alat makan dari Asia Timur From Wikipedia, the free encyclopedia
Penyepit, sepit atau sumpit (Baba,[1] turunan bahasa Melayu dan Polinesia Barat Purba *supit[2]) ialah pasangan batang yang digunakan sebagai alat makan tradisional dari Asia Timur, khususnya China, Jepun, Korea, Taiwan, dan Vietnam. Penyepit diperbuat daripada kayu, buluh, plastik, gading, perak atau emas.
Penyepit | |||||||||||||||||||||||||||
---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|
Nama Bahasa Cina | |||||||||||||||||||||||||||
Bahasa Cina | 筷子 | ||||||||||||||||||||||||||
| |||||||||||||||||||||||||||
Alternative Chinese name | |||||||||||||||||||||||||||
Bahasa Cina | 箸;筯 | ||||||||||||||||||||||||||
| |||||||||||||||||||||||||||
Vietnamese name | |||||||||||||||||||||||||||
Vietnamese alphabet | đũa | ||||||||||||||||||||||||||
Thai name | |||||||||||||||||||||||||||
Thai | ตะเกียบ | ||||||||||||||||||||||||||
RTGS | takiap | ||||||||||||||||||||||||||
Korean name | |||||||||||||||||||||||||||
Hangul | 젓가락 | ||||||||||||||||||||||||||
| |||||||||||||||||||||||||||
Japanese name | |||||||||||||||||||||||||||
Kanji | 箸 | ||||||||||||||||||||||||||
| |||||||||||||||||||||||||||
Filipina | |||||||||||||||||||||||||||
Filipina | sipit | ||||||||||||||||||||||||||
Burma | |||||||||||||||||||||||||||
Burma | တူ ([tù]) |
Alat sepit dicipta di China seawal-awal dinasti Shang (1600–1100 SM),[3] mungkin atas pengaruh ajaran Confucius.[4] Penggunaan penyepit nyata meluas ke seluruh Asia Timur, tetapi mungkin juga menjangkaui sempadan ke rantau lain. Penemuan alat-alat seakan penyepit di tapak Tel Megiddo di Israel, mungkin dijadikan petanda wujudnya perdagangan antara Timur Tengah dan Asia pada zaman purba, tidak pun alat-alat ini direka secara berasingan di kedua-dua rantau tersebut. Penyepit juga digunakan oleh peradaban Uyghur di kawasan steppe di Mongolia pada abad ke-6 hingga ke-8.[5]
Apabila menggunakan penyepit, kedua-dua batangnya dipegang rapat dalam tangan yang sama, biasanya tangan kanan.[6] Di sesetengah majlis rasmi, memegang penyepit dengan tangan kiri dianggap tidak sopan.[7]
Jika kedua-dua hujung batang tidak berbaris rata, susahlah untuk memegang apa-apa. Pegang penyepit tegak-tegak dengan hujung sebelah menyentuh meja sedikit-sedikit, kemudian tolak penyepit ke bawah dengan perlahan atau longgarkan genggaman seketika agar kedua-dua hujung menjadi sama rata. Beginilah juga caranya untuk membetulkan pegangan atau cara memegang penyepit. Cuba memegang penyepit dalam pelbagai sudut untuk membiasakan diri dengan penggunaannya.
Penyepit digunakan di pelbagai negara; sesiapa yang makan dengan penyepit mematuhi pantang-larang berikut:
Rupa bentuk dan penggunaan penyepit ada bezanya antara negara.
Penyepit digunakan dalam kerja memasak untuk mengacau ramuan dalam periuk atau kuali, atau mengalihkan makanan.
Di Jepun, penyepit digunakan dalam upacara pengebumian secara adat agama Buddha. Selepas mayat si mati dibakar, sanak-saudara si mati menggunakan penyepit untuk mengalihkan abunya dari keranda ke dalam bekas atau "kendi" abu.[9]
Penyepit pakai buang membawa kesan buruk kepada alam sekitar.[10][11] Di China, kira-kira 45 bilion pasang penyepit pakai buang digunakan pada tahun itu, bersamaan 1.7 bilion meter padu balak, atau kira-kira 25 juta pokok dewasa. China ialah pengeluar terbesar penyepit pakai buang, dengan seramai 60,000 orang bekerja sebagai pembuat penyepit ini. Tahap pengeluaran sebegini boleh membawa kepada pembasmian hutan secara berleluasa.[11] Oleh yang demikian, cukai dikenakan pada harga penyepit yang hanya digunakan sekali ini. Pengguna juga digalakkan mengganti penyepit pakai buang buatan kayu dengan penyepit kekal buatan plastik atau logam.[11]
Pada tahun 2003, satu kajian mendapati bahawa sesiapa yang kerap menggunakan penyepit lebih tinggi sedikit risikonya menghidapi artritis pada tangannya, yang mana rawan dalam tangan menjadi lesu sehingga menyebabkan kesakitan di sendi tangan, khususnya bagi pengguna berusia tua.[12][13] Lebih-lebih lagi, ada penyepit tertentu yang boleh membawa kepada penyakit batuk atau asma.[14]
Seamless Wikipedia browsing. On steroids.
Every time you click a link to Wikipedia, Wiktionary or Wikiquote in your browser's search results, it will show the modern Wikiwand interface.
Wikiwand extension is a five stars, simple, with minimum permission required to keep your browsing private, safe and transparent.