Penulis lagu atau pengkarya lagu ialah seorang yang menulis lirik, gubahan muzik, atau gubahan melodi untuk lagu-lagu, atau kesemuanya. Dengan kata yang lain, seorang penulis lagu ialah penulis lirik atau penggubah, ataupun kedua-duanya. Bagaimanapun, istilah 'penulis lagu' biasa digunakan untuk merujuk kepada seseorang yang menulis lagu popular, berbanding dengan menulis lagu seni. Contoh lagu seni ialah muzik klasikal.
Sejarah dan latar belakang penulis-penulis lagu
Penulis-penulis lagu mungkin akan menyanyikan lagu yang ditulis mereka, atau mereka menulis untuk orang lain bernyanyi. Mereka yang menanyikan lagu yang ditulisnya kini biasanya dipanggil penyanyi-penulis lagu, walaupun tradisi untuk berbuat demikian telah wujud sejak beberapa ratus tahun dahulu. Manusia prasejarah sering diagak menggubah dan menyanyikan lagu. Lebih baru-baru ini, para troubadour Zaman Pertengahan menyanyi karya mereka sendiri dan demikian juga dengan Minnesinger Jerman.
Kebanyakan penulis lagu seni ditulis untuk orang-orang lain bernyanyi dan bukannya untuk penggubah bernyanyi sendiri, walaupun Franz Schubert diketahui biasa menyanyikan lagu-lagu sendiri dalam majlis-majlis peribadi. Banyak pancaragam rock n' roll moden mempunyai satu atau dua orang penulis lagu yang biasanya merupakan ahli pancaragam.
Banyak penulis lagu juga bertindak sebagai penerbit muzik sendiri, manakala yang lain mempunyai kaitan dengan penerbit-penerbit luar. Lagu-lagu rakyat Amerika biasanya ditulis oleh penulis kakitangan yang digaji oleh penerbit muzik.
Dari segi undang-undang, lagu-lagu hanya boleh disalin atau dipersembahkan di khalayak ramai dengan kebenaran penulis. Kuasa sah untuk memberi kebenaran boleh dibeli dan dijual, serta juga dipindahkan. Kesemua ini dikawal oleh undang-undang hak cipta. Royalti penulisan dan penerbitan lagu boleh merupakan sumber pendapatan yang besar, khususnya jika lagu itu menjadi rekod kegemaran ramai.
Para penulis lagu dalam genre muzik popular sering juga bertindak sebagai penerbit rekod dan biasanya menggunakan gelaran profesional penerbit-penulis lagu.
Senarai kumpulan penulis lagu
Sebilangan kumpulan penulis lagu yang popular termasuk:
- Kumpulan Motown yang terdiri daripada Brian Holland, Lamont Dozier, dan Eddie Holland (secara kolektif dikenali sebagai Holland-Dozier-Holland)
- Leiber dan Stoller
- Lennon dan McCartney
- Morrissey dan Johnny Marr
- Elton John dan Bernie Taupin
- Alan Jay Lerner dan Frederick Loewe
- George dan Ira Gershwin
- Jagger dan Richards
- Roger Cook dan Roger Greenaway
- Rudhy Pahlevi
- Steven Tyler dan Joe Perry
- Jon Bon Jovi dan Richie Sambora
- Guy Fletcher dan Doug Flett
- Geoff Stephens dan Tony Macaulay
- Rodgers dan Hart
- Bee Gees
- Jackson bersaudara
- Albert Hammond dan Mike Hazelwood
- Joe Strummer dan Mick Jones
- Ashford & Simpson
- Robert Plant dan Jimmy Page
- Don Henley dan Glenn Frey.
Lihat juga
- Senarai penulis lagu
- Dewan Kemasyhuran Penulis Lagu
- Penyanyi-penulis lagu
- Kolektif hak cipta
- Muzik - Himpunan buku teks kandungan terbuka: Muzik
Rujukan
- Rimler, Walter. Not Fade Away. Percetakan Pierian (1984) ISBN 0-87650-159-5
Pautan luar
Sumber-sumber untuk penulis lagu dan penerbit muzik:
- Laman web Muse Muse - komuniti penulis lagu dalam talian yang terkenal
- Bantuan penerbitan muzik - forum dalam talian untuk penyanyi/penulis lagu yang mencari-cari bantuan dalam industri
- Laman web Blogging Muses: Petua penulisan lagu
- Laman web Inggeris Graham: Petua dan teknik penulisan lagu
- NashvilleHype! - wawancara-wawancara penulis lagu kegemaran ramai
- TAXI - komuniti penulis lagu bebas yang terutama di dunia
- Petua penulisan lagu untuk mereka yang baru mula belajar menulis lagu Diarkibkan 2007-05-29 di Wayback Machine
- WeirdMusic.net - majalah elektronik dan promosi artis
Wikiwand in your browser!
Seamless Wikipedia browsing. On steroids.
Every time you click a link to Wikipedia, Wiktionary or Wikiquote in your browser's search results, it will show the modern Wikiwand interface.
Wikiwand extension is a five stars, simple, with minimum permission required to keep your browsing private, safe and transparent.