Remove ads
Penyerahan Empayar Jepun pada penghujung Perang Dunia Ke-2 From Wikipedia, the free encyclopedia
Jepun menyerah kalah pada bulan Ogos 1945 menandakan berakhirnya Perang Dunia Kedua. Tentera Laut Imperial Jepun secara efektif sudah tidak wujud sejak Ogos 1945, sementara Serangan Sekutu terhadap Jepun hanya menunggu masa. Walaupun keinginan untuk melawan hingga titik penghabisan dinyatakan secara terbuka, pemimpin Jepun dari Majlis Penasihat Tertinggi Perang secara peribadi memohon Kesatuan Soviet untuk berperanan sebagai perantaraan dalam perjanjian damai dengan syarat-syarat yang menguntungkan Jepun. Sementara itu, Kesatuan Soviet juga bersiap-siap untuk menyerang Jepun dalam usaha memenuhi janji kepada Amerika Syarikat dan Ingeris dalam Persidangan Yalta.
Sebahagian kandungan di laman rencana ini menggunakan istilah atau struktur ayat yang terlalu menyebelahi gaya bahasa negara tertentu hasil penggunaan semula kandungan sumber tanpa pengubahsuaian. Anda diminta mengolah semula gaya bahasa rencana ini supaya penggunaan istilah di rencana ini seimbang, selaras serta mudah difahami secara umum dalam kalangan pengguna bahasa Melayu yang lain menggunakan laman Istilah MABBIM kelolaan Dewan Bahasa dan Pustaka. Silalah membantu. Kata nama khas dan petikan media tertentu (seperti daripada akhbar-akhbar atau dokumen rasmi) perlu dikekalkan untuk tujuan rujukan. Sumber perkamusan dari Dewan Bahasa dan Pustaka Malaysia juga disediakan. Anda boleh rujuk: Laman Perbincangannya • Dasar dan Garis Panduan Wikipedia • Manual Menyunting |
Pada 6 Ogos dan 9 Ogos, Amerika Syarikat menjatuhkan bom atom di Hiroshima dan Nagasaki. Pada 9 Ogos, Kesatuan Soviet melancarkan serbuan mendadak ke koloni Jepun di Manchuria (Manchukuo) yang melanggar Pakatan Berkecuali Soviet–Jepun. Maharaja Hirohito campur tangan setelah berlaku dua peristiwa mengejutkan tersebut, dan memerintahkan Dewan Penasihat Tentera untuk menerima syarat-syarat yang ditawarkan Pihak Berikat dalam Perisytiharan Potsdam. Setelah berlangsung perundingan di belakang tabir selama beberapa hari, dan cubaan rampasan kuasa yang gagal, Maharaja Hirohito menyampaikan titah radio di hadapan rakyat pada 15 Ogos 1945. Dalam titah radio yang disebut Gyokuon-hōsō (Siaran Suara Maharaja), Hirohito membacakan Perintah Empayar tentang Penyerahan kalah, sekaligus mengumumkan kepada rakyat baginda bahawa Jepun telah menyerah kalah.
Pendudukan Jepun oleh Pemerintah Tertinggi Kuasa Bersekutu bermula dari 28 Ogos. Upacara Penyerahan Kalah diadakan pada 2 September 1945 di atas kapal tempur Amerika Syarikat Missouri. Dokumen Penyerahan kalah Jepun yang ditandatangani hari itu oleh pejabat pemerintah Jepun secara rasmi mengakhiri Perang Dunia Kedua. Penduduk awam dan anggota tentera di negara-negara Bersekutu merayakan Hari Kemenangan ke atas Jepun (V-J Day). Walaupun demikian, sebahagian pos komando terpencil dan kakitangan tentera dari kawasan serata Asia menolak tawaran ini selama berbulan-bulan bahkan hingga bertahun-tahun setelah Jepun menyerah kalah. Sejak penyerahan kalah Jepun berlaku, sejarawan terus berhujah pendapat mengenai etika penggunaan bom atom untuk menghentikan peperangan tersebut.
