Pencerobohan Bersekutu ke atas Jerman telah diselaraskan oleh Pihak Bersekutu Barat pada bulan-bulan terakhir permusuhan di kancah Eropah Perang Dunia II. Sebagai persediaan untuk pencerobohan pihak Sekutu terhadap Jerman, beberapa siri operasi ofensif telah dirancang untuk menawan dan merampas tebing timur dan barat Sungai Rhine: Operasi Veritable dan Operasi Grenade pada Februari 1945, dan Operasi Lumberjack dan Operasi Undertone pada Mac 1945. Penyerbuan Bersekutu ke atas Jerman bermula dengan pihak Sekutu Barat menyeberangi Sungai Rhine pada 22 Mac 1945 sebelum merebak keluar dan menawan semua barat Jerman daripada Baltik di utara hingga ke genting Alpine di selatan, dimana mereka berhubung dengan askar-askar Tentera Darat Ke-5 AS di Itali.[15][16] Digabungkan dengan penawanan Berchtesgaden, sebarang harapan pemimpin Nazi meneruskan perang dari apa yang dipanggil Benteng Negara atau melarikan diri melalui banjaran Alps telah disekat, tidak lama kemudian diikuti oleh penyerahan kalah tanpa syarat Jerman pada 8 Mei 1945. Ini dikenali sebagai "kempen Eropah Tengah" dalam sejarah ketenteraan Amerika Syarikat .

Fakta Segera Penyerbuan ke atas Jerman, Tarikh ...
Penyerbuan ke atas Jerman
Sebahagian daripada Barisan Barat dalam Perang Dunia II
Thumb
Askar infantri Amerika dari Divisyen Ke-11 Armor AS disokong oleh sebuah kereta kebal M4 Sherman bergerak melalui lorong yang dipenuhi asap di Wernberg, Jerman, April 1945.
Tarikh22 Mac – 8 Mei 1945
Lokasi
Keputusan

Kemenangan Pihak Bersekutu

Pihak yang terlibat
 Amerika Syarikat
 United Kingdom
Perancis
 Kanada
Poland

 Jerman Nazi Menyerah diri


Hungary[1]
Komandan dan pemimpin
Amerika Syarikat Dwight Eisenhower
United Kingdom Bernard Montgomery
Amerika Syarikat Omar Bradley
Amerika Syarikat Jacob L. Devers
Perancis Jean de Lattre de Tassigny
Jerman Nazi Adolf Hitler
Jerman Nazi Albert Kesselring
Jerman Nazi Robert von Greim
Jerman Nazi Gerd von Rundstedt
Jerman Nazi Walter Model 
Jerman Nazi Paul Hausser
Jerman Nazi Johannes Blaskowitz
Unit terlibat

Amerika SyarikatUnited Kingdom Tentera Darat Pertama Airborne Bersekutu
Amerika Syarikat Kumpulan Tentera Darat Ke-12

United Kingdom Kumpulan Tentera Darat Ke-21

Amerika Syarikat Kumpulan Tentera Darat Ke-6

Jerman Nazi Kumpulan Tentera Darat B

Jerman Nazi Kumpulan Tentera Darat G

Jerman Nazi Kumpulan Tentera Darat H

Kekuatan
4,500,000
(91 Divisyen)[2][3]
17,000 kereta kebal[4]
28,000 pesawat tempur[5]
63,000 pucuk meriam[6]
970,000 kenderaan[5]
Permulaan:
1,000,000 [7][8]
500 kereta kebal/meriam serbuan beroperasi[9]
2,000 pesawat tempur beroperasi[10]
Kerugian dan korban
Amerika:
62,704 mangsa
(termasuk 15,009 terkorban)[11]
Kanada:
6,298 mangsa
(termasuk 1,482 terkorban)[12]
British:
tidak diketahui
Perancis:
tidak diketahui
Januari-Mei 1945:
265,000 hingga 400,000
(Untuk semua barisan perang)[13]
200,000 ditawan
(Januari-Mac)
4,400,000 menyerah diri
(April–Jun)[14]
Tutup

Menjelang awal tahun 1945, kebanyakan kempen menyebelahi tentera Bersekutu di Eropah. Di Barisan Barat pihak Bersekutu telah berperang di Jerman dengan kempen menentang Garis Siegfried semenjak Pertempuran Aachen dan Pertempuran Hutan Hurtgen pada akhir tahun 1944 dan menjelang Januari 1945 telah menolak tentera Jerman kembali ke titik permulaan mereka semasa Pertempuran Bulge. Kegagalan ofensif ini telah mengurangkan simpanan strategik Jerman, menyebabkannya tidak bersedia untuk melawan kempen Bersekutu yang terakhir di Eropah. Kekalahan tambahan di Rhineland semakin melemahkan Tentera Darat Jerman, meninggalkan saki-baki unit yang tenat untuk mempertahankan tebing timur sungai Rhine. Pada 7 Mac, pihak Bersekutu menawan jambatan terakhir yang menyeberangi sungai Rhine di Remagen, dan telah mendirikan sebuah pengkalan terdepan yang besar di tebing timur sungai itu. Semasa Operasi Lumberjack, Operasi Plunder dan Operasi Undertone pada Mac 1945, mangsa korban Jerman pada Februari–Mac 1945 dianggarkan berjumlah 400,000 orang, termasuk 280,000 orang ditangkap sebagai tawanan perang.[17]

Di Barisan Timur, Tentera Merah Soviet (termasuk Angkatan Tentera Poland di Timur dibawah perintah Soviet) secara serentak dengan Sekutu Barat, berjaya membebaskan kebanyakan Poland dan memulakan ofensif mereka ke dalam Timur Jerman pada Februari 1945, dan menjelang Mac berada dalam jarak yang dekat dengan Berlin. Kemaraan awal ke Romania, iaitu Penyerangan Jassy–Kishinev Pertama pada April dan Mei 1944 menemui kegagalan; Ofensif kedua pada Ogos berjaya. Tentera Merah juga memasuki kedalam Hungary (Penyerangan Budapest) dan timur Czechoslovakia dan buat sementara berhenti di garisan Oder-Neisse, yang kini merupakan sempadan Jerman moden. Kemaraan pantas di Perbatasan Timur memusnahkan lagi unit-unit tempur veteran Jerman dan dengan banyak membataskan keupayaan Führer Jerman Adolf Hitler untuk memperkuatkan pertahanan Rhine. Oleh itu, dengan Pihak Bersekutu Barat membuat persiapan akhir untuk ofensif terkuat mereka kedalam wilayah tengah Jerman, kemenangan adalah semakin hampir.

Nota kaki

Rujukan

Pautan luar

Wikiwand in your browser!

Seamless Wikipedia browsing. On steroids.

Every time you click a link to Wikipedia, Wiktionary or Wikiquote in your browser's search results, it will show the modern Wikiwand interface.

Wikiwand extension is a five stars, simple, with minimum permission required to keep your browsing private, safe and transparent.