Perak (logam)

From Wikipedia, the free encyclopedia

Perak (logam)

Perak (Jawi: ڤيرق) atau argentum (Kim.,[1] Jawi: ارݢينتوم) ialah sejenis logam kimia keunsuran yang mempunyai simbol Ag dan nombor atom 47. Perak berwarna putih berkilau dan adalah sejenis logam peralihan.

Maklumat lanjut Am, Sifat keatoman ...
47 paladiumperakkadmium
Cu

Ag

Au

Thumb

Jadual berkala piawai - Jadual berkala terlanjut
Am
Nama, simbol, nombor perak, Ag, 47
Siri kimialogam peralihan
Kumpulan, kala, blok 11, 5, d
Rupaputih berkilau
Thumb
Jisim atom piawai107.8682(2)g·mol−1
Tatarajah elektron[Kr] 4d10 5s1
Elektron pada setiap petala2, 8, 18, 18, 1
Warnaperak
Fasapepejal
Ketumpatan (pada suhu bilik)10.49 g·cm−3
Ketumpatan cecair pada takat lebur9.320 g·cm−3
Takat lebur1234.93 K
(961.78 °C, 1763.2 °F)
Takat didih2435 K
(2162 °C, 3924 °F)
Haba lakuran11.28 kJ·mol−1
Haba pengewapan250.58 kJ·mol−1
Muatan haba tentu(25 °C) 25.350 J·mol−1·K−1
Tekanan wap
P/Pa1101001 k10 k100 k
pada T/K128314231575178220552433
Sifat keatoman
Keadaan pengoksidaan1, 2, 3
(Oksida amfoterik)
Keelektronegatifan1.93 (skala Pauling)
Jejari atom160 pm
Jejari atom terhitung165 pm
Jejari kovalen153 pm
Jejari Van der Waals172 pm
Lain-lain
Sifat magnetdiamagnet
Kerintangan elektrik(20 °C) 15.87 nΩ·m
Keberkonduktan haba(300 K) 429 W·m−1·K−1
Kebauran terma(300 K) 174 mm²/s
Pengembangan terma(25 °C) 18.9 µm·m−1·K−1
Kelajuan bunyi (rod halus)(suhu bilik) 2680 m·s−1
Modulus Young83 GPa
Modulus ricih30 GPa
Nisbah Poisson0.37
Skala Vickers251 MPa
Kekerasan Brinell24.5 MPa
Nombor CAS7440-22-4
Isotop-isotop terpilih
Rencana utama: Isotop perak
iso NA separuh hayat DM DE (MeV) DP
105Ag syn 41.2 h ε - 105Pd
γ 0.344, 0.280,
0.644, 0.443
-
106mAg syn 8.28 h ε - 106Pd
γ 0.511, 0.717,
1.045, 0.450
-
107Ag 51.839% Ag stabil dengan 60 neutron
108mAg syn 418 thn ε - 108Pd
IT 0.109 108Ag
γ 0.433, 0.614,
0.722
-
109Ag 48.161% Ag stabil dengan 62 neutron
111Ag syn 7.45 h β- 1.036, 0.694 111Cd
γ 0.342 -
Rujukan
Tutup

Kekonduksian (keberaliran) elektrik logam perak adalah yang paling tinggi bagi kesemua unsur manakala kekonduksian haba logam perak adalah yang paling tinggi bagi logam-logam. Perak wujud dalam semula jadi dalam bentuk tulen (perak asli), namun boleh juga diperolehi dalam bentuk aloi dengan emas (elektrum) atau dalam banyak jenis mineral (sebagai contoh argentit dan klorargirit). Logam perak kebanyakannya diperoleh daripada hasil sampingan perlombongan tembaga, emas, plumbum dan zink.

Logam ini telah diketahui semenjak zaman dahulu kala lagi dan memang telah lama dianggap sebagai logam berharga. Perak digunakan untuk menghasilkan bahan perhiasan, barang kemas, peralatan dan perkakas dapur yang bernilai tinggi dan duit syiling. Pada masa kini, logam perak digunakan untuk menghasilkan konduktor (pengalir) elektrik dan penyambung elektrik. Logam ini juga digunakan dalam pembuatan cermin dan dalam pemangkinan tindak balas kimia. Sebatian perak pula digunakan dalam filem fotografi. Larutan cair argentum nitrat dan sebatian-sebatian perak yang lain digunakan untuk menghasilkan bahan nyakjangkit. Walaupun penggunaan antimikrob ini telah kebanyakannya digantikan oleh penggunaan antibiotik, kajian lanjut masih dilaksanakan untuk mengkaji potensinya dalam bidang klinikal.

Peristilahan

Perkataan perak merupakan istilah umum seakar Austronesia dengan ꦥꦺꦫꦏ꧀ pérak dalam bahasa Jawa, ᜉᜒᜎ pílak dalam bahasa Tagalog, pirak dalam bahasa Iban dan firaka dalam bahasa Malagasi (bermaksud "timah").[2] Waruno Mahdi mengusulkan semua perkataan ini berakar daripada serapan suatu bahasa Austroasia (lihat Khmer: ប្រាក់, rumi: prak) melalui pengaruh kerajaan Funan yang mengawal perdagangan serantau termasuk politi-politi Melayu seterusnya menggiatkan bahan ini sebagai mata wang bermula pada abad-abad ketiga dan keempat Masihi.[3]:185-188

Argentum adalah istilah lebih khusus digunakan dalam bidang kimia[1] meminjam bahasa Latin turunan akar Proto-Indo-Eropah *h₂erǵ- bermaksud "putih".[4]

Sifat kimia

Perak mempunyai sifat mudah mulur seperti emas namun agak kurang kemuluran dari unsur disebutkan. Ia mempunyai kilauan warna yang keputihan setelah digilap tinggi.[5]

Perak yang wujud semulajadi mempunyai dua jenis isotop stabil, 107Ag yang paling banyak dijumpai (sebanyak 51.839%) dan 109Ag. Berat atom unsur ini ditimbang sebanyak 107.8682(2) u atau g/mol;[6][7] isotop-isotop ini mempunyai jisim atom relatif berkisar antara 93,943 (94Ag) hingga 126,936 (127Ag).[7] Terdapat 20 jenis radioisotop yang dapat dikenalpasti: 105Ag yang paling stabil dengan tempoh separuh hayat 41.29 hari diikuti 111Ag (7.45 hari) dan 112Ag (3.13 jam).

Unsur ini mempunyai tahap kealiran haba antara yang paling tinggi.[8]

Tindak balas

Logam perak mudah larut dalam asid nitrik (HNO3) menghasilkan argentum nitrat (AgNO3)

Argentum oksida (Ag2O) dihasilkan dari pelaruta nitrat ini dengan larutan bes, ia dimanfaatkan sebagai elektrod positif (atau anod) dalam bateri-bateri tertentu.

Hubungan dengan manusia

Pemakaian perak merupakan amalan digalakkan dalam kalangan lelaki Muslim[9] mengikuti sunnah Nabi Muhammad yang mempunyai sebentuk cincin perak sepertimana hadis yang diriwayatkan Abu Daud.[10][11][12]

Kegunaan lain

Rujukan

Bibliografi

Pautan luar

Loading related searches...

Wikiwand - on

Seamless Wikipedia browsing. On steroids.