From Wikipedia, the free encyclopedia
Pengurusan terdiri daripada pengarahan dan pengawalan sebuah kumpulan yang terdiri daripada satu atau lebih orang atau entiti untuk tujuan menyeleraskan dan mengharmonikan kumpulan tersebut untuk mencapai sesuatu matlamat. Ia seringnya merangkumi penggunaan sumber-sumber manusia, kewangan, dan teknologi, serta juga sumber alam semula jadi. Pengurusan juga boleh merujuk kepada seorang atau sekumpulan orang yang menjalankan fungsi pengurusan.
Kata kerja "mengurus" datangnya daripada perkataan bahasa Itali, maneggiare (menangani — khususnya, seekor kuda), yang pada dirinya diterbitkan daripada perkataan Latin, manus (tangan). Perkataan bahasa Perancis, mesnagement (kemudiannya ménagement), telah banyak mempengaruhi perkembangan maksud perkataan bahasa Inggeris, management pada abad-abad ke-17 dan ke-18. [1]
Pengurusan berkait dengan kuasa mengikut pangkat, manakala kepimpinan melibatkan kuasa melalui pengaruh. Bandingkanlah dengan Pengawasan.
Pengurusan dikendalikan melalui berbagai-bagai fungsi yang sering dikelaskan seperti yang berikut:
Mary Parker Follett (1868 - 1933) yang menulis tentang topik ini pada awal abad ke-20 mentakrifkan "pengurusan" sebagai "seni untuk mencapai sesuatu maklumat melalui orang." [2] Seseorang juga boleh memikirkan pengurusan berdasarkan fungsinya, iaitu sebagai:
Pengurusan juga merangkumi keadaan-keadaan yang tidak adanya perancangan. Dari sudut pandangan ini, Henri Fayol, seorang anak Perancis, menganggap bahawa pengurusan terdiri daripada lima fungsi: [3]
Walaupun takrif ini berguna, sesetengah orang berpendapat bahawa ia terlalu terbatas. Frasa "pengurusan ialah apa yang dibuat oleh para pengurus" sering terdengar, dan membayangkan kesusahan untuk mentakrifkan pengurusan, dengan sifat takrif yang berubah-ubah, serta hubungan antara amalan pengurusan dengan kader atau kelas pengurusan.
Salah satu aliran fikiran menganggap pengurusan sebagai serupa dengan "pentadbiran perniagaan", walaupun ini mengecualikan pengurusan di tempat-tempat bukan perniagaan seperti pertubuhan amal dan perkhidmatan awam. Sungguhpun demikian, banyak orang merujuk kepada jabatan universiti yang mengajar pengurusan sebagai "pusat pengajian perniagaan", dengan sesetengah institusi seperti Pusat Pengajian Perniagaan Harvard menggunakan nama ini.
Para penutur bahasa Inggeris dan bahasa Melayu juga menggunakan istilah "pengurusan" sebagai sepatah perkataan kolektif untuk merujuk kepada para pengurus dalam sebuah pertubuhan, umpamanya sebuah perbadanan.
Kesukaran timbul apabila menjejak sejarah pengurusan. Sesetengah pihak melihatnya (menurut tarifan) sebagai konsep moden akhir (dari segi konsep moden akhir). Berdasarkan istilah tersebut ia tidak dapat dikatakan memiliki sejarah sebelum-moden, hanya awalah (seperti steward). Yang lain, bagaimanapun mengesan aktiviti menyerupai pengurusan di masa lalu. Sesetengah penulis menjejak pembangunan pengurusan sehingga ke pedagang Sumeria dan sehingga pada pembinaan piramid Mesir Purba. Pemilik hamba sepanjang kurun berhadapan dengan masalah memperguna/memberi motivasi kuasa kerja yang bergantung tetapi kadang-kala enggan atau keberatan, tetapi banyak perniagaan sebelum-industri, disebabkan skala kecil mereka, tidak merasa perlu untuk berhadapan dengan isu pengurusan secara sistematik. Bagaimanapun, inovasi seperti penyebaran nombor Arab (kurun ke-5 - 15) dan penyelarasan sistem kemasukan buku berganda (Double-entry bookkeeping system) (1494) memberikan peralatan pengurusan bagi penilaian pengurusan, perancangan dan kawalan.
Diberikan skala bagi kebanyakan operasi komersial dan ketiadaan penjagaan rekod mekanisma dan rakaman sebelum revolusi industri, ia adalah logik bagi kebanyakan pemilik enterpris di masa itu bagi melaksanakan fungsi pengurusan dengan sendiri. Tetapi dengan peningkatan saiz dan kerumitan organisasi, pecahan antara pemilik (individual, dinasti industri atau kumpulan pemilik saham dan penurus harian (pakar khusus dalam perancangan dan kawalan) secara perlahan-lahan menjadi biasa.
Seamless Wikipedia browsing. On steroids.
Every time you click a link to Wikipedia, Wiktionary or Wikiquote in your browser's search results, it will show the modern Wikiwand interface.
Wikiwand extension is a five stars, simple, with minimum permission required to keep your browsing private, safe and transparent.