Mick Jagger

From Wikipedia, the free encyclopedia

Mick Jagger
Remove ads

Sir Michael Philip Jagger (lahir 26 Julai 1943)[1] atau lebih dikenali dengan nama Mick Jagger ialah seorang penyanyi, penulis lagu, pelakon dan penerbit filem kelahiran England. Beliau merupakan pengasas bersama kugiran muzik rock The Rolling Stones.

Fakta Segera Sir, Kelahiran ...
Remove ads

Awal hidup

Michael lahir di Dartford, Kent.[2] Ayahnya Basil Fanshawe "Joe" Jagger (19132006),[3] merupakan seorang guru[4] manakala ibunya Eva Ensley Mary (née Scutts; 1913–2000) berasal dari Sydney, Australia[5] dan bekerja sebagai seorang pendandan rambut.[4] Beliau dan Keith Richards pernah berjiranan,[6] malah sama-sama bersekolah di Wentworth Primary School, Dartford selama empat tahun dari 1950 sehinggalah 1954 di mana Mick lulus ujian pelepasan sekolahnya lalu berpindah ke Dartford Grammar School.

Jagger meneruskan pengajiannya dalam bidang perniagaan atas biasiswa kerajaan di London School of Economics,[7] dengan niat kuat mahu menjadi seorang wartawan ataupun ahli politik.[8][9] Pada ketika inilah Mick berkenalan semula dengan Keith Richards setelah Keith tersempak dengannya dalam perjalanannya ke pusat tersebut pada Julai 1960,[10]:38 lalu berkawan semula setelah mendapati mereka turut berkongsi minat yang sama pada muzik rhythm and blues.[11][12][13][14]

Remove ads

Kerjaya muzik

Diskografi

Album solo

Maklumat lanjut Tarikh, Butiran album ...

Filemografi

Maklumat lanjut Tahun, Tajuk ...
Remove ads

Rujukan

Pautan luar

Loading related searches...

Wikiwand - on

Seamless Wikipedia browsing. On steroids.

Remove ads