Kacip

From Wikipedia, the free encyclopedia

Kacip

Kacip adalah sepasang bilah bertaut dan bertangkai yang digunakan untuk membelah kekeras dan buah keras lain seperti buah pinang; malah ia merupakan antara alat utama dalam tepak sirih.[1][2]

Thumb
Sepasang kacip berhias kepala kuda dari Bali, dalam pameran Tropenmuseum Belanda

Alat ini ditukangkan dari besi dengan ukuran panjang ditetapkan antara 10 hingga 22 sentimeter; pembuatan kacip ini agak sukar dilakukan berbanding menukang keris dan parang di mana kemahiran tinggi dan mendalam diperlukan sehingga ada yang mengambil tempoh setinggi 10 tahun latihan untuk sempurna.[1] Kacip ini boleh dibentuk sama ada secara bersegi ("jantan") mahupun membulat ("betina").[2]

Hulu kacip boleh dihiasi dengan dibentuk menyerupai pelbagai jenis haiwan seperti kuda, gajah, monyet, burung dan kerbau.[3][4]

Kepercayaan

Dalam adat melenggang perut orang Melayu, kacip diletakkan bawah bantal anak kecil yang tidur kerana dipercayai mampu menghalau makhluk halus.[2]

Kacip pernah dipercayai mampu menjauhkan "badi" kucing yang dikatakan mampu merasuk mayat akibat tergeser dengan kucing tersebut lalu badi ini membangunkan mayat; kacip atau barangan besi seumpamanya diletakkan pada bawah tangan mayat yang dlipatkan.[5]

Rujukan

Loading related searches...

Wikiwand - on

Seamless Wikipedia browsing. On steroids.