Remove ads
From Wikipedia, the free encyclopedia
Dalam jadual berkala unsur kimia, kala merupakan garis melintang dalam jadual tersebut.
Unsur dipaparkan dalam seseiri baris supaya mengikut ciri yang serupa: ini memaparkan keadaan kalaan bagi ciri yang serupa apabila berat atom semakin bertambah.
Mekanik kuantum moden menerangkan corak kala ini dari segi cangkerang elektron. Semakin bertambah nombor atom, cangkerang elektron semakin bertambah mengikut turutan. Pengisian bagi setiap cangkerang bergantung kepada baris dalam jadual. BErikut adalah cara pengisian mengikut tatarajah konfigurasi elektron.
1s 2s 2p 3s 3p 4s 3d 4p 5s 4d 5p 6s 4f 5d 6p 7s 5f 6d 7p 6f 7d 7f ...
Itulah struktur jadual berkala. Memandangkan elektron valens menentukan ciri kimia, ia cenderung untuk serupa dengan kumpulan jadual berkala.
Unsur yang bersebelahan dalam kumpulan yang sama mempunyai ciri fizikal yangs serupa walaupun terdapat perbezaan ketara pada jisim. Dalam blok d bagi jadual berkala, corak perkalaan merentangi kala menjadi ketara dan unsur blok f memaparkan darjah keserupaan yang tinggi dalam barisnya (terutama lantanida).
Seamless Wikipedia browsing. On steroids.
Every time you click a link to Wikipedia, Wiktionary or Wikiquote in your browser's search results, it will show the modern Wikiwand interface.
Wikiwand extension is a five stars, simple, with minimum permission required to keep your browsing private, safe and transparent.