Pada tahun 1945, Jepun telah hampir dua tahun berturut-turut mengalami kekalahan berkepanjangan di Pasifik Barat Daya, kempen Mariana, dan kempen Filipina. Pada Julai 1944 setelah Saipan jatuh, Jeneral Hideki Tōjō diangkat sebagai perdana menteri oleh Jeneral Kuniaki Koiso yang menyatakan Filipina sebagai tempat pertempuran berikutnya yang menentukan.[1] Setelah Filipina jatuh, giliran Koiso yang diganti oleh Laksamana Kantarō Suzuki. Paruh pertama tahun 1945, Sekutu sudah berhasil merebut Iwo Jima dan Okinawa. Setelah diduduki Sekutu, Okinawa dijadikan daerah singgahan untuk menyerbu ke pulau-pulau utama di Jepun.[2]
Operasi kapal-kapal selam Sekutu dan penyebaran ranjau di lepas pantai Jepun telah menghancurkan sebagian besar armada dagang Jepun. Sebagai negara dengan sedikit sumber daya alam, Jepun bergantung kepada bahan mentah yang diimpor dari daratan Asia dan dari wilayah pendudukan Jepun di Hindia Belanda, terutama minyak bumi.[3] Penghancuran armada dagang Jepun, ditambah dengan pengeboman strategis kawasan industri di Jepun telah meruntuhkan ekonomi perang Jepun. Produksi batu bara, besi, besi baja, karet, dan pasokan bahan mentah lainnya hanya dalam jumlah kecil dibandingkan pasokan sebelum perang.[4][5]
Akibat kebinasaan yang dialaminya, kekuatan Tentera Laut Imperial Jepun secara efektif hapus. Setelah serangkaian pengeboman Sekutu di galangan kapal Jepun di Kure, Prefektur Hiroshima, kapal-kapal perang Jepun yang berbaki enam kapal pengangkut pesawat, empat kapal penjajap, dan satu kapal tempur. Namun semuanya tidak mempunyai bahan api yang mencukupi. Walaupun masih ada 19 kapal pembinasa dan 38 kapal selam yang masih beroperasi, operasi mereka menjadi terbatas akibat kekurangan bahan bakar.[6][7]
Berhadapan dengan kemungkinan serbuan pihak Bersekutu ke pulau-pulau utama Jepun, bermula dari Kyushu, Jurnal Perang Markas Besar Imperial menyimpulkan,
Kami tidak dapat lagi memimpin perang dengan sedikit harapan untuk menang. Satu-satunya jalan yang ada ialah mengorbankan nyawa seratus juta rakyat Jepun sebagai bom hidup agar musuh kehilangan semangat bertempur.[8]
Sebagai usaha darurat yang terakhir untuk menghentikan gerak maju Sekutu, Markas Besar Imperial Jepun merencanakan pertahanan Kyushu secara habis-habisan. Usaha yang dinamakan dengan sandi Operasi Ketsu-Go.[9] ini dimaksudkan sebagai perubahan strategi yang radikal. Berbeda dari sistem pertahanan berlapis seperti dipakai sewaktu mengSerangan Peleliu, Iwo Jima, dan Okinawa, kali ini semuanya dipertaruhkan di pantai. Sebelum pasukan dan perlengkapan didaratkan transpor amfibi di pantai, mereka akan diserang oleh 3.000 pesawat kamikaze. Bila strategi ini tidak mengusir Sekutu, Jepun akan mengerahkan 3.500 pesawat kamikaze tambahan berikut 5.000 kapal bunuh diri Shinyo disertai kapal-kapal perusak dan kapal-kapal selam yang masih tersisa--hingga kapal terakhir yang operasional--untuk menghancurkan Sekutu. Bila Sekutu menang dalam pertempuran di pantai dan berhasil mendarat di Kyushu, hanya akan tersisa 3.000 pesawat untuk mempertahankan pulau-pulau Jepun yang lain. Walaupun demikian, Kyushu akan dipertahankan "hingga titisan darah terakhir".[7] Serangkaian gua-gua digali di dekat Nagano. Gua-gua tersebut disebut Markas Imperial Bawah Tanah Matsushiro akan digunakan oleh Tentera Darat bagi mengarah peperangan dan menjadi rumah perlindungan Maharaja dan kerabatnya.
Pembuat dasar tentera Jepun tertumpu pada Majlis Penasihat Tertinggi Perang (diwujudkan pada tahun 1944 oleh Perdana Menteri Kuniaki Koiso), yang digelar "Enam Besar": Perdana Menteri, Menteri Luar Negeri, Menteri Tentera Darat, Menteri Tentera Laut, Ketua Turus Am Tentera Darat, dan Ketua Turus Am Tentera Laut. Ketika terbentuknya kerajaan Suzuki pada April 1945, keanggotaan majlis terdiri dari:
Secara hukum, Tentera Darat dan Tentera Laut Imperial Jepun memiliki hak untuk mencalonkan (atau menolak pencalonan) masing-masing menteri. Sebagai hasilnya, Jepun dapat menghindari pembentukan pemerintahan yang tidak diingini, atau terjadinya pengunduran diri yang dapat menjatuhkan pemerintah yang sedang berjalan.[10][11]
Maharaja Hirohito dan Penyimpan Mohor Besar Maharaja Kōichi Kido juga hadir dalam rapat-rapat Majlis Tertinggi Perang.[12]
Seamless Wikipedia browsing. On steroids.
Every time you click a link to Wikipedia, Wiktionary or Wikiquote in your browser's search results, it will show the modern Wikiwand interface.
Wikiwand extension is a five stars, simple, with minimum permission required to keep your browsing private, safe and transparent.