-Denis | 2,504[1] | 865,826 (Jan. 2018)[2] |
Afrika (Lautan Hindi) | UTC+4 | Kawasan terluar |
Mayotte |
976 | Jabatan dan kawasan seberang laut | Mamoudzou | 374[4] | 259,154 (Jan. 2018)[2] |
Afrika (Selat Mozambique) | UTC+3 | Kawasan terluar |
Saint-Pierre dan Miquelon |
975 | Kolektiviti seberang laut | Saint-Pierre | 242[4] | 6,021 (Jan. 2015)[5] |
Tenggara Kanada (berdekatan pulau Newfoundland) | UTC-3 | Negara dan wilayah luar negeri |
Saint-Barthélemy |
977 | Kolektiviti seberang laut | Gustavia | 25[6] | 9,625 (Jan. 2015)[5] |
Antilles | UTC-4 | Negara dan wilayah luar negeri |
Saint-Martin |
978 | Kolektiviti seberang laut | Marigot | 53[7] | 35,684 (Jan. 2015)[5] |
Antilles | UTC-4 | Kawasan terluar |
Wallis dan Futuna |
986 | Kolektiviti seberang laut | Mata-Utu | 142[4] | 12,197 (Jul. 2013)[8] |
Lautan Pasifik Selatan | UTC+12 | Negara dan wilayah luar negeri |
Polinesia Perancis |
987 | Kolektiviti seberang laut | Papeete | 3,521[4] | 275,918 (Ogos 2017)[9] |
Lautan Pasifik Selatan | UTC-10, -9:30, -9 | Negara dan wilayah luar negeri |
New Caledonia |
988 | Kolektiviti sui generis | Nouméa | 18,575.5[10] | 278,500 (Jan. 2017)[11] |
Lautan Pasifik Selatan | UTC+11 | Negara dan wilayah luar negeri |
Tanah Selatan dan Antartika Perancis |
984 | Wilayah seberang laut (penempatan tidak kekal) | Administré depuis Saint-Pierre | 439,672 | 196 | Lautan Hindi, Antartika | UTC+3, +4, +5, +10 | Negara dan wilayah luar negeri |
Pulau Clipperton |
989 | Ditadbir secara terus oleh pihak pemerintah | 2[12] | 0 | Amerika Tengah (barat Mexico) | UTC-8 | Wilayah khas |
Seamless Wikipedia browsing. On steroids.
Every time you click a link to Wikipedia, Wiktionary or Wikiquote in your browser's search results, it will show the modern Wikiwand interface.
Wikiwand extension is a five stars, simple, with minimum permission required to keep your browsing private, safe and transparent.